Jadi blogger dapat kawan youtuber


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Di sini saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca kerana sudi berkunjung ke blog saya untuk membaca kisah-kisah seram yang terdapat di sini.

Menulis blog dapat tambah kawan


Alhamdulillah dengan berkarya dan menyampaikan kisah-kisah seram, saya dapat menambahkan kenalan baru. Selain berkongsi minat yang sama iaitu menulis, saya juga dapat bertukar-tukar pendapat.

Saya juga rasa sangat terharu kerana ada di kalangan Youtuber turut bertegur sapa dengan saya. Secara tidak langsung kami dapat berkenal-kenalan. Mereka meminta izin untuk adaptasi cerita yang ada dalam blog ini ke bentuk audio dan video Youtube.

Saya pun layan kisah-kisah seram dari Youtuber seram. Pendek kata saya layan semua. Cuma saya tak berbakat seperti mereka untuk menghasilkan konten-konten dalam bentuk video. Itu anugerah buat mereka.

Seperti kata Tuan Bro Fai kenalan saya owner channel Youtube Malam Mistik cakap fokus pada benda yang kita mampu buat. Jadi saya ambil keputusan untuk menulis dalam blog. Maka lahirlah blog Rashidsalim.com ni.

Cuma itulah, saya jealous juga dengan beliau sebabnya beliau ni setiap malam selalu dapat update video seram baru. Lantas saya tanya, apa rahsia kau eh selalu konsisten menghasilkan konten? Beliau seorang yang sangat gigih dengan channerl youtube miliknya.

Lantas beliau menjawab, Istiqomah Shid dan aku ada niat... aku nak bantu naikkan semangat penulis-penulis baru dalam berkarya. Sebab itu aku audiokan penulisan mereka.

Bila fikirkan balik, betul apa yang Tuan Bro Fai katakan. Kalau tak istiqomah, buat apa benda pun tak jadi. Dan yang paling penting adalah niat. Menurutnya lagi, buatlah sesuatu yang kita suka janji kita happy melakukanya.

Saya syukur kerana masih dikelilingi oleh orang-orang yang positif. Sebenarnya menulis blog ini pun memerlukan semangat dan kecekalan juga. Kalau tak ada mood, memang tak dapatlah nak update story.

Dalam menulis kisah-kisah seram melalui blog ini, saya dapat juga berkenalan dengan penulis kisah seram yang ada blognya sendiri iaitu Tuan Ahmad Azan. Kami baru je kenal semalam.

Tapi sebelum saya ada blog ini, saya dah pernah masuk blognya, tak sangka semalam dapat kenal beliau melalui sosmed FB. Itulah kan dah namanya takdir.

Menarik kisah-kisah yang dikongsikan beliau. Menurutnya ia dari pengalamannya sendiri. Saya baca pun dah meremang bulu roma. Anda bolehlah try baca, support penulis seram kita. Ini link blognya, kisahbenar123.

Kepada yang baru mengenali saya, selamat berkenalan saya ucapkan. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkunjung ke blog ini. Dan sekiranya ada rakan-rakan kita yang ingin berkongsi cerita-cerita seram dan ingin saya menulisnya serba ringkas, boleh join group wasap saya.


Saya bina group wasap tersebut untuk kita eratkan silaturrahim dan bercerita seram. Agar kita dapat berkenalan dengan lebih dekat, Insya-Allah. Kliklah icon wasap di bawah ending post ini ya.

Ok semua, jumpa lagi ya... saya mendoakan kalian semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja, Insya-Allah, Aamiin.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

4 Responses to "Jadi blogger dapat kawan youtuber"

  1. namppaknya bro ada bakat dan kemampuan untuk menulis dengan baik..

    teruskan selain menjadi seorang blogger

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK