“Cari Apa Tu Bang?” - Tersalah Soal, Akhirnya Jawapan Yang Menyeramkan Yang Dia Dapat!


Sejak kawan-kawan saya ada yang tahu saya menulis kisah seram di dalam blog ini, tiba-tiba ada di antara mereka ingin berkongsi pengalaman. Terima kasih... Kalau sebelum ini Yen menceritakan jelmaan kanak-kanak di padang golf, kali ini Madi pula.

Tak apalah, seronok juga saya dapat dengar perkongsian pengalaman orang lain, kan? Lain orang, lain situasi yang dilaluinya. Sebabnya bukan semua orang dapat jumpa dengan makhluk ghaib ini. Hanya dengan izin Allah...

Namun, apa yang disampaikan ini anggap sahajalah ia sebagai hiburan ya gais kerana tidak hanya kita yang menghuni dunia ini. Kita berkongsi dunia yang fana. Lagipun mereka yang rasa, saya pun tak tahu bagaimana. Saya cuma berkongsi dengan korang, gais.

Berbalik pada Madi tadi... Saya berkawan dengan dia dah lama dan bila semua dah berumahtangga, maka bawa haluan masing-masing. Ini pun sebab dia ada follow blog saya, kira okeylah tu sudi share juga. Kalau tak, diam ajelah ye.

Katanya, cerita ni dah lama berlaku waktu itu dia ulang alik berkerja di suatu tempat. Nak dijadikan cerita, dia terpaksa balik lambat. Biasa petang dia dah balik. Keadaan jalan ketika itu begitu lengang.

Kalau tak silap, katanya hampir dua belas malam begitu. Dia memandu kereta seseorang, buka tingkap sambil hisap rokok sebatang. Biasalah bila hisap rokok, tangan terjulur keluar sedikit.

Laluan yang digunakan itu merupakan laluan yang biasa dia ulang alik kerja. Lagipun dia tak takut meskipun keadaan jalan itu gelap tak ada lampu jalan.

Masa dia nak sedut rokok, tiba-tiba dia rasa tangan dia tu kena paut. Berat nak angkat. Ah sudah! Dia ingat dia dah kena serangan strok tengah-tengah memandu. Masa itu dia nak tiba kat selekoh.

Dia cuba angkat sekuat hati, barulah dapat. Rokok yang di tangan kanannya itu terlepas begitu sahaja. Memang dia rasa pergelangan tangan itu kena paut, sejuk sangat. Terperanjat jadinya.

Ketika itu dia dah terpaksa perlahan kenderaan. Dia sedikit menggelabah gara-gara tangannya mengeras sekejap tadi itu. Ketika dia masih lagi memandu, mata dia terlihat pula ada kelibat seseorang.

Kemudian dia nampak motosikal tersadai tepi jalan. Sebelah motosikal itu ada seorang lelaki yang masih memakai topi keledar sedang tertunduk-tunduk dan terbongkok-bongkok. Madi ini nampak dari cahaya lampu keretanya.

Tanpa sangka apa-apa, dia pun berhenti nak tolong kut motosikal lelaki itu rosak. Kelihatan lelaki itu macam duk cari sesuatu je. Niatnya ingin membantu.

Madi pun parkir tepi. Keretanya betul-betul menghadap ke arah kelibat itu di tepi jalan. Dia turun dan bertanya, "Motosikal rosak ke bang?" Lelaki tu diam je, sibuk duk cari-cari sesuatu di atas tanah. Muka memang tak nampaklah.

Sekali lagi Madi tanya, "Cari apa tu bang?" Bila Madi tanya macam tu, lelaki itu pun jawab sambil terbongkok-bongkok mencari sesuatu yang hilang, jawabnya.... "Cari mata..."

Madi pun rasa peliklah, cari mata? "Mata apa?" Soal Madi lagi. Lelaki itu pun bangun, masa itulah Madi nampak muka lelaki itu penuh dengan darah.

Sebiji bebola mata lelaki itu tak ada manakala sebiji lagi tersembur keluar. Sangkarnya hitam lebam mengalirkan darah merah pekat.

Madi pun slow-slow berundur untuk masuk semula dalam kereta. Dia pun tinggalkan 'lelaki' itu macam tu je. Dia ingat orang rupanya setan.

Esoknya dia mendapat tahu bahawa pada hari itu di sebelah petang ada orang telah maut akibat kemalangan motosikal di tempat kejadian.

Patutlah dan dia baru perasan kat situ seperti ada serpihan benda-benda pecah kat atas jalan. Kelibat itu mencari matanya yang hilang agak. Menurut Madi, kemalangan itu ngeri, penunggang motosikal itu dikatakan kehilangan sebiji matanya.

Begitulah perkongsian Madi yang bertemu secara tak sengaja dengan 'benda' itu. Nak buat macam mana. Bukan dia minta. Lagipun dia dah nak tolong, tapi dah itu bukan orang, nak buat macam mana. Terpaksalah dia beredar dari situ.

Jadi itulah gais serba ringkas saya kongsi dengan korang pengalaman Madi. Sekiranya korang ada cerita-cerita seram nak kongsi atau nak bercerita sendiri, boleh hantar kisah korang di blog sukaseram.com dan di sana korang juga boleh baca kisah-kisah menarik dari pembaca.

Jumpa lagi gais,

Sekian, terima kasih. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

4 Responses to "“Cari Apa Tu Bang?” - Tersalah Soal, Akhirnya Jawapan Yang Menyeramkan Yang Dia Dapat!"

  1. mujurlah sy belum mengalami apa2 kisah seram mcm ni. Cuma pernah ditindih hantu semasa tdo..

    BalasPadam
  2. Puhh..seram gila bila berhadapan situasi mcm tu.. mesti tak tentu hala memandu balik c Madi tu.

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK