Bagaimana Nak Menulis Novel?


Menulis novel adalah suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Tambah-tambah lagi apabila suatu penulisan itu dapat dibukukan.

Tulisan anda dicetak dan ditampilkan ke dalam bentuk fizikal. Seronok perasaannya dapat memeluk buku sendiri, kan? Namun bagaimana nak menulis novel tersebut?

Saya ditanya oleh pembaca saya yang berhasrat untuk menulis sebagaimana saya menulis. Namun perlu diketahui bahawa penulisan novel terdapat beberapa tema.

Maka pilihlah tema yang bersesuaian seperti apa yang anda pilih sama ada cinta, komedi, seram, thriller, aksi dan sebagainya.

Saya hanya dapat ulas bagaimana menulis novel berpandukan pengalaman saya yang sekelumit ini sebagai panduan anda untuk bermula.

Untuk menulis novel, langkah pertama yang perlu dibuat adalah idea. Apabila ada idea, maka tulis apa yang ada dalam kepala. Namun, bagaimana cara untuk memulakan perkataan pertama itu? Ia adalah dari apa yang anda fikirkan.

IDEA

Cetus idea anda tentang apa yang hendak disampaikan kepada pembaca. Jika saya, saya menulis mengikut apa yang saya rasa. Bermaksud supaya cerita yang disampaikan lebih dekat dan mendalam. Cuma, jangan terlalu kaku.

Walau bagaimanapun, untuk bermula, jangan fikirkan sangat tentang kesalahan, tulis sahaja apa yang terlintas dalam fikiran.

PLOT

Fikirkan juga plot cerita iaitu perjalanan cerita mengenai perkembangan watak-watak yang ingin kita sampaikan di dalam sesebuah novel.

Novel itu sendiri bermaksud sebuah perjalanan kisah yang panjang. Ia tidak seperti cerpen yang membawa maksud cerita pendek. Perkara paling penting adalah bersabarlah dalam menulis.

Saya ni nak kata pandai tu tidaklah, saya cuma menulis untuk berkongsi rasa maka tulisan kita itu biarlah dekat dan menulislah dari apa yang kita tahu.

Saya berkata sedemikian adalah bagi pemula, tulis perkara yang diketahui adalah lebih mudah berbanding suatu perkara yang perlu dikaji.

Perkongsian saya ni adalah berdasarkan dari lingkungan saya sahaja. Saya tidak pasti bagaimana menurut orang lain pula.

Jadi kalau anda nak menulis, ilmu penulisan adalah wajib dipelajari bagi memudahkan anda mencoretkan perjalanan sesebuah kisah yang hendak disampaikan. Tidaklah anda terkontang-kanting untuk memulakan ceritanya nanti.

Anda mesti tahu apa itu POV untuk anda gunakan di dalam penulisan anda. POV adalah Point Of View atau sudut pandang penceritaan anda.

Sesetengah orang memulakannya dengan draf. Anda boleh draf perjalanan cerita anda itu pada helaian kertas. Ada sesetengah yang lain tidak, hanya pengisian melalui otaknya sahaja. Setiap orang berbeza-beza.

Ilmu penulisan itu sangat penting sebelum anda mempelajari cara bagaimana untuk menulis. Tentang saya pula, sebelas tahun lalu, saya belajar dengan senior novelis.

Belajar dengan orang yang tahu tentang ilmu penulisan ni. Beliau berkongsi dengan saya jadi saya belajar sedikit demi sedikit.

Kemudian cuba garap di dalam penulisan. Memang penulisan saya ketika itu kaku, tetapi saya tetap tulis juga. Saya menulis tidaklah sehebat mana, tetapi menulis untuk kepuasan dan berkongsi sahaja.

Sukar untuk tunjukkan kepada anda bagaimana saya menulis kerana saya hanya tahu tulis saja. Belajar serba sedikit ilmu penulisan, kemudian tulis. Ini di antara tips yang biasa saya lakukan.
  1. Tulis apa sahaja yang terlintas
  2. Jangan tangguh
  3. Amati dan lihat sekeliling.
  4. Belajar daripada alam
  5. Bercakap dengan diri
Sekiranya anda mengalami writer block, relaks dulu. Lepak la mana-mana bagi menghilang tekanan. Tinggalkan sekejap tulisan anda. Bila dah segar, baru mulakan semula.

Kalau nak belajar menulis, boleh praktik dengan menulis artikel-artikel atau cerpen dahulu. Tajamkan penulisan anda. Saya juga sama, dalam proses mempelajaran menajamkan penulisan. Sebab itu saya berblog untuk berkongsi dengan anda.

Penulisan adalah proses pembelajaran. Untuk mahir, memang kena sering berhadapan dengannya. Mesti selalu tulis. Lama kelamaan barulah kita menjadi seorang yang pakar. Sama-samalah kita balajar.

IMAGINASI TINGGI

Jika anda punya imaginasi tinggi, terjemahkan ke dalam bentuk kata-kata menjadi sebuah naskah. Ceritalah apa yang anda bayangkan. Boleh jadi ia adalah sebuah cerita yang menakjubkan.

LUPAKAN SOAL KEUNTUNGAN

Apabila anda baru nak menulis, tetapi cuma memikirkan pulangan, saya sarankan hentikan niat itu. Lebih baik fokuskan dulu bagaimana nak menulis dengan baik. Insya-Allah, pulangan akan datang dengan sendirinya nanti.

JANGAN TAKUT SALAH

Apabila menulis jangan takut melakukan kesalahan kerana pembelajaran bermula dari sebuah kesalahan. Nanti kita akan betulkannya apabila kita membuat semakan.

Sebab itu kalau mula nak menulis, jangan ambil pusing sangat soal ejaan tu. Tak apa, tulis sahaja dulu, nanti kemudian boleh sunting. Itu kalau saya, tak tahu kalau orang lain.

Begitu juga dengan tatabahasa, tulis dahulu nanti buat bacaan ulangan. Bila disemak dan kita ulang bacaan tengok ayat tu tak sedap, atau macam pelik, barulah kita ubah.

Tetapi ini memerlukan proses juga. Sebab itu ada sesetengah orang apabila karya siap ditulis, dia akan peram dulu untuk suatu tempoh. Kemudian akan dibaca semula. Ketika itu baru jelas kelihatan kesalahan. Pada waktu itu otak kita dah fresh.

ILMU PENULISAN

Saya sarankan anda menuntut ilmu penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak berkenaan. Sertai bengkel penulisan untuk mempelajari lebih dalam lagi.

Ramai novelis terkenal dan hebat-hebat bermula dari menyertai bengkel penulisan ini. Jangan ikut saya, saya belum berkesempatan pergi ke bengkel penulisan lagi kerana saya punya masalah tertentu yang tak dapat dielakkan.

Jesteru itu saya banyak menggodek info di dalam internet untuk mencari bahan-bahan ilmu berkenaan penulisan. Jika anda mahu, anda juga boleh mencari bahan-bahan tersebut sepert:Apa itu Novel?

  • Apa itu Prolog dan Epilog?
  • Apa itu Point Of View Novel?
  • Apa itu POV?
Dan banyak lagi untuk anda tahu. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh buat carian. Insya-Allah akan ada ilmu yang bermanfaat. Kena rajin je dan yang paling penting bersemangat.

Jangan cepat putus asa. Menulis novel ni sangat mencabar. Terdapat juga buku-buku dipasaran berkenaan tentang bagaimana untuk menulis. Ia boleh dijadikan rujukan.

Saya akan jelaskan lebih dalam sedikit apa itu novel melalui penulisan ebook ringkas saya yang akan saya berikan secara percuma ini. Anda boleh download di sini. EBOOK PERCUMA TULIS NOVEL (LINK DOWNLOAD OFFLINE SEMENTARA)


Semoga perkongsian saya yang ringkas ini dapat memberikan sedikit info dan semangat untuk anda menulis. Terima kasih... selamat menulis...
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Bagaimana Nak Menulis Novel?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK