Semangat Bina Blog Baru


Semenjak saya kembali menulis dan membina semula blog saya ini, ada beberapa rakan saya mula tertarik untuk membuat blog juga. Ini satu impak yang baik sebagai dorongan untuk mereka membina blog mereka sendiri.

Ada yang ingin bina blog untuk perniagaan yang sedang diusahakannya. Sangat bagus sebagai langkah memperkenalkan perniagaan serta mempamerkan kepada umum berkaitan perniagaan anda itu.

Baca: Adakah Menulis Di Blog Masih Relevan?

Ada juga kawan saya ni dia nak bina blog sebab ingin berkongsi info-info kehidupan dan motivasi. Itu juga bagus kerana menulislah sesuatu yang kita tahu untuk berkongsi kepada pembaca.

Biarlah kita menulis sesuatu yang kita memang pakar dalam bidang tersebut. Maksud saya, kita tahu dan arif mengenainya serta mempunyai ilmu tentangnya.

Tidaklah kita terkapai-kapai dalam mencari input untuk berbagi sesuatu info kepada pembaca atau audien kita nanti. Sebab benda ni menjadi saham kita juga di akhirat kelak. Jadi kalau nak menulis tu biarlah menulis sesuatu yang beretika dan tidak melanggar peraturan.

Saya pulak ni bukanlah seorang blogger otai pun, dan saya suka menulis apa yang saya tahu sahaja dan berkongsi tentang apa yang boleh saya kongsi untuk memberikan manfaat bersama serta sesuatu yang berkait rapat dengan niche blog saya ini.


Bagaimana Cara Nak Bina Blog?


Jadi sekarang saya diajukan pertanyaan bagaimana cara nak bina blog. Kawan saya memberitahu bahawa dia sudah lupa akan langkah-langkah untuk membina sesebuah blog. Saya memaklumkan kepadanya ada beberapa platform percuma untuk bina blog.

Ia terpulang pada individu nak guna yang mana dan bagi saya pula saya lebih selesa dengan blogger sebab dari awal lagi saya terdedah dengannya. Bukan tak nak cuba yang lain, tapi saya malas nak pening-pening kepala lagi nak setup dari mula balik.

Terdapat banyak sebab kenapa seseorang itu berblog, mungkin; 
  • Nak berkongsi penulisan
  • Suka-suka sebagai diari
  • Nak berkongsi info perniagaan
  • Nak jana pendapatan melalui blog
Namun sekarang, sesiapa yang berblog dan mempunyai view yang baik serta memang punya niche yang jelas maka mudah meraih pendapatan melalui penulisan di blognya dengan memasang pengiklanan melalui Google Adsense. 

Selain itu terdapat banyak cara lain lagi untuk menjana pendapatan dengan menulis di blog ni. Ia tidak hanya tertumpu pada Google Adsense sahaja.


Pilih Template Responsive


Selepas anda dah mendaftar akaun blog anda di mana-mana platform, contohnya blogger. Anda pilihlah template blog anda tu yang mesra pengguna. Sekarang ni pengguna lebih banyak view blog melalui mobile, jadi template tu biarlah yang jenis mobile friendly. Biasanya template jenis responsive ni lengkap dengan pakej seo friendly dan juga mobile friendly.

Cara Test Mobile Friendly


Anda boleh test url anda tu sama ada mobile friendly ke tak melalui website-website yang menyediakan perkhidmatan tu, contohnya technicalseo.com atau juga melalui Google sendiri dengan menaip keywood 'mobile friendly test' maka akan keluarlah box url untuk anda masukkan. Masukkan url blog anda sendiri. Mobile-Friendly Test - Google Search Console

Berbalik pada template tadi, anda boleh pilih template premium akses yang percuma. Template-template tersebut sangat responsive yang sudah diubahsuai. Cara nak bina blog ni boleh sahaja di Google kerana banyak tutorial-tutorial yang blogger-blogger lain sediakan.

Kita cuma kena rajin godek sahaja. Kalau rasa malas sangat dan tak ada masa nak buat, bolehlah mengupah orang lain untuk membuatkan blog tu. Ada saja orang sediakan service buat blog pada pakej yang berpatutan mengikut kehendak kita.


Oh ya, saya biasa pilih template yang biasa-biasa saja dan kemudian saya godeklah mana yang patut mengikut kesesuaian blog saya ni. Saya jenis tak suka nampak serabut-serabut sangat dalam blog saya ni. Saya suka pembaca saya mudah nak cari apa yang dia orang nak cari.

Lagi satu saya suka bertanya pada mereka sama ada mereka selesa ke tak dengan blog saya? Dekat mana saya tanya mereka untuk tahu feedback mereka? Saya bertanya pada mereka melalui group yang saya ciptakan.

Kalau ada yang komplen, saya cuba adjust untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Lagipun elakkan buat blog syok sendiri, nanti kita yang rugi, sebab yang nak membaca bukan kita seorang.

Kita menulis untuk orang lain baca. Biarkan mereka rasa selesa. Blog simple tak apa, asalkan kontennya berbisa dan mampu menarik perhatian pembaca.

Anda boleh pilih template yang anda nak tu di sini. Btemplates Ia adalah percuma. Macam yang saya katakan tadi. Kena rajin dan gigih godek-godek untuk adjust apa yang patut untuk susun atur element blog anda nanti.

Banyak lagi tentang ilmu blog ini yang kita kena tahu dan saya pun sebenarnya banyak lagi yang tak tahu. Tapi tak apa, buat masa ini kita belajarlah satu persatu dahulu, jangan kelam kabut nak kejar semua. Relaks dan tenang...

Setakat itu sahaja perkongsian saya mengenai minat menulis di blog ini. Nak punya blog tak susah, cuma nak konsisten menulis itulah yang payah. Macam saya sekarang ni menulis hanya terluang pada bulan Ramadan.

Selepas ini mungkin sibuk dengan bisnes perniagaan jual ais cendol. Menulis bila ada waktu senggang sahaja. Sebab itu saya letak banyak entri dalam blog untuk santapan pembaca sementara ada idea. Bila tak ada, saya diam sahajalah.
Info tambahan: Bina blog ni nak bagi kemas dan cantik bukan boleh siap sekelip mata sahaja. Di situ perlukan kerajinan dan kesungguhan serta kesabaran. Bukan boleh siap dalam satu hari sahaja. Pelbagai benda nak kena setup. Ambil masa juga. Jadi bersabarlah... Maksud saya kalau nak buat blog yang betul-betul pro, bukan blog yang cincai-cincailah memang makan masa.
Saya ucapkan selamat berblog ya... Ok semua jumpa lagi....
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Semangat Bina Blog Baru"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK