Lelaki Diganggu Setelah Terima Keris Misteri


Ini perkongsian mistik daripada saudara Faizal (bukan nama sebenar). Menurut Faizal, dia pernah diberikan sebilah keris misteri. Tapi keris itu panjangnya lebih kurang 12cm sahaja dari hujung ke hulu keris.

Bagi Faizal, keris itu sangat kecil saiznya yang ditemui bawah bantal bilik tidurnya. Mula-mula ia mendapatkan keris tersebut, dia datangi sebuah mimpi tentang seorang lelaki tua tetapi wajahnya tidak jelas.

Di dalam mimpi berkenaan lelaki tua itu berkata akan memberinya sebilah keris dan meminta Faizal menjaganya dengan baik. Faizal tidak mengata ya atau pun tidak sebaliknya hanya berdiam sahaja.

Apabila sedar dari tidur, dia dapati bawah bantalnya ada keris itu. Dia tak tahu dari mana datangnya keris tersebut. Yang pasti dia hanya bermimpi tentang lelaki tua itu dan tahu-tahu siangnya keris ada di bawah bantal tidurnya.

Kerana hairan, dia pun memberitahu kepada rakannya berkenaan keris berkenaan yang kelihatan biasa sahaja cuma saiznya sahaja kecil. Dia beritahu kepada rakannya bahawa dia dapat keris itu dari mimpi tapi kawannya ketawakan dia.

“Keris cenderamata macam ni berlambaklah Faizal…” ketawa kawan-kawannya. Mereka semua menyangka Faizal hanya berbohong semata-mata.

Sejak hari itu Faizal hanya diam sahaja tak tahu nak buat apa dengan keris tersebut katanya orang tua dari mimpi minta jaga keris tapi tak ada apa-apa yang menarik tentang keris tersebut. Entah-entah keris itu diselit oleh orang lain.

Faizal mula-mula rasa begitu. Dia was-was dia tanya ibu dia ada orang lain tak masuk dalam bilik dia masa dia tidur, lalu kata ibunya mana ada sesiapa. Dalam rumah ni memang ada dia dan ibunya sahaja. Dah namanya anak tunggal, mana ada orang lain. Ayah pun dah tak ada.

Pada suatu hari ada hal yang ganjil telah berlaku. Keris yang dia simpan dalam laci tiba-tiba bergegar. Laci terbuka dengan sendiri dan keris tersebut terus keluar dari laci dan terpacak ke dinding biliknya.

Terkejut besar Faizal seperti tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Keris kecil itu terbang! Dia mula takut. Nampaknya keris itu memang bukan keris biasa.

Dia pun mengambil semula keris yang terpacak di dinding itu dalam keadaan takut-takut. Dia menyimpannya kembali di dalam laci tepi katilnya.

Dan pada malam itu dia tak dapat tidur lena. Dia gelisah dan takut. Bermacam-macam suara pelik dia dengar. Pelbagai benda yang berlegar di fikiran. Malah ada sesuatu yang berjalan di atas bumbung rumahnya.

Dinding kayu rumahnya kedengaran seperti dicakar-cakar, srehhhhh srehhhh…. Semakin lama semakin kuat kedengaran. Lantas dia dengar bisikan… “Kembalikan…”

Faizal ketakutan, dia selimut rapat-rapat. Bulu romanya meremang. Dia nampak seperti bayang-bayang berada di dalam biliknya kemudian hilang. Tubuhnya jadi kebas dan kaku seluruhnya tak dapat bergerak terasa kena tindih.

Akhirnya keadaan itu kembali pulih setelah keringat pun terbit dari liang-liang roma. Lencun habis. Perlahan-lahan dia bangkit dan melihat keris yang berada di dalam laci telah tiada. Faizal menarik lafaz lega kerana dia tidak lama menyimpan keris tersebut dan mujurlah keris tersebut diambil kembali.

Dia pun tak tahu apa motif keris itu diberikan kepadanya. Dia juga tak tahu akan tujuan, cuma dia fikir juga, kalau untuk tujuan kebaikan seharusnya dia rahsiakan, tetapi sebaliknya dia memberitahu pula pada orang lain. Itu kesilapan yang Faizal lakukan. Boleh jadi pemilik asalnya telah marah, itulah andaian Faizal.

Ok gais, begitulah perkongsian mistik tentang Faizal untuk santapan kita semua pada kali ini. Terima kasih gais korang terus setia membaca kisah-kisah seram di dalam blog Rashid Salim. Sehingga jumpa lagi… Assalamualaikum.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Lelaki Diganggu Setelah Terima Keris Misteri"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK