Akhirnya Buku Antologi Cerpen Seram Dan Thriller 'Online Reload' Siap!


Alhamdulillah, dari tahun lepas lagi saya tertunggu-tunggu buku ini siap dicetak oleh pihak penerbit (Pena Padu Press). Pelbagai halangan dan banyak faktor yang menyebabkan kelewatannya. Tapi itu tak apa, asalkan karya-karya ini telah pun diterbitkan.

Sebenarnya saya dikejutkan oleh pembaca yang mesej saya di Facebook. Pembaca ini telah pun memiliki naskah tersebut, lalu memberikan komen selepas membacanya. Saya merupakan salah seorang penulis yang terlibat dalam antologi ini.


Jadi, baru saya tahu bahawa rupa-rupanya buku ini telah pun dijual. Saya pun apa lagi terus contact penerbit bagi mendapatkan naskah tersebut untuk diberikan kepada pembaca-pembaca saya pula. Saya suka jual sendiri, bukan apa, boleh berikan gift dan tanda tangannya sekali.

Kenangan tu....

BLURB

Teknologi semakin maju dari semasa ke semasa. Penggunaan gajet telah memudahkan urusan setiap manusia di muka bumi ini. Bukan itu sahaja, ia juga berupaya menentukan tahap kejayaan dan tamadun penduduk dunia.

Namun, makhluk di alam lain akan terus berusaha untuk menyesatkan manusia tidak kira apa cara sekalipun kerana janji mereka membinasakan manusia telah lama dimaterai sejak zaman Nabi Adam A.S.

Komplot Seram & Thriller : Online Reload mendedahkan berbagai lagi cara bagaimana tipu daya syaitan berjalan secara atas talian yang mana ia mampu memberi kesan buruk terhadap kehidupan manusia sejagat.

Penulis Antologi Cerpan Online Reload

Terdapat 16 orang penulis yang terlibat di dalam buku ini termasuk saya. Di antaranya adalah, M. Rizal A. Razak, Kims Diwa, Shafinaz Razak, Jamilah Ali, Azam Abdulrahman, Balada_Biru, N. Nitha, Iza Iman, AC Jaffrie, Fud Ahmad, Kupa Kerdil, Rashid Salim, Nadiyah Hashim, Kuci HK, Hafizuddin Ghazali dan Asraf Shaari.

Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang sudi mendapatkannya dengan saya. Korang memang osem termasuklah pembaca-pembaca saya yang berada di dalam group di FB Persona; Group, Pages dan juga Group Wasap.

Terima kasih juga untuk korang yang sentiasa support blog ini. Dengan adanya korang semua, maka saya terus bersemangat untuk menulis dan berbagi cerita serta info-info seram mistik untuk santapan korang.

Jumpa lagi... jangan lupa follow terus. Sukses ya...
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Akhirnya Buku Antologi Cerpen Seram Dan Thriller 'Online Reload' Siap! "

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK