Cabaran Dari Urgent Order


Assalamualaikum. Ini saja-saja saya nak share dengan korang pengalaman saya menjadi penggubah bunga. Bidang ni boleh dikatakan bidang terjun yang saya lakukan secara tak sengaja.

Lagipun saya tak rancang benda ini. Mula-mula ia dari galakan Luke Vinecy kenalan saya yang berada di Sarawak yang suggest saya supaya cuba membuat gubahan orkid.

Ketika itu saya sembang-sembang kosong sahaja dengannya. Saya mengadu bahawa saya tak tahu nak buat apa, disebabkan faktor kesihatan saya yang semakin merosok. Nak berniaga cendol pun rasa macam dah tak jalan.

Jadi, dia pun suggest saya buat benda apa yang saya buat sekarang. Tak sangka pula la kan tiba-tiba saya boleh buat. Itulah kalau tak cuba tak tahu. Walau bagaimanapun banyak benda lagi yang saya kena belajar.

Dalam masa yang sama, saya pun laksanakan juga dengan tempahan bouquet seperti surprise delivery. Di bawah ini merupakan iklan banner yang telah saya buat untuk usaha saya ini.

kristal florist (facebook pages)

Memang saya jadi sibuk dengan persediaan bisnes baru saya ini sehinggakan nak update cerita seram dalam blog ini pun sampai tak sempat. Minta maaf sangat-sangat ya gais.

Bukan apa, sebab saya kena bina main bisnes untuk kelangsungan hidup saya dan keluarga juga. Bidang penulisan ini sekadar hobi sahaja yang saya lihat tak mampu untuk menyara saya sekeluarga. Ia hanya untuk sampingan sahaja.

Kalau saya harapkan pendapatan penulisan, memang saya tak ke mana-mana. Jadi saya kena cari cabang lain juga. Pendek kata kena buat banyak kerja. Itulah pasal saya jadi sibuk.

Selepas saya lancarkan bisnes ini dan buka pages di fb, saya pun dapat tempahan delivery, maka saya pun cepat-cepat buat untuk pelanggan saya tu.

Bukan main seronok saya dapat tempahan. Bukan sahaja orkid, malah saya sediakan juga perkhidmatan bouquet seperti yang saya katakan di atas tu. Alhamdulillah, Kristal Floris & Surprise Delivery sedikit demi sedikit diberikan perhatian.


Ini sebahagian tempahan yang telah saya buat. Meskipun baru, tapi sambutan amat menggalakkan. Sokongan yang saya terima sangat-sangat positif. Syukur...

Namun, dalam kebahagiaan ada juga deritanya, di mana ada yang suka ambil kesempatan dan cuba menguji.

Kadang ada juga orang buat saya ni macam baru saja saya ni berniaga, tak apalah saya tak kisah pun saya layankan saja.

Minta buatkan bouquet urgent, hari ini tempah hari ini nak terus. Saya cakap boleh, tak ada masalah saya boleh uruskan demi nak memudahkan urusannya yang nak urgent tu.

Tapi satu je saya minta, minta bayarkan dulu atau berikan deposit. Tapi dia tak nak bayar deposit, katanya buat siap dulu baru nak bayar.

Saya juga tidak mengenalinya, lalu dia kata bimbang kalau-kalau saya tipu dia. (Saya ni scammer ke?) Saya pun beritahu, "Puan... kalau puan rasa saya ni berniat nak tipu puan, eloklah kita jangan berurusan..."

(Saya ni nak cari sumber rezeki yang halal)

Lepas itu dia terus maki saya sampai saya pun tak tergamak nak up di media sosial ni (mahupun dalam blog ini). Saya fikir dia ada masalah agaknya. Saya cakap elok-elok tapi malangnya dihembur dengan makian. Ya ampun...

Selama hidup saya dalam berbisnes, saya tak pernah lagi tipu orang, dari saya bisnes komputer, printing, design, menulis buku, cendol dsb, saya tak pernah lagi tipu duit orang.

Saya ni belajar dari pengalaman, dulu saya terlalu naif sampai bagi hutang ketika bisnes kedai komputer dulu dan orang tak bayar, takkan saya nak ulang kesilapan yang sama lagi?

Begitulah serba sedikit luahan serta pengalaman saya berhadapan dengan situasi yang tak terduga. Tetapi saya harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Terima kasih gais kerana sudi jengah ke blog saya. Insya-Allah, jumpa lagi.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

5 Responses to "Cabaran Dari Urgent Order"

  1. Berniaga ni byk hikmah. Antaranya mengajar erti kesabaran dari semua segi. Cantik bunga tu..

    BalasPadam
  2. Tahniah untuk bisnes baru yang semakin berkembang. Antara kaedah mudah tunjukkan yang kita ni trusted seller ialah setiap kali tuan hantar surprise delivery atau bouquet tu, ambil gambar customer pegang bouquet dan post di medsos. kalau tiap hari ada gambar baru, tentu pembaca mudah trust.

    BalasPadam
  3. wujud eh orang camni. nak urgent tapi risau kena scam pastu maki orang. nasib baik la abg ni penyaborr

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK