Amaran
: Bacaan ini mengandungi unsur seram dan thriller.

Baru sahaja beberapa detik dia di ruangan itu dan belum pun sempat membuka topik, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk orang.

“Sekejap ya you all, ada orang datang. I nak pergi tengok.” Dia bangun dari duduknya meninggalkan seketika telefon pintarnya yang masih bersiaran.

Semakin lama, pintu diketuk kian kuat. “Kejap.” Semakin kencang ketukan itu, “Sabarlah!” Katanya hampir bertempik.

Sewaktu membuka pintu, secara serentak elektrik terpadam. Terpekik Sadjat gara-gara terkejut. Kemudian bekalan elektrik yang terputus tadi bersambung semula. Dia mengusap dadanya sambil menarik nafas lega.

Dia menjengul kepalanya ke luar, menoleh kanan dan kiri namun tiada sesiapa. Main-main betul, bisiknya.

Dia menutup pintu dan kembali semula ke meja di mana dia sedang bersiaran langsung. Jumlah tontonan yang menanti sudah mencecah satu ribu.

“Sorry semua, blackout tadi.” Dalam masa yang sama Sadjat mula rasa kurang selesa. Seolah-olah malam ini bakal berlaku sesuatu yang buruk. Boleh jadi malam ini adalah malam terakhir dirinya.

Dia cuba menangkis perasaan tersebut dengan mengukir senyuman, namun jelas terlakar kerutan di dahinya seperti mencurigai sesuatu. Perasaan itu hadir tiba-tiba. Dia jadi risau.

'Kenapa pucat je?'

'Sis, malam ni nyanyi satu lagu, boleh?'

'Cantik la sis malam ni.'

Bla bla bla…

Pelbagai komentar diterima, ada yang memuji bahkan ada yang menghina.

‘Pondan tak sedar diri. Balik umrah pun tetap perangai haram jadah,’ maki pengguna medsos yang masuk ‘live’ Sadjat.

‘Mengaku je la Bang Jat yang kau tu ada telor,’

Bertubi-tubi cacian dan makian dilontarkan namun Sadjat sudah lali terhadap kecaman-kecaman sebegitu, kadang-kadang dia buat tak tahu je.

“I ni perempuan okey.” Katanya kepada para penonton. “Mati hidup balik pun, I tetap perempuan.” Sambungnya sambil senyum-senyum menyindir.

Tidak semena-mena, dari arah belakang muncul kelibat seseorang yang bertopeng menikam belakangnya. “Arghhhh!!!” Sadjat menjerit kesakitan. Kejadian itu terus disaksikan secara langsung.

Tubuh Sadjat dipeluk kuat dari belakang lalu tangan pelaku menikam pula dada Sadjat beberapa kali. Baju siglet yang dipakai Sadjat telah dirobek sehingga menampakkan buah dada silikon. Dengan pantas buah dada itu ditusuk dan tersembur darah merecik ke skrin telefon.

Sadjat begitu terseksa sedemikian rupa. Kesakitan yang dialami bukan kepalang lagi. Mulutnya kemudian dihiris dengan pisau sehingga terlihat geraham. Dia cuba melawan tetapi hilang keupayaan. Darah merah pekat meleleh.

Tanpa berhati perut, bahagian alat sulitnya pula dipaparkan. Penonton yang melihat tergamam. Mereka merasa ngeri. Zakar Sadjat terus dipotong. Memancut-mancut darah keluar. Dia meraung kuat menahan setiap penyeksaan itu. Raungannya bersama mulut yang terhiris.

Di antara penonton yang mengenali Sadjat terus menghubungi pihak polis tetapi semua itu sudah terlambat. Sadjat mati dalam keadaan sebegitu rupa. Kejadian berlaku sangat pantas.

Siapakah dalang di sebalik pembunuhan ini? Apa motifnya? Dan siapa pula mangsa seterusnya? Dapatkan ebook ini sekarang kerana semuanya  akan terjawab dalam INFLUENCER.

Apa kata mereka?






Blurb

Pembunuhan bersiri melibatkan para influencer. Seseorang telah melakukan pembunuhan kejam tersebut yang mempunyai motif tersendiri. Detektif Farzil telah ditugaskan mengungkap misteri ini.

Kematian demi kematian disaksikan secara langsung oleh para penggemar mereka. Tragedi berdarah itu mula digeruni sehingga menimbulkan rasa panik kepada para influencer lainnya.

Dalam masa yang sama, wujud channel pelapor yang mengikuti setiap perkembangan pembunuhan itu. Siapakah dalang sebenar terhadap kematian mereka?

Berapakah harganya? Saya tawarkan kepada anda cuma RM10 RM5 sahaja. Ya, harganya  adalah RM5 sahaja untuk bacaan yang terbaik, penuh debaran dan suspens.
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar melalui aplikasi Whatsapp. Ia boleh terus dibaca melalui smartphone anda tanpa perlu install apa-apa aplikasi.

$ads={1}
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan berhemah serta ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni.

1 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama