Berjodoh Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

Assalamualaikum sahabatku sekalian. Lama betul kita tidak bersua di laman ini ya. Harapnya sahabat semua sihat selalu. Lama betul saya tak update blog ini. Sebenarnya banya perkara yang hendak dikongsikan namun banyak yang terpendam semata. 

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang saya hormati. Tanpa kalian siapalah saya di sini. Saya begitu berbesar hati dengan sokongan sahabat berikan selama ini. Begitu keadaannya.

Beberapa hari lalu saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2024) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTCKL). Itulah kali pertama saya jejakkan kaki di sana. Pertama kali jugalah saya amat teruja. Iya, mana tidaknya, begitu ramai umat manusia yang berpusu-pusu hadir memeriahkan pesta.

Tentang saya tak perlukan diperdebatkan lagi, awal-awal dah mula mabuk setelah tenggelam dalam keramaian. Walau bagaimanapun saya tetap gagahkan diri berada di sana. Alang-alang cakap pasal pesta buku, saya ke sana sebenarnya untuk temankan buku terbaharu kami iaitu SENJATA IBLIS.

Novel tersebut turut ditulis bersama dua lagi penulis iaitu Nurhayati Ishak dan juga Loki Daechwita. Melihat pada tajuknya korang pasti dah boleh agak ia berkenaan apa, dan ia bukanlah senjata biasa tetapi senjata yang mempunyai sesuatu. Selebihnya kalau korang nak tahu, boleh dapatkan di Beg Kuning melalui Akaun Tiktok saya di link ini.

Saya juga ada buat affiliate disetiap pembelian yang korang lakukan. Terima kasih kerana sudi membantu saya. Cuma dengan saya tiada buku tersebut kerana stok terhad. Tapi tak apa, koprang boleh terus ke link yang saya nyatakan itu.

DI SINI

Alhamdulillah saya selesai berada di sana pada hari kedua. Dan di sana juga saya berjodoh bertemu dengan sahabat yang amat saya kagumi iaitu Bro Fai. Kedatangannya membuatkan hati saya rasa seronok. Beliau juga merupakan salah seorang sahabat yang amat saya sayangi dan kagumi.

Bersama Bro Fai, Pemilik Channel YT dan TT Malam Mistik Bro Fai

Terima kasih Bro Fai kerana selalu support saya. Tidak ketinggalan juga buat semua rakan-rakan serta kepada pembaca sekalian. Tanpa sokongan korang, siapalah saya di sini.


LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Berjodoh Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK