Beli baju t-shirt tapi dapat sekali pakej dengan 'benda' tu


Terdapat banyak informasi dan maklumat yang boleh didapati di internet. Begitu juga dengan perkembangan dunia pengkaji hantu atau entiti ini yang tidak ketinggalan menggunakan medium ini untuk menyebarkan info dan aktiviti mereka.

Suriani (bukan nama sebenar) penggemar dunia mistik dan channel paranormal di Youtube. Dia selalu mengikuti perkembangan terkini Youtuber dari negara seberang. Boleh dikatakan Suriani merupakan peminat setia.

Lalu Suraini sudi berkongsi pengalamannya menerima kiriman yang dibeli berserta dengan sesuatu yang pelik turut ada bersama-samanya.

"Ketika saya menonton sesi video live mereka, saya begitu tertarik dengan promosi barangan yang dipamerkan, iaitu baju. Mereka hasilkan baju khas untuk peminat-peminat," kata Suriani yang menjadi pembelinya.

Kiranya Suraini tidak mahu melepaskan peluang memiliki t-shirt tersebut yang dikatakan begitu eksklusif dan mahal. Oleh itu dia turut mendapatkannya.

Setelah membuat transaksi dan memberikan butiran penghantaran, maka Suriani hanya perlu menunggu barang tersebut sampai sahaja ke rumahnya.

"Tidak lama selepas tu saya pun terima kotak barang tu. Selepas saya buka, saya lihat baju yang dibeli, cantik dan menarik. Dalam kotak itu disertakan sekali buku kisah pengalaman youtuber tu, setanggi dan patung pocong," katanya.

Pada mulanya Suriani tidak merasakan ada apa-apa yang pelik, tetapi selepas dia memakai baju tersebut untuk mencubanya dia pun berasa sedikit pening. Selepas ditanggalkan semula, barulah rasa okey.

Selepas itu ayahnya nampak setanggi dan patung pocong tersebut dan merasakan ia tidak sesuai untuk berada di dalam rumah. Maksudnya ayahnya tidak bersetuju Suriani menyimpan benda-benda begitu.

Seterusnya, ayahnya tanam setanggi dan bakar patung pocong tersebut. Itulah tindakan yang dilakukan oleh ayahnya. Surania pula tidak menghalang.

"Sebenarnya ayah saya tak suka saya terpengaruh dengan benda-benda berkait dengan paranormal ni. Tapi saya dah minat, nak buat macam mana," balasnya.

Selepas tu sebelah malam, mereka sekeluarga pergi makan malam di luar. Setelah selesai mereka pulang semula, pada ketika itu, Suriani terperanjat, katanya dia nampak pocong ada dekat pagar rumah.

"Saya beritahu ayah ada pocong dekat pagar. Ayah pun tengok dan bertakbir kerana terkejut, mak pun sama. Kami sama-sama nampak pocong tu beberapa ketika selepas tu ghaib."

Mereka cepat-cepat masuk dalam rumah. Selama tiga hari berturut-turut mereka dikejutkan dengan jelmaan pocong tersebut yang datang entah dari mana.

"Ayah panggil ustaz datang sebab dah tak tahan sehingga mak pun kena ganggu. Masa mak nak tidur, mak terkejut sebab pocong ada berbaring sebelah dia. Bukan sahaja mak, saya pun kena jugak," ujarnya.

Suriani memberitahu yang Ustaz Zubair bertanya ada terima apa-apa barang tak? Dan Suriani menjawab ada. Dia menyatakan semuanya pada ustaz tersebut, lalu ustaz menyuruhnya agar semua itu dibakar.

"Saya rasa sayang pulak nak bakar, sebab saya beli baju tu mahal kut... apa salah baju tu sampai nak kena bakar, kan? Tapi ustaz tu cakap ada benda tu tumpang melalui barang-barang tu," kata Suriani hampa.

Suraidah ibu kepada Suriani sebenarnya berasa hairan, bagaimana benda-benda itu boleh menumpang bersama barang-barang yang dihantar?

Atau mungkin mereka memang sengaja untuk memperlakukan sesuatu kepada anaknya? Suraidah menaruh curiga.

Lantas Ustaz Zubair menjawab bahawa ia adalah tempat sihir menumpang. Jadi ia menjadi perumah untuk benda tu.


Kemudian Ustaz Zubair memberitahu bahawa Suriani telah terkena sihir dan kalau tidak dipasung cepat nanti bertambah mudarat.

"Pada mulanya saya tak yakin yang anak saya telah terkena sihir, tapi selepas nampak pocong tu berdiri di belakang ustaz sambil merenung ke arah Suriani, terus kepala saya rasa kecut. Selepas tu anak saya pengsan manakala pocong tu pulak hilang," cerita Suraidah.


Pada masa tu juga Ustaz Zubair membantu menyelaikan masalah. Suriani kerasukan. Memang nampak agak teruk juga, tapi mujurlah segera dibantu.

"Ketika tu saya dah tak ingat apa dah, yang saya nampak adalah kematian sangat dekat dengan saya. Selepas itu pocong itu dekat dengan muka saya, sangat rapat." beritahu Suriani.

Selepas segalanya selesai Ustaz Zubair berkata, sihir ni boleh dihantar dengan pelbagai cara. Kalau tak dimusnahkan perumahnya, nanti ia boleh menumpang dalam jasad manusia, maka manusia lemah mudah kerasukan.

"Sejak dari itu saya pun dah takut nak beli barang dari mereka atau dari sesiapa lagi, bimbang dapat pakej macam tu sekali lagi. Saya dah tak nak..." Suriani trauma.

Sekian.

Cerita asal: Suriani & Suraidah
Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Beli baju t-shirt tapi dapat sekali pakej dengan 'benda' tu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK