Penulis

Rashid Salim

MOHD RASHID BIN SALIM merupakan seorang penulis novel kelahiran Dungun Terengganu yang mendapat pendidikan di Institut Kemahiran Mara, Sik Kedah dalam bidang komputer. 

Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan kreatif sejak tahun 2010 sehingga kini dan menghasilkan pelbagai genre termasuklah beberapa buah naskah buku seram untuk santapan pembacanya.

Di samping itu juga penulis masih aktif menulis di laman sosial untuk berkongsi cerita kepada para pembaca yang budiman. 

Penulis juga menghasilkan beberapa buah ebook seram dan realiti kehidupan yang masih dijual. Sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada admin@rashidsalim.com

Beliau juga boleh dihubungi melalui Facebook pagesnya iaitu Rashid Salim.


0 Komentar untuk "Penulis"

Catat Ulasan