Misteri Kilang Bekas Tapak Lombong


Aku dah lama tak jumpa dengan Kamal, aku tahu dia sibuk. Bila sudah ada waktu terluang, aku akan bersemuka dengannya. Lepak bersama sambil santai-santai. 

Bila dah berdekatan ni aku sangat mengharapkan ada sesuatu yang dapat dia kongsikan. Sebenarnya aku tahu dia banyak kisah misteri dan seram. Cuma aku malu nak minta. Aku cuma tunggu dia sendiri sampaikan.

Kadang-kadang perkongsian kisah-kisah misteri dan seram menjadi topik perbualan kami. Tak jemu aku mendengar setiap kisah yang diceritakan Kamal. Kalau dah lama tak jumpa, memang itu yang aku idam-idamkan. Hehe...

“Busy benar kau sekarang ya Mal?” Tanyaku.

“Ye la nak buat macam mana, kerja…” Balasnya bersahaja.

“Faham…” Kataku padanya. Kami lepak-lepak santai malam ni sambil makan chicken grill kedai western Kak Mas. Usai makan kami borak-borak la mengenai hal masing-masing. Kamal tanya perkembangan dunia penulisan aku lalu aku balas semuanya baik-baik sahaja.

“Kau kena gigih promosi Shid…” Dia cuba memberikan kata-kata semangat buat diriku.

“Insya-Allah Mal, bukan senang jadi penulis ni.” Aku tahu ia bukanlah suatu yang mudah tambah lagi untuk menambat hati pembaca. Ia tidak enteng.

“Tak apa, mula-mula memang la, tapi kalau pembaca suka cara penulisan kau, diorang akan support.” Beritahu Kamal.

“Aamiin… harap-haraplah pembaca aku tak boring dengan kisah yang aku tulis…” Itulah harapanku. Iyalah, menulis tanpa pembaca memang tak seronok. Paling tidak penulisan kita ni dibaca orang, ia suatu yang dapat memuaskan hati. Jika dapat maklum balas, bertambah seronok.

“Insya-Allah…” katanya. “Haa ni Shid, aku ada story nak beritahu kau ni…” ucapnya setelah menyedut jus oren. Gelas diletakkan perlahan. Terkejut juga aku bila dia kata macam tu.

“Kisah seram ke…?” Soalku sebab aku berminat sangat nak tahu jika ia mengenai kisah yang menyeramkan. Padahal memang itu yang aku tunggu-tunggu dari Kamal. 

Nanti bolehlah aku berkongsi kepada pembaca aku nanti. Maklumlah aku ni bukannya banyak sangat pengalaman seram. Kalau ada orang kongsi, sama-sama kongsi jadi banyaklah kisah seram tu.

“Nak kata seram tu tak tahu lah tapi aku cuma nak berkongsi cerita aje la dari pengalaman arwah abah member aku.” Ujarnya. Aku tarik nafas lalu aku lepaskan perlahan-lahan sebagai tanda bersedia untuk mendengarnya.

“Teruskan, aku dengar.”

Lalu Kamal pun menceritakan kisah tersebut…

Menurut Kamal, arwah abah si kawannya tu bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang dan syarikat yang besar terletak di Shah Alam. 

Dia bertugas sebagai pengawal keselamatan di kilang tersebut lebih kurang 15 tahun sebelum bersara awal usia kerana masalah kesihatannya. 

Selama 15 tahun bekerja di situ, pelbagai kisah seram dan misteri yang pernah dialaminya dan juga perkongsian cerita dari rakan-rakan setugasnya. Maka bermulalah cerita tersebut…

Satu malam... Masa tu cuti raya Aidilfitri. Arwah abahnya dan tiga lagi rakannya diarahkan untuk bertugas pada malam raya pertama Aidilfitri. 

Biasanya pengawal keselamatan ni memang susah sikit nak dapat cuti. Tambahan lagi kalau musim cuti perayaan. Mereka terpaksa bercuti secara mengikut giliranlah.

Ok.... Masa tu, arwah abahnya dan sorang lagi rakannya mengawal pos pagar masuk kilang. Manakala dua lagi yang lain ditugaskan untuk mengawal pintu belakang kilang. 

Untuk tugasan clocking, salah seorang dari pengawal pos pagar depan kilang ditugaskan untuk membuat rondaan. Tibanya malam itu, giliran arwah abahnya yang diberi tugas untuk membuat rondaan dalam kawasan kilang.

Kawasan kilang tersebut memang sangat luas. Arwah abahnya terpaksa menaiki motosikal untuk meronda dan clocking bagi sesetengah kawasan luar. Dia juga terpaksa berjalan kaki di bahagian dalam plant dan ofis.

Masa tu, di dalam plant production… keadaan memang gelap dan sunyi. Sememangnya tiada operator atau staf-staf yang bertugas semasa cuti raya tu.... Suasana hening dan hanya kedengaran bunyi dari kasut kulit arwah abahnya saja yang sedang melangkah masuk ke dalam plant production tu...

Ketika membuat clocking di bahagian dalam plant tu, tiba tiba..... kedengaran seperti ada satu barang berat yang jatuh ‘gedebummm!’ dari arah warehouse. 

Arwah abahnya terkejut dan terus berlari ke arah warehouse itu untuk memeriksa barang apa yang jatuh tadi.

Setibanya di situ, keadaannya sama juga… gelap dan sunyi. Namun apabila diperiksa, tiada apa pun barang yang jatuh. 

Ia amat menghairankan kerana tidak terdapat apa-apa kesan barang jatuh pun di tempat berkenaan. Gara-gara itu, bulu roma arwah abahnya meremang lalu cepat-cepat meninggalkan kawasan tersebut.

Semasa meninggalkan kawasan warehouse, arwah abahnya terpaksa melalui kawasan ofis. Sekali lagi arwah abah terkena.... pintu bilik ofis warehouse bergoncang dengan begitu kuat. Seolah-olah ada seseorang merempuh pintu itu dari arah dalam.

Hoi! Jangan kacau aku la! Aku di sini mencari rezeki untuk makan anak bini aku!!!!. Jerit abahnya kepada gangguan tersebut.

Tiba-tiba arwah abahnya terdengar satu suara bergema dan halus yang datangnya dari arah mana pun dia tak tahu. Ia suara perempuan muda yang berkata, Helloooooooooooooooooo.... Lembut suaranya.

Kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut maka cepat-cepat arwah abahnya membuat clocking dan beredar pergi dari situ membawa perasaan yang tidak tenang.

Sewaktu arwah abahnya berlari keluar dari kawasan kilang tu, arwah abahnya sempat menjerit, “Hoi! Aku tak ganggu kau! Jangan ganggu aku nak cari rezeki, aku taknak tengok wajah kau. Dan jangan munculkan diri kau. Kalau kau nak tunjuk sangat diri kau pada aku, tunjukkan saja dalam mimpi!!!!!” Katanya ketika itu.

Haa... Itulah dia... Arwah abahnya sudah terlanjur cakap macam tu pulak. Sampai di pos, keadaan semua seperti biasa. Balik dari kerja, semasa arwah abahnya tidur, dia mengigau dan meracau-racau. Sampai ibunya pun kejutkan abahnya. 

Dia kata, dalam mimpi, ada seorang perempuan datang kepadanya, pakaian putih lusuh, rambut panjang sampai ke tumit kaki. Tak nampak muka sebab rambut depan dan belakang entiti tu sama panjang. Ia datang dalam mimpi seolah-olah mahu mencekik batang leher arwah abahnya.

“Keras jugak kawasan kilang tu ye?” Tanyaku.

“Menurutnya kawasan kilang tu memang keras Shid… dan dia ada cakap pernah ada kejadian yang menimpa kontraktor wiring. Dulunya kawasan tu kawasan lombong.” Beritahu Kamal.

“Member kau tu ada cerita tak apa yang jadi pada kontraktor wiring tu…?”

“Ada… kisahnya macam ni…” Kamal pun menyambung cerita pula kisah kontraktor wiring tu.

Masa kejadian tu waktu petang, arwah abah si kawannya ada bertugas di pos kawalan pintu masuk kilang. Kiranya pengalaman itu disaksikan oleh arwah abah si kawannya.

Kata kontraktor tu, masa tu dia tengah memanjat tangga untuk buat wiring di bahagian atas. Nama pun wiring dalam kilang, memang tinggi la nak memanjat tangga. Semasa dia berada di atas tu, sambil pasang wayar sambung wayar bagai, tiba tiba.... Tangga yang dia panjat tu bergoyang.

Ehh... Apehal pulak ni...? Apabila kontraktor tu melihat ke bawah dia nampak ada seorang lagi kontraktor yang memegang tangga tersebut. 

Tapi yang sangat menakutkan, kontraktor yang di bawah tu dalam keadaan berpakaian dipenuhi darah, kepala dan muka berdarah sedang merenung tajam kepada kontraktor yang berada di atas tangga tu.

Kontraktor yang di atas tu terkejut... Ya Allah!!! Makhluk yang berdarah tu merentap tangga yang tinggi tu lalu menyebabkan kontraktor wiring di atas tu pun jatuh. Akhirnya dia patah kaki dan pengsan. Seterusnya dibawa ke hospital. Arwah abahnya la yang buat segala laporan tentang kejadian tu pada majikan.

“Dahsyat gak permainan makhluk halus ni ya Mal, sampai boleh menyerupai dan membuatkan perasaan kita jadi tak menentu.” ucapku.

“Ya la Shid… dah memang kerja dia nak menakut-nakutkan kita.” Balas Kamal. “Tapi tak mustahil kita boleh mati terkejut melihatnya,” balas Kamal.

“Itu kena heart attack Mal…” balas aku pula.

“Tau pun…” Kamal senyum setelah menyudahkan ceritanya.

TAMAT


p/s: Terima kasih kerana sudi membaca cerita di blog saya. Sila follow blog saya untuk update terkini. Salam kenal daripada saya Rashid Salim. Kongsikan kepada semua ya.... Terima kasih sekali lagi.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Misteri Kilang Bekas Tapak Lombong"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK