Misteri Suara Musang Menangis


Hai RS, Hai semua.... Peristiwa ini terjadi pada tahun 2009, ketika itu saya menyertai konyensyen pelajar yang diadakan di Pekan, Pahang. Kolej ini jadi tuan rumah. Jadi seluruh perwakilan pelajar yang dipilih mewakili kolej masing-masing datang ke sini.

Saya sebut secara umum sahaja ya kolej sebab nak jaga nama baik dan tidak mahu timbul masalah dikemudian hari. Sebab ini cuma berkaitan tentang hal mistik dan misteri sahaja yang saya dan kawan-kawan alami.

Kami ke situ adalah untuk membincangkan pelbagai masalah yang berbangkit berkenaan kolej masing-masing bagi mendapatkan kata sepakat bersama dengan pihak pengurusan. Mewakili suara pelajar-pelajar lain.

Konyensyen tersebut diadakan pada penghujung cuti semester selama empat hari. Kiranya selesai sahaja majlis tersebut kami boleh balik terus ke kampung masing-masing menaiki bas yang disediakan ikut negeri masing-masing.

Baiklah, kami dari Kedah pun tiba ke Pekan, Pahang. Perjalanan memang jauh tapi bila ramai-ramai dalam satu bas tu seronoklah. Kalau letih sangat, apa lagi... tidurlah. Sebelum tiba ke kolej tu, sempat juga park di Teluk Cempedak, bergambar kenangan.

Kemudian kami pun pergi ke kolej berkenaan dan disambut baik. Selepas membuat pendaftaran masuk apa semua, kami pun dibawa ke asrama. Selepas bersiap, kami turun berkumpul di dewan makan. Saya rasa okey sahaja. Tak ada apa-apa.

Tapi kawan saya yang namanya Sufian ada beritahu saya, katanya masa dia tengah mandi, tiba-tiba ada orang tarik tuala yang disangkut kat pintu. Saya pun cakaplah, hari siang kut... relakslah... mungkin kawan-kawan yang lain sengaja nak main-main.

Sufian jawab, dia yang paling last. Ish! Saya tak percayalah takkan benda begitu pun nak ganggu siang-siang hari. Kalau malam logiklah jugak. Kalau di asrama kami di Kedah, biasa waktu malam sahaja benda-benda seram ni terjadi.

Sempatlah Sufian ni beritahu, mana-mana asrama rasanya begitu kut, sengaja nak berkenalan dengan acah-acah mengusik begitu. Saya pun balas, "Mungkinlah... dahlah, jangan cakap lagi." Saya minta Sufian hentikan bercakap hal tersebut.

Pada malam tersebut, kira-kira jam 11 malam, saya tak boleh tidur, beberapa orang jugalah tak boleh tidur. Rasa panas semacam. Kipas yang berpusing pun masih tak menyejukkan suasana. Jadi saya ajak Sufian keluar lepak koridor.

Bila duduk kat situ, rupanya ramai pelajar kat bilik lain pun tak dapat tidur juga. Tegur-tegurlah mereka, mereka kata panas. Memang rasa mengewap sikit. Tak selesa betul. Bukan nak komplen tapi iyalah, sabar ajelah.

Tak lama selepas itu dengar suara macam jeritan. Punyalah kami takut, kuat sangat suara macam perempuan menjerit. Ramai yang terkejut dan takut. Ada yang terus masuk dalam bilik masing-masing. Ada yang berani nak pergi cari.

Saya dan Sufian dengar suara tu, ada yang kata tu suara langsuir menjerit. Saya fikir bukan. Takkanlah. Lepas tu, saya dan Sufian dan ada beberapa orang lain terkejutlah, tiba-tiba ada benda melompat dan berjalan atas koridor tu. Suara kuat sangat. Bergema!

Tengok betul-betul, Laa.... musang! Seram gila dengar suara dia menjerit. Seriau rasanya. Sufian kata tu macam menangis. Tapi suara macam suara orang betul. Memang meremang habis bulu roma dengar. Kemudian musang tu lari pergi hilang dalam gelap.

Memang bikin kacau betul. Menakutkan je, pertama kali dengar suara musang menjerit begitu. Tak sangka betul boleh buat salah faham. Lepas tu Sufian pun cakap... tu memang musang... tapi kat atas bumbung tu... beritahu Sufian.


Saya dan Sufian nampak kelibat atas bumbung asrama sebelah bertengek dekat situ. Rambut panjang menutupi wajah. Pakaian nampak macam lusuh kain guni begitu. Lepas tu terus melayang pergi ke arah kawasan yang gelap.

Esoknya saya dan Sufian demam, memang tak bermaya sepanjang sesi konyensyen tersebut. Mereka yang lain bercakap-cakap yang suara menjerit itu adalah musang sebab memang mereka nampak musang. Tapi yang kami nampak tu apa benda pulak?

Dari Asraf.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Suara Musang Menangis"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK