Kampung Misteri Di Mersing


Tidak hanya kita di atas muka bumi ini, kan? Pelbagai kisah yang kita dengar tentang kewujudan 'makhluk' lain selain manusia. Ini termasuklah dari perkongsian dari Abang Sani yang sebelum ini pernah berkongsi Kisah Misteri Ford Laser Kuning di Dungun.

Kali ini terdapat lagi kisah yang menarik untuk dikongsikan bersama. Abang Sani sudi berbagi dengan kita berkenaan misteri alam di sebalik mata berkenaan kejadian yang pernah dialami sendiri oleh sahabat baiknya.

Menurutnya, Abang Sani telah menegur seorang kawan dan cerita ini berlaku sekitar tahun 90an. Jadi, dia pun bertanya kepada kawannya yang bernama Amir. Ketika itu Abang Sani masih bujang. Dia lihat Amir seperti kebingungan dan duduk termenung. Lantas dia bertanya kenapa?

Lalu Amir memberitahu bahawa dia masih teringat dan terfikirkan hal yang berlaku ke atas dirinya. Lantas Abang Sani pun bertanya lagi hal berkenaan apa? Amir pun cerita... Suatu hari dia ada balik kampung neneknya di Mersing, Johor.

Pada petang itu dia pergilah jalan-jalan di belakang rumah neneknya. Lepas itu dia ternampak ada dahan  huruf Y terbalik yang terpacak kat tanah membentuk seperti pintu gerbang. Jadi dia pun masuk tengok. Masa tu tiba-tiba sahaja kawasan itu bertukar sekelip mata.

Dia perhati hutan yang berada di belakang rumah neneknya itu berubah menjadi sebuah perkampungan. Lalu dia pun terus berjalan dan mendapati di situ terdapat rumah kediaman serta sekolah. Kemudian dia terdengar-dengar suara di sebuah rumah seperti sedang mengadakan majlis tahlil.

Ketika tengah lalu, tuan rumah itu pun memanggilnya dan ajak untuk join sekali. Tetapi Amir tak nak dan dia hanya ingin tunggu di luar sahaja. Selepas habis tahlil, tuan rumah berkenaan memberikan si Amir dua bungkus nasi yang telah siap dibungkus dengan daun pisang untuk dibawa balik.

Selepas itu tuan rumah pun menghantarkan Amir ke pintu gerbang tempat dia masuk tadi. Lepas itu Amir balik dan beri neneknya makan nasi itu. Abang Sani tanya Amir, ada ulat ke apa ke dalam nasi tu? Sakit perut ke apa ke selepas makan?

Amir jawab tak ada apa-apa pun, sedap elok sahaja mereka makan. Abang Sani bertanya lagi, apa yang ada di dalam situ? Amir beritahu tempat tu macam kampung orang kita, ada kereta cuma kereta lama-lama la, rumah dan sekolah. Masjid pun ada juga.

Kemudian dia pergi lagi ke sana tapi tempat itu dah tak ada. Tempat tersebut tak nampak dah. Amir pun terlihat macam blur selepas kejadian tersebut. Beritahu Abang Sani, Amir ini seorang yang ceria, tapi selepas peristiwa itu Amir nampak macam konfius sahaja.

Itulah kan, kadang kita tak tahu apa yang berlaku selepas kita melewati keadaan sebegitu. Namun kejadian-kejadian aneh dan pelik ini hanya yang melaluinya sahaja tahu bagaimana situasi sebenarnya.

Saya rasa perkampungan yang diceritakan oleh Amir kepada Abang Sani adalah kemungkinan besar merupakan perkampungan bunian. 'Mereka' mewujudkan dirinya...

Baca: Kejadian seram diganggu makhluk aneh ketika berteduh di pondok buruk

Sampai jumpa lagi, sekian.

Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kampung Misteri Di Mersing"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK