Penjelasan 'pocong' goyang badan, geleng kepala ganggu polis

Semalam gempar dikatakan pocong mengganggu polis yang ketika bertugas di SJR. Saya tak pasti di mana ia berlaku tetapi memang seram. Saya baca di Sinar Plus. Kata kunci "Pocong Goyang Badan, Geleng Kepala, Ganggu Abang Polis Di SJR"

Saya ada tengok juga video tersebut yang diambil dari Tiktok. Video itu yang disunting dengan musik latarnya yang menyeramkan. Walau bagaimanapun, saya tak nampak pocongnya, cuma seakan-akan kelibatnya sahaja. Kalau ia berlaku pada saya, dah tentu saya cabut lari. Polis itu memang berani.

Apabila anggota tersebut mendekati pohon pisang itu sambil merakam, terdapat daun pokok pisang itu bergoyang-goyang. Hanya sehelai sahaja manakala yang lainnya tidak bergerak.

Pelik, kan?

Tidak dapat dinafikan, ada juga penglibatan benda-benda mistik, pun begitu ia bergantung pada keadaan dan kepercayaan kita. Namun terdapat juga menjelasan terhadap fenomena ini.

Menurut penjelasan sebuah artikel di American Journal of Botany bertajuk "Frekuensi osilasi batang tanaman meruncing," tananaman yang meruncing seperti itu ada penglibatan oleh angin yang tak terasakan oleh kita.

Angin yang lemah tersebut telah diperbesarkan oleh pohon runcing itu menjadikan ia bergerak-gerak sendiri bergoyang kiri dan ke kanan.

Tapi kenapa sehelai? Yang lain tak bergerak?

Pasti persoalan tersebut timbul kerana pohon pisang ada daun banyak, kalau angin langgar mestilah semua sekali akan bergoyang juga. Ada logiknnya.

Kerana daun itu sahaja yang mengena pada angin tersebut dan batangnya pula adalah paling runcing dan ramping. Jadi osilasi berlaku pada daun tersebut.

Tapi kalau goyang cuma satu daun, ya memang pelik juga, tapi setelah memahami penjelasan seperti ini, ada rasionalnya juga. Kalau tiba-tiba goyang semua, bergegar-gegar seperti ada 'sesuatu' yang goncangkan pohon tu alamaknya mau lari juga saya masa tu. Tengok-tengok tak ada orang pun situ.

Tapi nanti dulu, saya tak menolak kemungkinan ada juga berlaku kerana makhluk halus. Saya tak nafikanlah kerana kita berkongsi dunia yang sama.

Cuma saya merujuk pada pembacaan saya sahaja terhadap fenomena ini. Dan menurut apa yang saya dapat, angin yang lemah itu yang membuatkan daun tersebut bergerak bergoyang-goyang seperti itu. Jikalau anginnya kuat, ia gerak lain.

Kadang bila berlaku begini, kita menyangka bahawa ada kuasa ghaib yang telah menggerakkannya. Angin pun kita tak nampak, tapi boleh rasa, tapi ada juga pergerakan angin yang lemah kita tak dapat rasa.

Tapi tu la... bila ianya berlaku di malam hari, secara automatik kita fikir lain, kan? Seram juga kan? Iyalah... dibuatnya nampak betul-betul benda tu depan mata tengah goyang-goyang. Gugur jantung.


Bagaimana pula ia kalau berlaku di siang hari? Mesti lain pula tanggapan kita, kan? Walau bagaimanapun, saya tidak mennafikan kewujudan jin dan syaitan. Mereka memang wujud cuma tak terlihat oleh mata kasar.

Kadang 'mereka' nak buktikan yang mereka itu ada, adalah dengan melalui sesuatu yang boleh menarik perhatian kita. Apa-apa pun, mari kita lihat video daun bergerak sendiri di bawah ini... dan anda boleh menilainya sendiri cuma ini bukan hantu ya...

Sumber: TribunStyle

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Penjelasan 'pocong' goyang badan, geleng kepala ganggu polis"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK