Terhidu Bau Aneh Dan Pelik Antara 10 Tanda Kehadiran Makhluk Ghaib


Sesetengah orang percaya akan kewujudan hantu yang seringkali menggetarkan jiwa dan merubah keadaan perasaan.

Namun ada pula yang tidak percaya akan hal-hal sebegini. Apa yang pasti, jin dan syaitan itu wujud dan mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah Azza Wa Jalla.

Walau bagaimanapun kehadiran mereka ni sebenarnya dapat dirasai dengan adanya energi-energi yang terhasil dari mereka terkesan kepada kita.

Di sini ada 10 tanda kehadiran makhluk ghaib yang dapat dirasakan di sekitar anda adalah seperti berikut:-

Masa bersendirian tetapi sebenarnya tak sendiri

Secara faktanya, manusia memiliki tingkat energi yang boleh mengesan kehadiran energi-energi lainnya yang berada berdekatan atau yang berada di sekelilingnya.

Apabila anda dah mula 'perasan' akan kehadiran sesuatu, ini bermakna anda sebenarnya telah pun memasuki medan energi itu. Medan energi sesuatu yang lain.

Oleh itu anda akan merasakan bahawa diri anda tidak sendiri dan berasa ada seseorang yang lain sedang bersama dengan anda ketika itu.

Meremang atau merinding

Dengan tiba-tiba sahaja bulu roma di tengkuk atau tangan anda meremang seriau. Merasakan sesuatu yang tidak selesa. Seram sejuk sahaja.

Perasaan anda mula gusar dan risau bahkan merasakan keanehan yang keterlaluan. Pernahkah anda rasa begitu? Ini bermakna makhluk tersebut sedang berada sangat-sangat dekat dengan anda.

Perubahan suhu secara tiba-tiba

Pernah anda merasakan suhu persekitaran anda berubah secara tiba-tiba? Sebagai contoh, anda memasuki suatu ruang yang suhunya panas, selepas itu tiba-tiba sahaja keadaan berubah menjadi sangat dingin dan sejuk secara mendadak, perubahan itu sangatlah ketara.

Pada ketika itu, roh sedang mendampingi anda dan tidak dapat dipastikan mengapa suhu persekitaran berubah. Tetapi hal itu tidak selalunya berlaku.

Respons aneh dari binatang

Biasa tak dengar tiba-tiba anjing menyalak tiba-tiba, atau bunyinya pelik-pelik sekali? Binatang ni mudah mengesan kehadiran makhluk halus.

Deria mereka seperti mata dan telinga cepat menangkap kehadiran itu. Bahkan mata mereka juga boleh nampak benda halus berbanding manusia. Penglihatan mereka sangat tajam.

Kadang ada juga haiwan peliharan yang lainnya tiba-tiba sahaja nampak gelisah semacam, boleh jadi sedang terkesan dengan kehadiran aura entiti tersebut.

Lampu meletup

Anda pernah mengalami kejadian pelik seperti mentol lampu meletup tiba-tiba tanpa sebab yang kukuh? Atau sebelum itu lampu berkelip-kelip seketika kemudian pecah?

Ada teori mengatakan bahawa kalau roh berdekatan, ia membawa energi yang kuat dan saling tarik menarik dengan energi lain yang ada di sekeliling kita terutama sekali aliran elektrik.

Akibatnya terjadilah renjatan dan lonjakan elektrik dan menyebabkan struktur lampu yang sedia rapuh itupun pecah meledak.

Ketukan

Ketukan ini biasa terjadi seperti yang tergampar baru-baru ini kan? Pintu rumah kena ketuk tengah-tengah malam sampai viral satu Malaysia.

Pelbagai spekulasi timbul mengenai hal tersebut namun tidak dapat dinafikan bahawa ada juga kehadiran mereka adalah untuk menakut-nakutkan manusia dalam keadaan sebegitu.

Itu adalah cara mereka untuk kontak dengan manusia yang terjadi sangat umum dan juga untuk mendapatkan perhatian manusia serta menakuti manusia.

Terdengar-dengar ada yang memanggil nama anda

Saat sendiri dan dalam suasana yang sangat tenang kadang-kadang terasa seperti ada yang memanggil-manggil nama anda. Makhluk itu sedang menyeru nama anda.

Kebiasaannya apabila kedengaran sayup-sayup, atau seperti sangat jauh, sebenarnya ia terlalu hampir. Apabila kedengarannya terlalu kuat, ia berada sangat jauh.

Dunia mereka keterbalikan. Seruannya perlahan dan sayup.... Jadi roh atau makhluk halus itu sedang berdekatan dengan anda.

Terhidu bau aneh atau pelik

Hidung anda tiba-tiba saja mencium bau sesuatu yang aneh atau pelik sama ada harum atau busuk. Anda ke suatu tempat, pada mula tiada bau apa-apa tetapi tiba-tiba terhidu sesuatu bau, pasti makhluk atau roh itu ada berdekatan anda.

Sebagai contoh, orang terdekat anda telah pun meninggal dunia dan sewaktu hidupnya orang tersebut suka sangat memakai bau melati, tiba-tiba anda pun menghidu bau yang sama.

Barang beralih-alih dan bergerak sendiri

Pernahkah anda perasan, tiba-tiba sahaja barang atau benda beralih tempat sedangkan tiada sesiapa pun yang menyentuhnya? Kemudian, gambar yang tergantung di dinding rumah tiba-tiba terjatuh ke lantai.

Gelas kaca yang berada di tepi rak tiba-tiba terjatuh dan pecah. Pintu almari terbuka dengan sendirinya. Lampu berkelip-kelip dan kemudian mentol pecah. Itu gara-gara kehadiran makhluk ghaib.


Mendengar suara-suara aneh atau pergaduhan

Telinga anda akan mendengar suara aneh, seperti teriakan, bunyi tapak kaki orang berjalan, kedengaran bunyi pintu dibanting, bunyi ketukan perlahan-lahan sama ada di lantai atau di pintu.

Kadang-kadang dengar nama diseru dan dipanggil-panggil. Ada kalanya terdengar pula bunyi musik dan suara-suara yang sukar untuk dijelaskan.

Jadi, itulah sepuluh tanda kehadiran makhluk ghaib. Pernahkah anda mengalami di antara tanda-tanda ini?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang. - Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Terhidu Bau Aneh Dan Pelik Antara 10 Tanda Kehadiran Makhluk Ghaib"

  1. terbaik sobat infonya..
    tang panggil nama tu selalu pau kena.dengar bergaduh tapak kaki tu sering juga di dlam rumah snediri..

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK