Pengalaman misteri minah rider ditegur abang polis di Grik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca. Semoga anda semua sihat selalu ya. Hari ini saya sendiri nak bercerita kepada anda tentang satu kisah misteri ini yang disampaikan oleh Ana (bukan nama sebenar) kepada saya.

Menurutnya ini kisah benar yang berlaku dan beliau meminta saya supaya merahsiakan akan lokasi kejadian dan tidak mention nama balai polis terbabit. Saya pun bersetuju dan memahaminya.

Ana minta saya tulis untuk santapan pembaca kisah seram dan misteri. Jadi saya tulis berdasarkan apa yang Ana beritahu dan dari cerita Ana... peristiwa ini berlaku pada 2015 dalam suasana yang aman.

Dia punya hobi yang saya kira cukup hebat sebagai seorang wanita. Dia suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, superbike dan setiap hujung minggu dia akan naik ke Grik untuk test motornya.

Grik menjadi pilihan kerana katanya cukup pakej iaitu jalannya berliku dan berbukit-bukit. Kiranya jalan berkenaan agak mencabar. Sebagai bikers, Ana sukakan cabaran.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari itu dia test motosikal dia tu sehingga ke destinasi RnR Titiwangsa dan berpatah balik semula ke Kelantan.

Kemudian dia berehat sekejap di suatu tempat, kira-kira waktu itu jam enam petang. Tiba-tiba ada sebuah motosikal Honda Wave berhenti dekat dia dan jenguk-jenguk motosikalnya.

Abang tu tegur dia dengan memberi salam dan seterusnya memuji lawanya motosikal Ana. Lelaki itu senyum-senyum. Dari raut wajah dan senyuman tersebut, Ana menilai mungkin lelaki itu peramah orangnya.

Sempat lelaki yang dalam lingkungan 40an itu bertanya Ana hendak ke mana, lalu Ana memberitahu dia nak balik, saja rehat sekejap. Selepas Ana bertanya pula lelaki tadi dengan berbahasa 'encik'. Lalu jawab lelaki itu, dia dari Perak nak ke IPD di Kelantan. Katanya syif malam.

Ana ni berasa kagum, dengan motosikal tersebut abang tu boleh ulang alik dari perak ke kelantan. Jauh tu... Ana cakap, abang tu beritahu bahawa dia dah biasa sorang-sorang pergi balik bertugas setiap hari.

Yelah, dah biasa apa nak kisah sangat kan... kemudian lelaki tu minta diri dah nak gerak pergi bertugas. Selang beberapa minit je, Ana ni pun sarung gloves dan gerak.

Niat dia pun sebenarnya nak follow abang tu dari belakang. Kira motor Ana ni laju, masa turun bukit makinlah laju, tercari-cari juga kelibat motosikal Hoda Wave tu, tapi tak ada.

Ana fikir la kut melencong kat mana-mana simpang? Aih? Tapi sepanjang jalan tu mana ada simpang. Takkan laju abang tu pecut? Ana bawa superbikes kut.

Lagipun perjalanan nak sampai ke IPD tu pun jauh lagi. Ke abang tu ada berhenti mana-mana? Fikir Ana ketika itu dan pada waktu itu pun dah masuk Maghrib tambah lagi hujan renyai-renyai pulak. Ana pun berhentilah dekat sebuah kedai.

Setibanya di situ, tauke kedai tegur Ana, sorang-sorang je ke? Ana pun mengiakan dan tauke itu pun memuji dengan berkata Ana sangat berani.

Selepas itu, tauke kedai tu berpesan supaya Ana berhati-hati memandu kerana semalam baru sahaja ada penunggang motosikal mati accident dekat traffic light sana.

Ana tanyalah siapa, tauke tu pun jawab orang tu dia selalu nampak, kadang pernah berhenti di kedainya. Tauke tu beritahu lelaki yang mati tu kerja di IPD di Kelantan.

Balai polis yang disebut tu sama dengan apa yang lelaki yang bercakap dengan Ana beritahu. Bingung sekejap Ana. Lalu Ana nak kepastian lagi, motor apa yang kemalangan tu.

Tauke kedai tu balas, motosikal Honda Wave warna merah. Ana semakin blur, motosikal lelaki tu pun memang warna merah. Terkesima Ana jadinya. Apakah yang tegur dia tu roh arwah? Ana keliru.

Selepas order minum, dia nampaklah news paper atas meja. Terasa nak belek. Bila dia belek terpampang jelas kes kemalangan melibatkan anggota polis. Wajahnya sama. Innalillah...

Tersentaklah Ana jadinya. Walau bagaimanapun, dia tetap merasakan bahawa arwah mesti baik orangnya sebab datang tegur dirinya dalam keadaan yang tidak menakutkan dan nampak peramah.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Aamiin...

Tonton video penuh di bawah ini:



Sekian...

Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Pengalaman misteri minah rider ditegur abang polis di Grik"

  1. Semua cerita Tuan amat menarik sekali dan jarang didengar..πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK