Daftar Lokasi Perniagaan Kristal Florist Di Google Maps


Beberapa hari lepas saya mendaftarkan bisnes saya di Google Maps untuk memudahkan pelanggan saya mencari lokasi perniagaan saya.

Saya belum punya proper kedai jadi saya jadikan rumah saya sebagai kedai. Seingat saya masa saya daftar lokasi atau place di Google Maps mudah sahaja.

Saya hanya memilih menu 'add missing place' sahaja dan tunggu lokasi saya disahkan. Ketika itu saya buat untuk perniagaan bisnes Cendol Anak Muda.

Apabila saya nak daftarkan lokasi Kristal Florist & Surprise Delivery Dungun, ia sedikit sulit, tak keluar pada maps (peta) bahkan digantungkan. Ada benda yang tak kena. Suspended jadinya.


Patutlah tunggu tak muncul-muncul di maps. Tengok email, la... apalah nasib. Saya pun semak balik apa yang diorang nak. Nampaknya mereka lebih detail kali ini.

Kena isikan maklumat dengan detail. Malah memerlukan data sokongan seperti SSM atau pun lesen perniagaan bagi mengukuhkan permohonan.

Selepas saya isi apa maklumat yang diminta, saya pun request balik, maksudnya Submit a reinstatement request. Kemudian kena tunggu lagi mereka semak.

Bayangkan prosesnya bukan sesenang dulu. Tapi yang bestnya kita share maklumat lokasi kita, ia memudahkan orang cari. Untuk grow bisnes kita di masa akan datang.

Selepas dua hari, akhirnya... Alhamdulillah... baru diluluskan. Nampak, prosesnya tu bukan lagi sekacang dulu. Saya tak tahulah orang lain mungkin mudah tapi saya ni entahlah rasa macam tak enteng pulak.

Namun, demi perniagaan yang saya usahakan ini, saya teruskan juga berusaha supaya dapat bersaing secara sihat. Kita cari pelanggan secara offline dan online.

Daftar lokasi di Google Maps untuk memudahkan orang datang ke tempat kita. Mudah kita nak share lokasi kita kalau orang nak datang ke premis kita nanti. Diorang cari di Google, Insya-Allah, kedai kita akan tersenarai dalam carian.

Kelebihan daftar lokasi perniagaan di Google Maps:

Pertama - Tujuan asas saya daftarkan ia adalah untuk memastikan saya tak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan semasa.

Kedua - Bagi mendapatkan pelanggan-pelanggan baru.

Ketiga - Memudahkan pelanggan untuk datang ke premis

Selain itu, untuk bertahan dalam bisnes yang baru saya usahakan ini. Saya tahu ianya tak mudah tetapi paling tidak saya cuba melakukan sesuatu untuk berdaya saing.

Lagipun saya tak nak sia-siakan bakat yang dianugerahkan Allah ini. Lagipun saya ingin memberikan sesuatu kepada pelanggan dan bakal-bakal pelanggan saya.

Ok gais, terima kasih sudi singgah baca perkongsian saya. Jika anda juga punya bisnes, cubalah daftar, Insya-Allah ada manfaatnya. Sampai jumpa lagi.

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Daftar Lokasi Perniagaan Kristal Florist Di Google Maps"

  1. pendaftaran lokasi memang amat dituntut...sebab memudahkan proses bisnes nanti

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK