6 Jenis Hantu Popular Di India


Hi gais, jumpa lagi kita dalam info dunia hantu. Kali ini saya nak berkongsi dengan anda berkenaan hantu-hantu di India. Semestinya India sangat terkenal hebat dengan filem-filemnya yang tak terbatas hukum fiziknya.

Apabila layan filem, heronya seorang sahaja boleh lawan beratus orang gitu. Siap boleh lompat-lompat terbang lagi, kan? Sekali tumbuk atau menendang, bermeter-meter jauh perginya. Walau bagaimanapun  ia tetap seronok ditonton dan punya mesej yang sangat berinti.

Dan lagi, lagu-lagunya juga sangat best. Saya pun dulu layan juga Bollywood. Ada yang jenis tangkap nangis, hehe. Tak ketinggalan juga filem-filem Tamil aksi thriller dan sebagainya. Filem-filem horrornya juga tak kurang hebat.

Baiklah, sekarang mari kita terusnya dengan topik kali ini iaitu jenis-jenis hantu yang sangat terkenal di India. Sebelum itu saya ingin meminta maaf jikalau terkurang apa-apa maklumat ya. Ini sekadar informasi sahaja.

Jenis-Jenis Hantu Di India

1. Nishi Dak

Nishi Dak membawa maksud 'panggilan dari kegelapan' (The Call of the Dark) yang sering digambarkan sebagai roh jahat yang boleh menjelma seperti manusia biasa. Namun rupa bentuk aslinya tidak ramai yang tahu kerana siapa yang tengok rupa real atau aslinya memang tak akan selamat. Pendek kata menemui maut.

Cara hantu ini mencari mangsa adalah dengan menyeru atau memanggil nama seseorang untuk dibawa ke tempat yang sunyi dan gelap. Biasanya suara yang dia tiru adalah suara yang dikenali mangsa tersebut.

Kononnya lagi, hantu ini hanya boleh panggil sebanyak dua kali saja. Tapi bagi yang merasakan itu adalah suara hantu, biasanya akan tunggu panggilan ketiga sahaja bermakna itu bukanlah hantu. Kalau ikut juga suara itu, memang cari nahaslah ketika hanya dua kali panggilan. Dikatakan juga hantu ini pun pandai panggil mangsa melalui telefon.

2. The Aleya Ghost Light

Hantu ini juga kalau mengikut definisi internasional dikenali juga sebagai will-o'-the-wisp atau ignis fatuus. Ia biasanya digambarkan sebagai penampakkan cahaya berasap. 

Hantu The Aleya Ghost Light ini dikatakan membawa orang keluar dari jalan yang aman untuk ditenggelamkan dalam air yang kotor. Dikatakan hantu ini banyak tinggal di paya, laut atau di danau.

Menurut masyarakat setempat, terdapat banyak mayat ditemui di paya atau sungai kerana telah dibunuh oleh hantu ini. Sebelum itu mereka memang disesatkan dan dibawa ke tempat berkenaan lalu ditenggelamkan oleh The Aleya Ghost Light.

Difahamkan juga, wajah hantu ini juga sangat menakutkan. Namun begitu, ada juga yang mengatakan yang tersesat dapat keluar ke tempat yang aman kerana mengikuti cahaya tersebut. Mungkin sekali hantu ini kadang baik, kadang jahat. Kalau penampakkannya tidak menakutkan, moodnya tengah baik kut.

3. Nale Ba

Nale Ba ini pula adalah hantu wanita penyihir yang digambarkan sebagai perempuan yang suka ketuk pintu rumah di malam hari sambil memanggil tuan rumah. Biasanya suaranya akan menyerupai orang yang dikenali oleh pemilik rumah.


Bila tuan rumah tersebut terdengar namanya dipanggil, atau terdengar orang memanggil-manggil di luar rumah lalu pergi membuka pintu, maka nasib malang akan menimpanya. Nale Ba tanpa basa basi akan terus membunuh mangsanya serta merta.

Beberapa daerah di Banglore, masyarakat di sana percaya bahawa Nale Ba akan berjalan-jalan di kawasan mereka dan mengetuk pintu-pintu tetangga. Jadi, disebabkan itu mereka akan menggantungkan tanda 'Nale Ba' di depan pintu rumah untuk mengelak dari diganggu hantu ini.

Apabila Nale Ba melihat tanda tersebut, maka ia tidak akan mengetuk pintu rumah berkenaan kerana berkataan tersebut membawa maksud, 'Datanglah esok'.

4. Pishach 

Hantu ini pula adalah iblis yang makan daging mayat di India. Ia digambarkan sebagai mnakhluk yang besar dan berotot. Kiranya hantu ini sado dan kuat. Ia juga memiliki sepasang mata berona merah dan tinggal di kuburan atau ditempat-tempat yang kotor.

Hantu Pishach dikatakan boleh jadi halimunan (invisible) ala-ala insivisble man gitu. Jadi orang tak nampak si setan ni. Senang-senang je nak bersembunyi. Iyalah nak namanya setan, makhluk ghaib dan juga ia boleh merasuki orang serta boleh mengawal fikiran mangsa.

5. Boba 

Hantu Boba, bukan boba tea ye gais... tapi hantu Boba ini merupakan hantu yang menyerang mangsa ketika mangsa sedang tidur. Rupa hantu ini adalah mengikut tingkat ketakutan mangsa itu sendiri. Namun wujud aslinya digambarkan setan bertopeng putih yang bertanduk.

Dalam budaya Bengali, hantu Boba menyerang korban yang tidur terlentang dengan mencekiknya. Hantu ini akan tindih mangsa sehingga mangsa langsung tak boleh bergerak. Mangsa-mangsa ini yang nampak rupa setan ini kadang akan kesurupan.

Kebiasaanya mereka yang dicekik akan mati tetapi kalau hidup pun mangsa ini akan kemurungan terlampau bahkan mengalami halusinasi yang teruk. Keadaan mangsa juga ada yang lumpuh dan tak dapat bercakap. Hantu ini akan sering membuatkan mangsa berada seperti diluar kendali.

6. Muhnochwa 

Yang terakhir ini adalah Muhnochwa. Ia dikatakan seperti makhluk pencakar wajah. Makhluk ini juga digambarkan berbentuk seperti serangga raksasa yang gemar menyerang manusia. Cara dia serang adalah dengan mencakar-cakar wajah mangsanya. Difahamkan kes ini berlaku di Kanpur India pada tahun 2000-an begitu. 

Disebabkan hal tersebut, ia menjadi hal yang menakutkan di sana serta menjadi bualan gara-gara didakwa telah membunuh seramai 7 orang dan mencederakan beberapa orang lainnya. Mereka juga tidak dapat memastikan makhluk ini seperti apa tetapi beranggapan ia tidak seperti hantu tetapi macam kucing siluman. Bahkan ada yang mengatakan seperti monyet dan juga serangga.

Muhnochwa ini biasanya akan menyerang korban pada waktu malam dengan melompat ke arah mangsa dan cuba untuk mencakar-cakar wajah sehingga hancur. Ngerinya. Dikhabarkan ia seperti juga makhluk asing. Itulah mengikut rumor mereka.


Penutup

Ok gais, terima kasih kepada anda yang telah membaca informasi ini. Jika anda suka konten-konten yang ada di sini, maka sila follow blog rashidsalim.com agar anda tidak ketinggalan untuk info dan cerita-cerita seram mistik yang akan datang.

Sekian.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "6 Jenis Hantu Popular Di India"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK