IKLAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu lagi kita dalam blog rashidsalim.com kisah seram. Semoga pembaca semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja hendaknya.

Terima kasih diucapkan kerana anda terus setia membaca di sini dan menjadi blog RS sebagai pilihan pembaca. Semoga wabak Covid-19 segera hilang dari muka bumi ini, Insya-Allah.

Baiklah saudara saudari semua, kali ini kita teruskan dengan kisah selanjutnya yang datangnya daripada Cikgu Midah. Menurutnya kisah ini terjadi di kampung suaminya. Mereka ketika itu pulang untuk bercuti.

Mari sama-sama kita menelusuri kisah daripada beliau yang saya tulis semula untuk bacaan anda semua. Istimewa hanya di blog RS, cerita seram.

Balik kampung

Bila ditanya berkenaan pengalaman seram... ada tu memang ada tetapi saya tidak tahu sejauh mana tahap keseramannya itu. Anda sendiri yang tentukan. Bagi saya dan suami yang melaluinya adalah sangat-sangatlah merinding bulu roma.

Ada beberapa pengalaman yang telah kami lalui sepanjang hidup ini. Nak kata terjumpa benda tu dalam bentuk menyeramkan atau mengerikan tu tidaklah tetapi merupa sesuatu yang lain tu ada.

Sebut pasal merupa ni, pada suatu hari tu kami balik kampung suami. Sajalah nak jenguk-jenguk orang tua. Tapi sebelum sampai ke rumah mak ayah mentua tu, suami singgah ke sebentar di bendang padi.

Saya tanya suami kenapa singgah sini. Dia kata dia nampak Pak Ayob kat pondok. Dia pun turunlah pergi borak tanya khabar sebab dah lama tak berjumpa katanya.

Saya ni cuma tunggu dalam kereta sahajalah. Malas nak ikut campur urusan diorang nak tanya apa, kan. Tapi tak lama selepas tu, suami pun datang balik. Ketika itu saya ada bau asap. 

Bukan asap kemenyan tapi macam asap kebakaran. Saya tanya encik suami, abang duk dekat orang bakar sampah ke? Suami cakap mana ada... tapi memang saya bau asap. Suami saya kata mana ada bau apa-apa. Selepas itu terhidu pula bau busuk. Kemudian bau itu hilang.

Tak apalah mungkin hidung saya aje kut. Tapi suami saya beritahu saya yang Pak Ayob tu bersembang dengan dia tapi mata tak berkelip langsung. Saya tanya dia tak berkelip macam mana? Suami cakap matanya keras macam tu.

Suami beritahu lagi, Pak Ayob bercakap pun badan tak bergerak, mulut je bersuara. Badan kaku sahaja. Peliklah suami saya cakap. Lepas tu dia tak tunggu lama, terus beredar dari situ.

Sampai rumah mentua, dia beritahu pada ayah. Terkejutlah kami, ayah beritahu bahawa Pak Ayob telah dua minggu sudah meninggal. Tercengang kami masa tu. Habis tu yang encik suami berborak dekat pondok tu dengan siapa? Timbul persoalan di situ.

Memang cari pasal betul ni.... selepas itu, tidur malam kami agak terganggu. Agak kurang tenang. Teringat-teringat berkenaan apa yang kami lalui petang itu. Rasa seolah-olah ada sesuatu yang aneh telah berlaku.

$ads={1}

Tak apalah, biarkan ajelah. Kami abaikan. Kemudian masa di masjid pulak waktu suami nak solat Subuh berjemaah, suami beritahu saya masa nak ambil wuduk, dia dengar bunyi terompah. Tah tah tah tah!

Ketika itu dia tak kisah sangatlah mungkin ada orang yang pakai terompah nak ambil wuduk. Memang ya, ketika dia memandang dekat sebelah, dia nampak ada seorang atuk nak ambil wuduk. Atuk tu kepada suami.

Selepas suami ni selesai, dia keluar dulu. Tiba-tiba dia terlupa nak ambil kaca mata yang diletakkan kat atas tempat dia ambil wuduk. Dia masuk semula ke bilik wuduk tu, dia tengok atuk tu tak ada. Dia pun apa lagi meremang seluruh tubuh.

Cepat-cepat ambil kaca mata dan naik ke masjid. Selepas semuanya selesai. Jemaah pun keluar, suami beritahu ayahnya yang dia kata ada dengar bunyi terompah dan jumpa lelaki tua.

Ayah mentua saya pun cakap, bukan suami seorang sahaja yang pernah kena, bahkan ada je yang pernah dengar. Tapi jarang yang dapat jumpa. Kiranya suami saya tu beruntunglah dapat jumpa atuk tu.

Menurut penduduk situ, dulu ada orang tua yang tak dikenali datang sembanhyang di situ, tumpang tidur situ. Memang selalu jaga masjid tu. Cuma suatu hari, kelibatnya hilang macam tu sahaja.

Tapi orang jadi kalis, bila dengar benda-benda itu. Itu ajelah yang misterinya. Yang lain tak ada apa lah kut. Tak ada pula orang nak pergi siasat tentang kehilangan lelaki tua tu. Tapi....

Hal yang sampai saya trauma, ia adalah berkenaan hal Pak Ayob yang tak berkelip mata tu, saya ternampak dekat highway pada malam itu ketika nak balik ke rumah selepas seminggu di kampung.

Pak Ayob berdiri bawah lampu jalan sambil pandang kami. Encik suami pun terkejut juga, sebab nampak kelibat tu jugak. Ketika itu, habis ayat duk baca. Risau kut benda tu ikut sampai rumah.

Suami saya pada mulanya memandu agak perlahan, terus menambah kelajuan. Cuma saya berpesan pada suami supaya berhati-hati. Selepas keadaan reda. Kami berhenti di pam minyak menarik nafas lega dengan harapan semuanya baik-baik sahaja.

$ads={2}

Bila dah tenang, minyak kereta pun dah isi, kami pun meneruskan perjalanan. Akhirnya hal yang tak diduga menimpa kami. Kereta kami mati di tengah perjalanan, di tengah-tengah kegelapan malam dekat dengan hutan.

Saya dan suami sahaja di situ. Kena call kecemasan supaya pihak berkenaan datang hulurkan bantuan. Nak harapkan orang yang lalu di situ, kemungkinan takkan berhenti.

Saya tunggu dalam kereta, lepas tu tak pasal suami cepat-cepat masuk dan tutup pintu semula sekuat hadi. Allahu`Akbar!!! Saya pun ikut cemas.

Saya tanya kenapa bang? Suami beritahu dengan suaranya terketar-ketar, dia cakap ada atas bumbung. Saya pun tak banyak tanya sebab dah ikut panik. Saya dah faham apa yang ada atas bumbung. Bulu tengkuk saya dah meremang.

Bayangkanlah tengah duk kalut, cemas, suami kata Pak Ayob ada atas bumbung kereta. Memang seram rasanya. Dah tak tahu nak berbuat apa kecuali membaca ayat-ayat suci Al-Quran supaya dijauhkan benda-benda tu semua.

Saya punya takut, sampai terkencing dalam kain. Siapa tak seram, dalam gelap begitu, kereta pulak mati tengah-tengah jalan. Nak kata minyak kering, padahal sebelum dah isi full kat pam minyak.

Selepas itu ada sebuah kereta berhenti. Alhamdulilah... pihak peronda lebuh raya rupanya. Jadi kami minta bantuannya. Saya duduk diam-diam sahajalah dalam kereta. Memang panas, sebab air cond dah tak berfungsi, enjin dah mati.

Suami keluar semula, saya rasa benda tu dah tak ada. Mereka tengok enjin, kemudian saya yang duduk dalam kereta ni dengar suara orang gelak-gelak dekat tempat duduk belakang. Saya dah tak berani pandang belakang.

Saya terus keluar dari kereta. Saya syak dia ada di belakang saya. Saya pergi dekat suami, saya pun terkejutlah bila orang tu tanya, 

Awak bertiga ni dari mana?

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri, siapakah yang lagi seorang itu?

Jadi bila semua tu selesai, saya dan suami ikhtiar berubat. Memang benda tu ikut. Lepas tu barulah suami beritahu yang masa dekat pondok tu Pak Ayob ada berikan dia cincin. Dia tak pakai pun cuma simpan.

Ustaz tu beritahu dalam cincin tu tersimpan khadam. Terkejutlah saya bila dapat tahu hal tersebut. Suami saya ni pun satu, main ambik je tanpa ususl periksa. Jawabnya dia pun memang tak tahu apa-apa.


Cuma Pak Ayob cakap ambil je simpan. Suami pun tak terfikir yang benda tu ikut sebab gara-gara cincin tu ada khadam. Saya merenung sendiri, jelmaan itu sendiri boleh berikan cincin, meremang saya fikirkan balik.

Selepas dibuang mengikut cara dan saranan ustaz, Alhamdulilah selesai. Patutlah sepanjang malam kami di kampung tu asyik tak boleh tidur sahaja. Gelisah tak tenteram,. Suami saya pun begitu, selalu beritahu asyik mimpi jumpa Pak Ayob je.


Pengajarannya di sini, kalau jumpa benda-benda pelik tu janganlah tegur atau berborak ajak sembang ke apa. Kalau dia berkenan silap hari bulan dia pun cuba-cuba nak ikut kita. 

Dan, kalau diberikan sesuatu yang pelik-pelik tiba-tiba tu, janganlah diambil. Bukan apa, kut risau terkena macam kami...

Sekian...

Cerita asal: Cikgu Midah
Ditulis oleh: Rashid Salim 

Tags: Jelmaan orang mati, hantu raya, kisah hantu raya, jin khadam

IKLAN

FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan berhemah serta ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni.

1 Ulasan

  1. Terpegun dengan kisah seram dan pengalaman yang dilalui di dunia nyata.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama
IKLAN
IKLAN