Kisah Air Nira Berdarah


Hai guys, selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Kali ini aku nak sampaikan sebuah kisah yang agak menarik juga untuk aku ceritakan. Sebuah kejadian yang menimpa seorang kawan aku. 

Tapi aku tak pasti apakah benda apa yang datang mengganggunya, sebab tidak dinyatakan secara terperinci. Tetapi menurut aku, barangkali itu adalah penunggu di tempat tersebut.

Aku ceritakan semula di sini apa yang telah berlaku, dan ini bukanlah kejadian yang baru, ini cuma kejadian telah lalu, aku cuma menceritakannya kembali sebagai perkongsian sahaja. Selamat membaca guys aku ucapkan…

Kisah Air Nira Berdarah

Pagi tadi aku ada lepak di warung roti ranai sambil pekena roti canai telur sekeping bersama teh o ais. Lazat sungguh rasanya makanan ini, dah lama tak pergi warung tu. Kebetulan pulak Faizul ada di situ juga, aku pun apa lagi borak-borak kosong dengan dia. 

Tak lama kemudian datang Amir duduk sebelah aku. Dia sembang pasal air nira pulak. Katanya air nira atas pokok kelapa ada yang terkena hujan, rosaklah jadinya. Maka tak dapat nak jual. Menurutnya lagi lupa nak buat penutup sebab itulah air hujan dapat masuk.

Cuma dia cakap la, ada satu pokok kelapa tu, air nira yang keluar adalah berwarna merah. Pelik juga katanya, dia pun tunjuk gambar air nira tersebut melalui telefon bimbitnya. 

Aku tengok la gambarnya itu, ha`ah warnanya merah tapi tak pekat macam darah kerana ia dah bercampur air. Pokok kelapa yang ada tepi bukit sana tu dia pergi mayang. Untuk kumpul sebotol besar air nira bukan mudah, nak kena tunggu penuh bekas dan banyak juga pokok diperlukan

Aku tanyalah dia, "Kau buat apa dengan air nira yang pelik tu?" Lalu jawabnya dia buang sahaja. Lalu aku menyoal lagi, bagaimana dengan keadaan pokok tu? Dan jawabnya, pokok kelapa tu buahnya lebat, tak berapa tinggi tapi daunnya banyak yang kering. “Hmmm,” Tak pernah pulak aku dengar sebelum ni air nira boleh ada yang berwarna merah. Ini pertama kali.

Faizul mencelah, dia bertanya kepada Amir, ketika panjat pokok tu tak ada rasa apa-apa ke? Amir pun beritahu, ada... masa di atas pokok tu, ada orang baling-baling batu. 

Bila diperhatikan tak ada sesiapa pun di situ. Lalu dia pun dah tak pedulikan pokok tu lagi. Dia tak nak usik apa-apa. Cuma dia ada beritahu lagi yang pada sebelah malamnya, anak saudaranya yang masih kecil tiba-tiba menangis tak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang datang menganggu.

Kemudian Amir memaklumkan bahawa ada benda ikut dia balik. Nasib baiklah ayahnya tu pandai juga baca ayat-ayat pendinding dan benda tu pun pergi tidak mengacau lagi. Aku tanya Amir, apakah benda itu? Dia pun tak tahu. Faizul tercengang dengar kisah Amir.

Begitulah hal yang terjadi. Seandainya benda tu berdegil, aku pasti agak sulit untuk ia pergi. Boleh jadi akan meninggalkan kesan yang buruk. Cuma aku tidak pasti apa yang hendak dinyatakan oleh makhluk itu. Atau mungkin sebagai usikan sahaja untuk menyatakan bahawa ia ada?

Wallahu a'lam
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kisah Air Nira Berdarah"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK