Kontraktor Terima Panggilan Misteri Dari Public Phone Yang Memberitahu Sesuatu Dan Ini Jawapannya


Kejadian ini dilalui oleh seorang kontraktor binaan namanya Nabil. Katanya, brader ini masa tu pergi melawat pakciknya di hospital.

Brader Nabil dari Kuala Lumpur, ziarah pakciknya yang dimasukkan ke wad gara-gara terkena penyakit Tibi. Pakciknya berada di Pantai Timur.

Dipendekkan cerita, brader ni lepas tanya khabar apa semua, dia pun minta diri. Lagipun waktu melawat dah nak tamat pada petang itu.

Kemudian masa dia melalui satu lorong itu, di situ ada pondok telefon awam yang memang orang tak pakai pun. Pondok telefon itu masih lagi berada di dalam kawasan hospital.

Lorong yang dia jalan itu sepi sahaja. Laluan hospital itu dalam keadaan lengang. Dia pun nak pergi ke arah tempat dia parkir kereta.

Tiba-tiba terdengar deringan public phone tersebut. Dia rasa nak pergi angkat. Telefon awam berbunyi pulak, kan? Jadi siapalah yang call? Fikirnya.

Selepas itu dia pergilah angkat, tak dengar suara sesiapa pun. Dia pun letaklah semula gagang telefon itu. Kemudian dia pun melangkah kembali.

Sekali lagi telefon itu berbunyi, dia buat tak layan kemudian baru dia perasan, telefon itu sebenarnya tak berfungsi pun, sebab masa dia angkat gagang, skrin pada peti telefon tu tak menyala pun.

Tak tahulah rosak atau apa, tapi satu suara pun tak dengar. Dia pun malas nak skeptikal anggap sahajalah memang ada orang call.

Selepas itu ada public phone lagi satu dekat depan dia, pun berbunyi juga. Dia naik hairan. Telefon yang orang dah tak guna masih berbunyi lagi?

Biasanya telefon itu digunakan untuk membuat panggilan, bukannya menerima panggilan, semakin pelik brader ni rasa.

Oleh kerana perasaan ingin tahu itu menebal sangat, lantas dia pun segera pergi mengangkat gagang telefon berkenaan. Kali ini dia tak menyapa, dia hanya ingin dengar.

Pakcik kau dah mati…"

Terkejut Nabil bila dia dengar ada suara garau seakan berbisik memberitahu bahawa pakciknya sudah pun meninggal dunia.

Gara-gara itu dia agak bingung, benar ke apa yang dia dengar itu? Apa yang baru berlaku itu adalah realiti dan bukannya fantasi?

Meremang habis seluruh tubuhnya. Berderau darahnya. Kepala pula rasa kecut sahaja kerana ada aura yang berbeza dirasakan.

Selepas itu gagang diletakkan serta merta dan dia terus kembali ke wad pakciknya ditempatkan. Nabil tanya pengawal yang jaga depan wad itu, ada orang meninggal ke? Jawapannya ada, baru je ada pesakit meninggal tiba-tiba.

Sudah ajal pakciknya, tapi soalnya, siapakah yang menghubunginya menggunakan telefon awam yang sudah lama tak berfungsi itu? Ia menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kontraktor Terima Panggilan Misteri Dari Public Phone Yang Memberitahu Sesuatu Dan Ini Jawapannya"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK