Wujudnya Perbezaan Antara Toyol Dan Anak Kerak


Assalamualaikum, selamat sejahtera buat semua pembaca blog rashidsalim.com yang disayangi. Semoga kalian baik-baik sahaja di samping insan tersayang.

Kali ini kita nak bahaskan tentang perbezaan dua makhluk ini. Ada juga yang keliru menyatakan bahawa toyol dan anak kerak adalah spesis yang sama.

Sebenarnya tidak. Kedua-duanya punya perbezaan. Namun apa yang sama hanya mereka tetap makhluk halus yang punya ciri-ciri tertentu.

Apa itu toyol?

Mari kita berkenalan dahulu dengan spesis toyol ini.

Menurut kepercayaan orang Melayu atau orang Jawa, toyol atau boleh juga disebut tuyul ini, dia punya perangai macam budak-budak dan berbentuk juga seperti kanak-kanak. Ia dikatakan dari jelmaan jin yang dipelihara bagi tujuan untuk mencuri.

Rupa bentuk toyol seperti budak yang berbogel. Warnanya pula adalah warna hijau berkepala botak. Senang, jimat tak payah nak pergi barbershop. Lepas tu matanya merah dan giginya pula tajam-tajam ala-ala macam ikan pirana.

Kemudian, tempat tinggal toyol adalah di dalam botol dan setiap hari atau setiap bulan mengambang si pembela toyol akan bagi belaan dia ni makan darahnya. Kalau tak dibagi makan, siaplah! Toyol akan pergi hisap darah ahli keluarga terdekat pembela saka ini.

Kelebihan toyol

Dikatakan hebatnya si toyol ni, ia mampu mencuri benda-benda ditempat-tempat tersorok walaupun diselit dicelah kitab suci. Selepas itu, ia boleh menyelinap masuk ke mana-mana sahaja yang dia nak masuk.

Cuma si toyol yang dikatakan perangai macam budak-budak sebab dia mencuri tak seperti apa yang tuan dia harapkan. Selalunya tak cukup banyak, maklumlah, budak... kalau mencuri duit, duitnya tak banyak sebab tak tahu nilai. Budak-budak... manalah tahu menilai...

Kelemahan

Hebat-hebat dia pun ada juga bahagian lemah. Kelemahan toyol ni adalah bab matematik. Dia tak reti mengira. Sebab itu kalau orang nak melekakan toyol ni orang suka letak kacang hijau dekat barang berharga. Automatik toyol ni main kira-kira kacang tersebut.

Selain itu, letak ikan puyu. Leka je toyol ni layan ketenangan melihat ikan puyu berenang-renang di dalam akuarium sampai lupa niat nak mencuri. Lepas tu balik tangan kosong.

Apa itu Anak Kerak?

Baiklah, kita berkenalan pula dengan spesis anak kerak ini.

Anak Kerak atau juga dikenali sebagai Kumanthong adalah berasal dari janin yang dibunuh. Berbeza dengan toyol, kan? Toyol dari jelmaan membentuk spesis tu. Tapi ini pula janin bayi.

Usia kandungan bagi janin yang dibunuh itu di antara 6 atau 7 bulan. Sudah membesar baby dalam perut tu, sudah cukup sifat. Jadi bomoh pun bunuh bayi tu kemudian dikecutkan untuk tujuan jahat.

Dikatakan, kekuatan supernatural anak kerak adalah dari bayi sulung dari ibu bapa juga anak sulung. Kiranya ia bertambah power. Dan lagi power, ia dibunuh pada hari selasa dikatakan hari yang paling keramat.

Rupa anak kerak ini, kalau sudah dikecutkan ia nampak kekeringan dan berwarna kekuningan. Ia dibacakan mentera dan jampi tertentu bagi menyeru semangat jahat.

Kegunaan sihir anak kerak

Biasanya orang yang guna anak kerak ini adalah untuk menganiaya orang lain. Bagi orang yang terkena sihir anak kerak ini, akan berperangai macam anak kecil. Merengek macam anak-anak. Minta dibelai dan dimanja.

Paling kerap akan minta susu. Kadang tu kalau lelaki yang kena rasukan anak kerak ni, akan panggil isterinya sendiri pun jadi ibu. Macam dah jadi baby dan mengada-ngada. Cuma part yang bahaya sikit, akan jadi agresif kalau permintaannya tidak dipenuhi.

Tanda-tanda sihir anak kerak

Orang yang terkena sihir ini terdapat tanda-tandanya, macam diterangkan sedikit di atas, perangai macam budak-budak. Dan ini di antara tanda lainnya.
  • Air liur meleleh
  • Mata kemerahan
  • Kulit kekuningan
Berikut adalah beberapa tujuan bela anak kerak ini;
  • Pelaris perniagaan
  • pengasih
  • pendinding diri


Tapi awas! Jika anak kerak ini diabaikan. Si pembela anak kerak ini, akan merana sebab anak kerak ini boleh makan tuan. Jangan cari pasal.

Anak Kerak Pengintip

Kalau toyol kerjanya mencuri harta benda, anak kerak pula dikatakan boleh bekerja sebagai spy mendapatkan maklumat atau info lalu dihantar kepada pemiliknya.

Anak kerak ini memerlukan perhatian dan kasih sayang secukupnya. Dia perlukan buaian dan permainan-permainan kerana ia adalah anak-anak kecil yang dahagakan belaian.

Walau bagaimanapun, memiliki kedua-dua makhluk ini sangat bertentangan dengan hukum. Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam.

Baiklah, semoga perkongsian kali ini memberikan sedikit input yang bermanfaat kepada anda. Terima kasih kerana sudi membaca dan lepak di dalam blog ini. Sudi-sudilah hadir bersiaran lagi bersama RS. Segala kekurangan harap dimaafkan.

Sekian, terima kasih.

Penulis: Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Wujudnya Perbezaan Antara Toyol Dan Anak Kerak"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK