Syarat menjadi seorang penulis blog


Menjadi seorang penulis adalah susah-susah senang sebenarnya. Perkara asasnya adalah bermula dari minat yang mendalam. Jika sudah mempunyai minat maka perkara seterusnya adalah mengasas bakat yang terpendam.

Seseorang yang suka menulis pasti tidak pernah lekang dari membaca. Perkara seterusnya yang menjadi tunjang kepada penguasaan kata-kata adalah dengan banyak membaca dan terus membaca.

Tidak kira walau apa tema sekalipun penulisan kita, sudah tentu kita kena ambil tahu tentang kalimat-kalimat yang betul tentang penggunaan bahasa dan tatabahasannya. Namun bagi kita yang baru untuk menulis blog, itu semua menjadi soal kedua.

Perkara utama adalah belajar cara bagaimana untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau idea yang berada di dalam kepala ke bentuk kata-kata atau penulisan. Syarat untuk menjadi seorang penulis blog sebenarnya adalah sangat mudah.

Anda boleh menulis apa sahaja (mengikut kepakaran anda) asalkan tidak melanggar hukum dan etika penulisan. Apakah etika penulisan yang wajib anda tahu? Berikut saya senaraikan etika-etika yang perlu ada semasa kita menulis artikel di blog.

Sifat etika penulisan ilmiah


1. Kejujuran

Penulisan kita wajiblah berlaku jujur. Jangan menimbulkan kepincangan dan salah faham. Ia adalah syarat dasar untuk menjadi seorang penulis yang ingin menulis suatu fakta. Ia mestilah maklumat yang tepat dan sahih.

Tulis sesuatu yang tidak terkait dan bebas dari tekanan dari mana-mana pihak. Maksudnya penulisan kita itu bukanlah dari desakan atau pengaruh lain.

2. Bebas dari plagiarisme

Ini merupakan suatu hal yang penting. Penulisan kita mestilah asli. Original dari idea dan pemikiran kita sendiri. Kalau ada pun rujukan ia bukan suatu yang diambil bulat-bulat. Mestilah diolah dengan cara kita sendiri.

Sekiranya kata-kata atau kalimat itu adalah dari orang lain, pastikan anda menyebut sumbernya dari mana kerana ia adalah kepunyaan orang lain.

Sumber yang perlu dinyatakan adalah seperti nama penulis, tahun ia diterbitkan dan muka surat yang diambil. Ini membuktikan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab.

Kalau boleh jangan kutip semua maklumat penulis lain. Cukuplah sekadar petikan sahaja supaya kita lebih nampak profesional (Nyatakan sumbernya). Pastikan kita jangan ciplak atau plagiat karya orang.

3. Menjunjung hak cipta

Hak cipta ni adalah hak pemilikan suatu karya. Jika kita dah menulis, kita harus tahu bahawa ia adalah asli milik kita yang mesti dilindungi. Penulisan ada akta. Ia ibarat harta intelek kita sendiri.

Jadi jangan biarkan orang lain memanipulasikan penulisan kita. Oleh itu, kita juga jangan sesekali memanipulasikan penulisan orang lain juga.

Penulisan adalah hak eksklusif seseorang penulis. Ia wajib dijaga dengan baik supaya bebas dari plagiarisme. Jika ia berlaku, maka tindakan undang-undang boleh diambil.

4. Keabsahan (Validity)

Sesuatu maklumat yang ditulis dengan jujur mestilah sahih. Maksudnya mestilah yang boleh dipercayai. Kalau kita tulis suatu perkara, mestilah dihuraikan dengan terperinci supaya ia tidak menimbulkan suatu hal skeptikal.

Apabila tulisan kita absah (valid) ini bermakna tulisan kita berkualiti dan baik yang boleh dipercayai (reliable) serta boleh dijadikan sebagai sumber rujukan oleh orang lain.

Jadi, apa yang saya senaraikan di atas adalah untuk kita ambil cakna. Untuk menjadi seorang penulis blog, kita mestilah menjadi seorang yang bertanggungjawab dan menyampaikan maklumat-maklumat yang sahih serta boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Di sini maka lahirlah aktikel-artikel yang berkualiti yang boleh menjadi sumber rujukan kepada sesiapa yang memerlukan, terutama di dalam enjin carian Google Search.

Selamat menulis saya ucapkan dan ayuh sama-sama kita menjadi blogger yang baik yang memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat, Insya-Allah. Aamiin. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Syarat menjadi seorang penulis blog"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK