Bila Benci Disangka Sayang Tapi Alhamdulillah Masih Ada Yang Sayang
Sabtu, 8 Jun 2024
Add Comment
Saya ni susah nak benci kat orang. Kalau orang buat hal dengan saya pun, saya masih bagi peluang dan peluang. Tapi kalau sudah sampai pijak kepala, lama mana sangatlah saya mampu bertahan? Saya pun ada hati dan perasaan jugak.
Kalau dulu memang saya jadikan medsos ni tempat luahan perasaan tapi itu dulu. Ya dulu ceritanya berbeza seiring usia. Sekarang bila dah tua-tua ni rasa malas nak ambil tahu benda yang merumitkan dan sakitkan kepala. Nak hidup relaks-relaks sahaja.
Bukan tak nak fikir masalah langsung, cuma nak fikir jalan solved probelm itu dengan lebih santai bukannya membantai diri atau sabotaj diri. Dan sekarang saya selesa dengan keadaan ini biarpun saya tak punya apa-apa melainkan mereka yang masih sayangkan saya. Saya juga sayangkan mereka yang setia dan ada bersama dengan saya dalam setiap tawa dan duka.
Jadi teman-teman, saya tak dapat nak mengawal awak semua dari kaitkan saya dengan masalah peribadi seseorang yang lain. Itu pilihan dia sendiri. Saya ulang, pilihannya. Cerita dulu adalah cerita dulu. Pengalaman lalu banyak mengajar saya supaya berhati-hati dalam berkawan. Itu pengalaman yang Allah berikan.
Sekiranya ada yang terkesan dengan bicaranya, saya tak boleh buat apa, saya di sini tetap teruskan sahaja kehidupan saya. Jalankan bisnes saya seperti biasa. Percayalah, suatu hari nanti ALLAH akan tunjukkan kebenarannya.
Aduh, penat taip panjang-panjang ini, better saya tulis novel sahaja bunuh dia dalam bab yang pertama. Hahaha. Bila jadi buku, ada juga faedahnya. Iyalah mana tidak, bebaru ini dapat peluk SENJATA IBLIS syok hoo baq hang. Kalau saya tak pergi ke Pesta Buku itu hari, pasti saya tak merasai sendiri pengalamannya.
Dulu pernah tanam hasrat nak pergi. Hasrat itu tertangguh semenjak 2012 lagi. Ketika itu merupakan tahun novel pertama saya terbir di dunia mainstream berjudul Buka Mata Hati terbitan Jemari Seni Sdn. Bhd. yang kini operasi rumah penerbitan tersebut telah ditutup sepenuhnya.
Sehinggalah tahun lepas (2023) saya dapat jejakan kaki ke Pesta Buku, cuma itu merupakan Pesta Buku Selangor dengan ditemani Abang Azam. Ada beberapa rakan penulis yang saya kenal melalui Facebook dapat jumpa dengan Izin Allah Azza Wa Jalla.
Bersama dengan sahabat penulis hebat tanah air. Mantan menteri pendidikan Malaysia dan juga bersama juara sayembara puisi. |
Cuma satu sahaja masalah saya, saya ni tak boleh bertahan di dalam keramaian. Gementar atau perasaan bimbang dan risau pasti akan datang membuatkan saya rasa tidak selesa, namun saya kuatkan diri dan bertahan. Syukur semuanya berjalan dengan baik.
Alhamdulillah pada tahun ini akhirnya dapat saya jejakan kaki di PBAKL2024 (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024). Dan yang pastinya ia menjadi sebuah memori yang tidak dapat saya lupakan diantaranya bila mana rezeki saya dapat bertemu dengan salah seorang keluarga saya di FMB iaitu Abang Mohd Azam. Nama gelarannya sama seperti Abang Azam, jangan tertukar okey, dan dalam keluarga kami di Tiktok, beliau digelar Ayah Ngah Ceo.
Abang Mohd Azam segak dengan berbaju kuning, manakala Abg Azam pula yang tu baju hijau senyum manis dan yang lain pula merupakan sahabat pena saya yang juga amat saya sayangi. |
Okey, setakat ini dahulu update saya dalam ruang ini. Next kita sambung lagi berceloteh. Kena tulis pendek-pendek sahaja di sini sebabnya ada di antara pembaca saya segan nak baca panjang-panjang... ngantuk katanya. Bukan apa, silap hari bulan depa minta saya lukis pulak, naya pak karim. 😅
Jangan marah na, gurau ja. 🙏
Ditulis oleh: Rashid Salim
0 Komentar untuk "Bila Benci Disangka Sayang Tapi Alhamdulillah Masih Ada Yang Sayang"
Catat Ulasan