Sihir Nyamuk Wajah Terbalik


Kejadian ini diceritakan oleh Azlan, menurutnya pada suatu hari tu dia rasa tak sedap badan. Rasa lemah sangat. Dia pun baring di kerusi dan pada petang itu dirasakan badannya rasa macam digigit nyamuk.

Dia pun bangun dan melihat banyak kesan gigitan nyamuk timbul-timbul bengkak dan rasa gatal. Dia garu-garu. Memang rasa sakit. Seluruh badan rasa gatal. Entah kenapa dia rasa banyak betul nyamuk pada petang menjelang Maghrib itu.

Kemudian dia bangkit dan pergi mandi. Memang nampak kesan merah-merah kena gigit nyamuk itu. Dia anggap itu biasa mungkin nyamuk sedang mengamuk agaknya. Namun selepas selesai solat dia rasa gatal lagi tapi nyamuk tak ada. Bengkaknya makin menjadi-jadi.

Dia intai-intai kut ada nyamuk lagi. Dia pun pasang ubat nyamuk elektrik itu, malangnya macam tak berkesan langsung. Kebal betul nyamuk yang menyerang.

Selepas itu keadaan kembali reda. Beberapa minggu selepas itu kawan-kawan Azlan mula tegur dirinya mengatakan bahawa tubuhnya susut. Azlan beritahu dia kurang tidur. Kesan bengkak dari gigitan nyamuk itu cepat surut tapi kesan lebam itu nampak akibat digaru-garu terutama di bahagian paha.

Menyedari bahawa berat badannya mula susut dia pun makin risau. Apa sebenarnya berlaku? Selera makannya ada, tapi berat badannya menurun. Dia risau kalau-kalau dia punya penyakit. Pada malam dia mula risau itu, ada kawannya hantar mesej.

“Lan… kau ni dah kena sihir…”

Terkejut dengan mesej itu, dia tak faham lalu dia bertanyakan kawannya itu, sihir apa tu? Lalu dia pun pergi jumpa kawannya itu.

Kawan dia bawa pergi jumpa seseorang dan orang itu beritahu Azlan kena sihir nyamuk. Hisap darah. Sebab itu Azlan jadi letih dan kurus sahaja.

Azlan dijampi dengan air limau dan garam. Orang tu cakap ambil lada dan bacakan Al-Fatihah kemudian hembus pada lada berkenaan. Azlan diterangkan langkah-langkahnya bagaimana cara membuatnya.

Azlan mesti melakukannya sendiri supaya mujarab. Sebab benda itu ada dalam diri Azlan sendiri. Azlan diminta bakar lada kering itu, perasabkan dirinya.

Selepas itu Azlan balik dan ikut apa yang disuruh. Ketika dia perasab lada kering itu… seluruh badan dia gatal. Sakitnya bukan kepalang lagi. Pedih sangat. Bunyi berterbangan di cuping telinganya sangat bingit.

Pada malam itu memang kuat dengar bunyi nyamuk terbang. Kemudian ada beberapa ekor makhluk aneh hitam kecil setinggi 7 inci yang bertaring ada di hadapan matanya ia cuma terlihat untuk beberapa detik sahaja kemudian ghaib.

Asap dari lada kering itu sangat pedih membuatkan Azlan terbatuk-batuk dan terbersin. Bukan dia sahaja malah dia juga terdengar-dengar ada orang batuk dan terbersin di dalam rumahnya.

Dia semakin meremang sedangkan dia tinggal seorang di dalam rumah sewanya itu. Tiada sesiapa melainkan dia seorang sahaja.

Selepas itu suara orang batuk tiada kedengaran lagi. Pada malam esoknya dia buat lagi sehinggalah sampai tujuh malam. Pada hari ketujuh itu, dia nampak gambaran, jiran sebelah rumahnya berwajah terbalik.

Dia pergi jumpa orang yang dia berubat itu dan memaklum dia nampak orang muka terbalik. Dan orang tu beritahu itulah orang yang hantar sihir itu. Orang muka terbalik itu sebenarnya sedang menderita sihir dipulangkan.

Semenjak itu Azlan berpindah dan tak sewa di situ lagi. Dia tak tahu apa punca orang sakit hati padanya sehingga dia disihirkan dan dia tak tahu apa salah dirinya sampai dia disihirkan. Azlan tak sihirkan sesiapakan, dia cuma pulangkan sihir itu sahaja mengikut apa yang diajarkan.

Sekian…
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Sihir Nyamuk Wajah Terbalik"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK