5 Sebab Tidak Sewa Kedai Surprise Planner


Sepanjang 8 bulan melibatkan diri dalam bidang Surprise Planner atau SP di Kristal Florist & Surprise Delivery Dungun, bukan tidak terjentik di hati berkenaan kedai. Ada juga memikirkan kedai namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hasrat untuk memiliki premis tersebut terhalang.

Berikut saya senaraikan pendekkan kenapa tak ada kedai pun tak apa buat masa ini maksud saya bukan tak perlu ada kedai. Yalah bukan semua SP mampu ada kedai sendiri, kan? Nak-nak yang macam saya ini. Saya orang baru dalam bidang ini. Takkan nak terus ada kedai. Jadi yang pertama:

1. Masih baru.

Sebab pertama saya ni masih baru dalam bidang ini jadi saya buat di rumah dahulu, tak nak gopoh sewa kedai. Belajar buat dari rumah ini bagusnya kita kumpul modal dulu perlahan-lahan, belajar buat duit. 

Tapi itu tak bermakna kita boleh jual terlalu murah dari orang lain. Kita sebenarnya dah boleh praktik cara jual dah macam ada kedai sendiri. Tapi janganlah sampai penat sendiri.

2. Kurang modal

Ini memang dah sah lah kan, kalau dah banyak duit sangat memang dah sewa kedai pun, kan? Tapi tak jugak, saya pun tak berani nak sewa kedai terus. 

Ada setengah orang tak ada modal pun berani sewa kedai, tapi saya bukan tak berani cuba begitu sebab dulu pun saya pernah cuba begitu ketika bisnes komputer saya dulu, tapi saya tak nak ulangi kesilapan yang sama. 

Saya nak timba pengalaman saya dahulu. Jadi saya belajar buat dan run binses secara kecil-kecil dahulu dari rumah.

3. Belum pandai

Ini sebenarnya satu hal juga. Saya bukan orangnya yang pandai sangat dalam bisnes. Jadi sambil-sambil saya buat gubahan dan bouquet ini sebenarnya inilah peluang saya belajar. Saya benar-benar baru dalam bidang ini dan banyak benda yang saya kena belajar.

Kalau saya terus ada kedai, kalau apa-apa kesilapan berlaku risikonya agak besar. Kalau buat di rumah kurang sedikit. Itulah cara yang terbaik yang saya fikir. 

Belajar dan belajar memang risiko tetap ada dan kita belajar dari kesilapan. Namun kurang sedikit burn-out. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu berputus asa.

4. Faktor kesihatan

Saya sebenarnya orang tak berapa sihat juga masih terikat dengan pihak hospital ada temu janji itu dan ini. Malah saya ni kadang selalu je nak pitam. 

Kalau pitam di kedai atau badan jedi lesu, susah juga, kan? Itu kira alasan ek? Jadi saya boleh je pitam kat rumah, kan? Heee… Tapi itulah, ini antara sebab juga buat masa sekarang kesihatan saya belum benar-benar stabil lagi.

5. Kos sewa kedai

Ini dapat dijimatkan, sekurang-kurangnya duit sewa kedai dapat dibuat modal beli barang-barang perniagaan. Ini satu kelebihan juga. Rolling.

Lagi satu saya bina perniagaan pun melalui online, segala marketing pun secara atas talian. Semuanya banyak bergantung pada online. 

Jarang benar offline, maka rumah boleh dikatakan sebagai tempat simpan barang sahaja dan sebagai tempat operasi semata-mata.

Jadi, saya sebagai SP baru tak nak pening-pening lagi memikirkan soal sewa kedai meskipun ada yang berkata kepada saya bisnes saya ni sukar berkembang kalau hanya buat di rumah semata-mata. 

Ada sahabat Facebook saya balas komen untuk saya beri semangat kepada saya katanya, kalau saya ikut cakap orang, mula-mula katanya minta saya buka kedai, nanti lepas tu minta saya bukak kilang pulak… tergelak saya…


Insya-Allah, kalau ada rezeki, tak ke mana. Saya hanya mengikut ke mana takdir membawa saya. Hidup ini telah ditentukan, kita jalani dan usaha sehingga berjaya. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan, Aamiin.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "5 Sebab Tidak Sewa Kedai Surprise Planner"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK