Sayang Tinggalkan Blogging


Malam tadi bersembang melalui telefon dengan seorang kawan, tanya khabarnya berkongsi rasa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, begitulah perumpamaannya. Saya doakan sahabat saya Tuan Faizal Syukri diberikan kesihatan yang baik, Aamiin.

Lama juga bersembang dengannya dan sempat juga beliau berkongsi info dengan saya berkenaan Shopee. Kemudian beralih pula kepada Youtube. Katanya beliau juga ada bina channel Youtube, dalam proses cuba-cuab juga atas nasihat kawannya.

Untuk pengetahuan semua, kawan saya ini merupakan seorang blogger juga. Cuma sebelum ini dia jarang dah aktif. Tahu-tahu dia nak bina konten Youtube pula.

Saya pun beritahu dia, sayang kalau tinggalkan blog. Kalau nak bangunkan konten Youtube, jangan tinggal blog juga sebab kita asal blogger buat bersama benda itu.

Saya beritahu padanya bahawa orang sekarang ramai beralih pada nak jadi Youtuber sehingga lupa pada blog. Kalau seseorang nak jadi Youtuber semata-mana nak jana pendapatan, blog pun boleh jana pendapatan.


Kalau nak berkongsi info, blog juga boleh berkongsi info, cuma bezanya adalah medium penyampaian. Blog melalui penulisan, manakala Youtube pula melalui konten video. Tetapi kedua-duanya boleh digabungkan.

Maksud saya, Youtube dan Blog boleh dimanfaatkan bersama-sama. Persaingan dalam membina Konten Youtube untuk dimonitize juga sangat hebat dan sengit.

Kalau tak berdaya saing, boleh kecundang (burn out). Tapi kalau kita buat video untuk perkongsian (fun), Insya-Allah kita tak akan stress. Sebabnya kita bebuat sesuatu yang kita suka dan kita ada niche kita sendiri.


Syarat untuk sesebuah channel Youtube dimonitazion perlu ada 1000 subscriber dan mendapat 4000 jam tayang. Ia adalah wajib. Namun harus diingat, video-video yang dihasilkan pula haruslan original dan bukannya reused content.

Sekiranya kita betul-betul struggle nak sangat orang subscribe channel kita dan mengharap sangat orang view, tapi benda itu tak berlaku, maka kita mudah stress. Ia memang mengganggu emosi.

Saya cakap kat beliau, blog dia tu dah lama dah otai, cuba monitize dulu mana tau ada rezeki untuk bersama dalam program Google Adsense. Tapi saya sempat pesan, lengkapkan ciri-ciri yang patut ada terlebih dahulu.

Supaya nanti untuk proses peninjauan, pihak Google Adsense melihat blog kita tu sudah lengkap ada apa yang sepatutnya navigasi seperti;
 

Navigasi Penting;-

  • About me
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy policy
  • Sitemap
Ciri-ciri ni patut ada selain template yang responsive digunakan serta konten yang original bukan copy paste orang punya artikel. Saya yakin artikel beliau semua orginal sebab beliau memang seorang yang beretika dalam menulis.

Blog dapat membantu view Youtube

Dengan adanya blog, kita pun dapat juga membantu channel Youtube kita untuk dikenali. Maksudnya kita pun boleh mempromosikan channel Youtube kita tu dalam blog kita sendiri. Bagus, kan?

Secara tak langsung pengunjung boleh view video youtube kita melalui blog. Senang, kan? Itu semua dari perkongsian 'embed code' yang disediakan oleh pihak Youtube. Kita tinggal paste je dalam blog kita.

Sebab itulah saya cakap, sayang kalau tinggalkan blog semata-mata fokuskan Youtube sahaja. Apa kata buat dua-dua kalau ada minat kedua-duanya.

Ada orang saya tanya saya, masih relevan lagi ke menulis blog ni? Saya dah jawab pada artikel saya yang telah lalu, anda boleh baca di sini...


Untuk mencari ilmu, anggaplah diri kita umpama gelas yang kosong.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Sayang Tinggalkan Blogging"

  1. Best baca di blog anda. Saya follow ya..please come in my site

    BalasPadam
  2. sekarang zaman untuk melupakan blog tapi saya belum lagi move on hehehe

    masih setia menuls walaupun sekadar menulis untuk kebajikan dan promosii

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK