Seram! Budak TikTok cuba rakam pocong tepi sawah padi


Hai RS, Hai pembaca blog kisah dan cerita seram Rashid Salim, saya Zain (bukan nama sebenar). Kejadian ini belum juga lama berlaku pada saya dan kawan saya. Saya ini budak TikTok, suka buat video-video untuk hiburan semata-mata. Suatu hari tu saya tertarik dengan banyak sangat video seram yang viral.

Saya bercakap dengan Sham... eh Sham, follower kita tak ramai mana pun, apa kata kita buat video seram juga. Aku yakin sangat diorang semua ni buat video fake je pun... saya cakap macam tu kat Sham.

Jadi Sham pun setuju dengan cadangan saya. Manalah tahu kalau-kalau video kami viral nanti maka bertambahlah pengikut kami di TikTok tu..

Saya fikir penonton mudah tertarik dengan benda-benda fake yang dibuat macam betul. Mereka mudah percaya. Jadi kami pun nak tiru juga. Kebanyakan mereka berjaya.

Mana tidaknya, banyaklah video yang kami tengok, nampak poconglah... nampak buaian bergerak sendiri, kereta mainan bergerak sendiri, pintu buka dan tutup sendiri dan macam-macam lagi, semuanya siap dapat dirakam. Saya fikir kami pun boleh rakam juga kalau macam tu.

Saya dengan Sham berfikirlah nak buat konten yang macam mana agar video kami nampak macam betul, Sham cakap buatlah kereta mainan yang tolak pakai kaki tu bergerak sendiri. Saya tanyalah macam mana?

"Ala... dapatkan kereta tu yang orang tau kereta tu memang tolak pakai kaki, kita adjustlah buat RC, remote control, mereka bukannya tahu pun..." cadang Sham.

Saya tanyalah lepas tu? Dia beritahu, kita pergi jalan-jalan ke dekat mana-mana terserempaklah kereta tu gerak sendiri. Itu cadang Sham lagi, kemudian saya kata tak perlulah, nampak macam comman sangat.

Dia minta cadangan lain pula dari saya. Saya pun bagi idea, tapi memang orang tahu benda tu biasa dah. Sham pun awal-awal lagi menyangkal, "Kalau video prank tak payahlah..." saya pun kata bukan. Prank nak buat apa.

Saya pun mencadangkan begini... apa kata kita drive ke sebuah laluan tak kiralah laluan mana-mana pun asalkan kita buat macam kebetulan. Kereta pasang dash cam untuk merakamkan setiap apa yang berlaku tu. Beritahu saya pada Sham.

Dengan itu, Sham pun faham. Jadi pada suatu malam tu kami merancangnya dengan rapi. Jadi kami memerlukan seorang lagi pembantu. Sham pun kenalkan kawan dia, Rudi.

Selepas berbincang apa semua, jadi Rudi pun bersetuju berkomplot dengan kami untuk jadi pocong. Memang kami pilih pocong sebab benda tu biasa dekat Malaysia ni. Takkan nak buat ada drakula pulak, jadi tak logik.

Selepas siap make up Rudi jadi pocong, tepat pukul 11 malam, kawasan jalan tu pun sunyi. Kami tinggalkan Rudi dekat kawasan semak. Minta dia berdiri dekat tiang letrik. Kawasan situ memang sepi sikit jauh dari rumah orang. Dekat bendang padi.

Saya tanya dia okey ke duk sorang, okey je... ye la lagipun kami akan patah balik, cuma buat-buat lalu di situ nanti. Konon nak buat terlihat ada penampakkan pocong. Kami pun bersiap sedia.

Masa dalam kereta tu, Saya tanya Sham... "Kau ada pesan tak dekat Rudi minta dia lompat ke depan sikit sebaik sahaja kita lalu?"

Sham cakap terlupa pula. Dia ingatkan hanya berdiri tegak je tak perlu buat apa-apa. Saya kata okey aje lah... kalau tak jadi, kita buat lagi sekali.

Masa berlalu, setelah kami tiba di situ, Rudi tak ada. Kami berhentilah panggil mana Rudi. Sepatutnya dia muncul di situ. Kami panggil tak ada. Kami dah cuak ni.

Selepas tu kami nampak Rudi keluar dari semak. Dia minta maaf sebab tak tahan sangat pergi kencing, dan minta kami buat lagi sekali. Saya pun cakaplah kenapa tak kencing awal-awal, dia kata mana nak tahan. Dia minta kami cepat-cepat, nyamuk banyak dekat sini.

Saya dan Sham terpaksa akur dan buat sekali lagi. Masa pun berlalu dah pukul 12 lebih dah. Makin lambat jadinya. Penat rasa badan. Bukan senang nak buat konten seram rupanya. Macam-macam halangan ada.

Sham pun dah ready sekali lagi dengan telefonnya nak buat ala-ala found footage. Rakam sambil borak-borak dalam kereta dengan saya. Kiranya dua rakaman akan diselesaikan nanti. Satu dash cam satu lagi telefon Sham.

Tiba-tiba Sham beritahu telefonnya mati sedangkan baterinya banyak lagi. Dia cuba hidupkan balik tapi tak dapat on. Sham dah cemas, takkan dah rosak pulak. Saya pun hulurkan telefon saya pada dia supaya dia gunakan telefon saya je.

Dia cakap telefon saya hanging. Saya cakaplah pelik. Tak apalah dah dekat nak sampai kat destinasi, dash cam ada, tak apa... tak perlu nak risau sangat.

Sebaik sahaja kami sampai di situ, tiba-tiba kami nampak ada dua pocong. Sham tercengang! Saya pun tercengang! Sham tanya saya nampak tak apa yang dia nampak, saya cakap nampak. Pocong tu besar dan tinggi berada di belakang Rudi.

Kami pulak dah takut nak berhenti, sebab pocong tu berada belakang si Rudi. Pocong tu tak nampak wajah, muka hitam legam. Mata pun tak nampak. Memang lebih tinggi dari Rudi. Rudi tak rasa apa-apa ke, fikir kami?

Ah sudah!!! Kami parkir jauh dari Rudi. Kami tak berani nak turun. Kami harap Rudi datang ke arah kereta kami tapi tak datang-datang. Seram sejuk kami rasa. Saya juga berharap footage kamera kami dapat menangkap penampakkan itu.

Saya fikir ini sangat hebat! benar-benar berjaya! Tiba-tiba telefon si Sham pula hidup, lalu panggilan masuk diterima. Rudi call!

"Sham!!! Aku ada depan ni !!! Ambik aku!!!" Dia jerit-jerit. Saya dengar suara tu.

Serta merta saya menoleh ke belakang tengok ke tempat tiang letrik tadi, pocong tu tak ada dah. Dua-dua tak ada. Sah! tu memang pocong betul, satu daripadanya menyerupai Rudi! Cepat-cepat kami masuk kereta dan pergi dari situ.

Bila kami sampai depan tengok Rudi lelah berlari. Dia kata dia kena usik dengan pocong betul. Maknanya malam tu kami tiga-tiga orang terserempak pocong yang betul. Jadi saya ni beria-ia la nak tengok rakaman tu balik.

Bila tengok semula, rakaman dari dash cam, tak ada apa-apa penampakkan pun. Jadi susah nak dibuktikan. Nak isi apa dalam konten TikTok kami ni? Saya beritahu Sham, tak ada nampak apa-apa pun. Kecewa sungguh.

Tapi ingatkan semua baik-baik sahaja, rupanya Rudi teruk yang kena. Dia kata, sampai tidur malam pernah terpeluk pocong dekat sebelah dia. Rudi diganggu. Bila dia cerita begitu, sampai kami pun terkena juga, ingatkan bantal golek, rupanya pocong.

Semua itu bermain di mata kami, kalau cuba rakam pun tak pernah nampak dalam kamera. Sebab tu la saya jadi hairan, macam mana orang lain boleh rakam penampakkan tu sedangkan saya cuba rakam dengan kamera tak pernah terlihat langsung, ke tak ada rezeki?

Hanya nampak di mata, tak pernah tertangkap kamera. Kecewa teramat-amat sangat. Tapi sejak persitiwa itu, kadang-kadang terdengar juga bunyi dalam rumah pinggang mangkuk pecah, tapi sebenarnya tak ada pun yang pecah.

Bila saya rakam dan dengar balik, tak ada pun dengar bunyi pecah-pecah tu semua. Saya pun tak tahu nak buat apa, kadang-kadang benda tu masih berlaku sampai sekarang. Buat tak tahu je lah...

Sekian...

Cerita asal: Zain budak TikTok
Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Seram! Budak TikTok cuba rakam pocong tepi sawah padi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK