Pencipta Kandungan Blog Kini Sepi Pengunjung


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dunia blog kini semakin kurang mendapat perhatian berbanding platform media sosial yang lain yang lebih diutamakan. Namun tanpa sedar bahawa blog-blog yang masih bertahan dan relevan sehingga kini sebenarnya masih mendapat tempat di hati pembaca. 

Walaupun bukanlah secara menyeluruh namun blog-blog besar ini dijadikan sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Bagaimana pula dengan nasib blog-blog kecil seperti ini? Mari kita terjah lebih dalam lagi perkongsian kali ini.

Apa sudah jadi dengan pencipta kandungan blog sebelum ini? 

Bagi mereka yang sudah tidak mampu bertahan, maka blog-blog yang dulunya muncul bak cendawan yang tumbuh selepas hujan kini lenyap sepi tanpa kemaskini. Memang benar terdapat banyak cabarannya kini. Di antaranya adalah:

1. Persaingan dengan platform media sosial. Contohnya Tiktok.

Di Tiktok, pengunjung atau pengguna platform tersebut dengan mudah mendapat maklumat yang dikongsikan kerana di sana juga telah menghidangkan penulisan text yang panjang. Info dan berita juga mudah diperoleh dengan hanya menekan butang carian.

Selain itu perkongsian daripada pencipta kandungan (Content Creator) juga menyediakan banyak video serta bahan yang menarik kepada penggunannya. Pendek kata, terdapat ramai Influencer terkenal menggunakan medium tersebut.

Secara tidak langsung ia menarik minat pengguna untuk beralih ke sana bagi mendapatkan maklumat. Selain itu platform tersebuh menyediakan hiburan.

2. Kurangnya minat untuk menekan pautan (link)

Ini juga merupakan faktor penyebab bila mana pautan yang dikongsikan enggan diketik oleh pengguna kerana terlalu banyak ancaman scammer yang mengambil kesempatan. Hal ini menyebabkan pelayar bimbang kalau-kalau ada unsur-unsur penipuan bila mana mereka menekan pautan tersebut.

Tidak hanya itu, platform-platform tertentu juga ada yang telah menyekat pautan dikongsikan dalam medium mereka agar pengguna jaringan tersebut tidak keluar dari aplikasi itu. Mereka tidak membenarkan pengguna terarah pada medium lain ketika melayari aplikasi mereka.

3. Kurangnya minat membaca di antara pengguna

Ini faktor umum yang biasanya berlaku bila mana wardah bacaan sudah tidak lagi diminati berbanding bentuk visual dan audio yang telah dihidangkan oleh aplikasi lain. Walau bagaimanpun, ini seiring dengan peredaran zaman.

Tidak boleh tidak kita menghukum pengguna kerana mereka hanya ingin mendapatkan sesuatu dengan mudah. Maka apabila terlalu banyak sekatan yang diberikan maka pengguna atau pelayar internet akan  berasa bosan.

Bagi saya, penulisan blog tidak boleh sambil lewa. Mencipta blog itu sendiri memerlukan sedikit keparakan kerana ini melibatkan soal praktikal. Dan ini saya boleh katakan merupakan faktor ke empat.



4. Tiada asas dalam pembikinan blog dan penulisan.

Ini yang saya maksudkan. Tidak semua orang boleh menghasilkan blog yang menarik. Maksud saya rata-rata orang boleh menentukan bahawa blognya itu boleh melangkau jauh. Bagi saya, pencipta kandungan blog harus beradaptasi dengan keadaan. Ia tidka boleh bergantung pada satu medium sahaja.

Promosi dan pemasaran untuk jenama blog, harus kita sendiri yang perkukuhkan dengan pelbagai method dan cara yang sepatutnya, misal menggunakan nama medium lain untuk mengetengahkan jenama blog kita. Yakni perkongsian yang menarik minat pengunjung.

Saya bagi contoh lagi, sekiranya anda mempunyai akaun Tiktok, maka arahkan niche berkenaan blog anda di dalam setiap konten yang dibuat. Saya hanya menjadikan Tiktok sebagai satu contoh. Selain itu anda juga boleh juga menggunakan medium lain dalam masa yang sama seperti:
  • Instagram
  • Facebook
  • Snapchat
  • Vortecx
  • StarMarker
Ini cara yang dikongsikan untuk menarik audien ke blog anda meskipun terdapat banyak cabaran. Memang itu kenyataan sekarang ini memandangkan kita barnagkali hanya blog yang dianggap picisan. Tetapi kita mesti mulakan sekiranya tidak mahu lumpuh sepenuhnya.

Dan harus diingat bahawa setiap perkongsian yang diberikan, perlulah memberikan manfaat agar ia menjadi saham untuk kita di akhirat kelak. Suka saya kongsikan bahawa setiap kandungan blog juga mempunyai niche niche tersendiri. Jadi apakah Niche anda?

Suntingan pertama.
Ditulis oleh Rashid Salim. (Penulis Novel Senjata Iblis)
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Pencipta Kandungan Blog Kini Sepi Pengunjung"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK