Makhluk Aneh Memijak Badan Ayahnya Sampai Mati



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga korang pembaca semua baik-baik sahaja. Kali ini aku nak sampaikan sebuah kisah seram kepada anda. Kisah ini berkenaan Razak. Sebelum itu, pastikan korang berada dalam mood yang selesa ketika membacanya.

Baiklah begini kisahnya... Razak ni ada seorang ayah. Walau bagaimanapun suatu hari ayah dia ni disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung. Ayah dia ni sebelum meninggal sebenarnya sudah lumpuh gara-gara strok.

Aku mulakan cerita pada hari sebelum kematian ayahnya... Pada malam sebelum si ayah meninggal, Razak rasa ingin sangat pulang kampung, ke kampung mak ayah dia inilah. Kemudian, apa yang berlaku di rumah itu, Si Razak ni ternampak kelibat untuk beberapa detik.

Dia pun terkejut beruk, kelibat itu kakinya terlalu besar tetapi berbadan kecil manakala tangannya pula tiada dan tanpa kepala. Kelibat itu menghilang tiba-tiba ghaib begitu sahaja. Jadi dia yang ketika itu sedang menahan debaran itupun pergi menjenguk ayahnya.

Namun, alangkah terkejutnya dia, dia ternampak lagi kelibat tersebut sedang menghenyak-henyak badan ayahnya yang terbaring di atas katil. Yang peliknya, hanya dia sorang sahaja yang nampak. Dia pun memberitahu kepada mak dan adik beradiknya yang lain bahawa ada setan sedang memijak-pijak si ayah namun semuanya tidak mempercayai pada kata-kata Razak.

Apa yang berlaku seterusnya, ayahnya kelihatan tercungap-cungap kelelahan, masing-masing pun jadi panik sebab ayah Si Razak itu menampakkan ekspresi orang yang sedang nazak. Makhluk yang Razak nampak itu hilang lagi. Pada akhirnya, ayah Razak telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kisah ini tidak habis setakat itu sahaja, Razak pun turut membantu pengebumian ayahnya cuma, dia risaukan sesuatu. Ia berkenaan telefon bimbitnya yang telah hilang. Adakah terjatuh di dalam liang lahad sewaktu pengebumian? Dia sendiri tidak tahu.

Pada malam itu telefon bimbitnya yang lagi satu yang berada di rumahnya berbunyi. Dia agak terkejut bahawa panggilan itu datangnya dari telefonnya yang hilang tersebut. Lantas dia pun menjawabnya. Tiba-tiba dia terdengar suara tangisan....

Sayup-sayup kedengaran.... semakin lama semakin sayup, seolah-olah tuan empunya suara itu berada di sebelahnya. Namun Razak meminta orang yang mengambil telefonnya itu memulangkannya semula dan jangan bermain-main dengannya.

Lalu suara itu berkata, "Tolong ayah nak.... tolong, ayah sakit.... tolong ayah nak..."

Razak terus mematikan panggilan itu. Dia berfikir bahawa ada orang sengaja nak menakut-nakutkannya. Dia beranggapan bahawa telefonnya telah dicuri oleh seseorang.

Telefonnya berbunyi lagi dari nombor yang sama. Jantungnya berdebar-debar. Fikirannya terbayangkan pada makhluk yang dia nampak telah memijak-mijak ayahnya sampai mati. Ia wujud kembali, ada di hadapan matanya.

Namun makhluk itu ghaib semula. Terketar-ketar dia menjawab panggilan telefon, lalu suara itu meminta Razak menjelaskan hutang yang telah dipinjam oleh arwah ayahnya kepada si polan dan si polan. Setelah itu tiada lagi gangguan telefon berbunyi dari telefon bimbitnya yang hilang itu.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga mendapat sesuatu yang bermanfaat dari kisah ini. Terima kasih. Sehingga jumpa lagi, saya Rashid Salim, Assalamualaikum.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Makhluk Aneh Memijak Badan Ayahnya Sampai Mati"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK