Tadi aku ada berbual dengan kawan aku dari Belawai, Sarawak melalui telefon. Aku namakan dia V. Saja tanya khabar V, katanya kurang sihat sakit pinggang gara-gara minum ais. Dah lama dia berpantang, entah macam mana boleh gatal tekak nak minum jugak, merasalah sakitnya tu dan aku pun ucapkan semoga lekas sembuh. Katanya lagi di tempatnya tengah hujan. Seronoklah, dingin. Di Dungun pulak sedang cuaca panas, air paip pun terasa payau.

Dia pun tanya khabar aku, aku pun jawablah yang aku tengah writer block, tengah stuck idea nak menulis cerita seram. Alang-alang tu dia pun bertanya, “Kau nak dengar cerita seram tak?” Aku pun apa lagi, minta dia ceritakan. Dan macam orang mengantuk disorong bantal.

Sambil tekap telefon di telinga, aku pun melabuhkan punggung duduk di kerusi. Angin senja bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sekejap lagi pasti berhenti. Senja bakal menjemput malam. Itu sudah pasti. Berbalik pada ceritanya, dia pun berbicara...

$ads={1}

Pada satu malam, membernya bekerja syif malam, kerja kilang. Pulang agak telat sedikit dari biasa. Pulang pukul 10:30 malam begitu. Kawan dia ni lelaki, kemudian ada lagi kawan kepada si lelaki ini pulak seorang perempuan. Mereka pulang dengan menunggang motosikal masing-masing.

Biasalah kalau keadaan jalan pun sunyi, maka mereka bergerak secara beriringan. Yang perempuan ni rumahnya lebih jauh dari lelaki sorang tu. Maknanya si lelaki itu lebih dulu akan sampai, nanti si perempuan ni terpaksa pulang sendirian. Dek kerana bimbang akan keselamatan kawannya, si lelaki tu berhajat nak temankan sampai rumah dan kemudian dia akan patah balik. Begitulah dari ceritanya.

Seterusnya... Kalau nak diikutkan si lelaki tu dah tiba di kampungnya sebelum roundabout. Gara-gara nak hantar, dia follow sahaja. Tiba-tiba, saat mereka dah nak dekat dengan bulatan tu, tiba-tiba bulu roma masing-masing merinding. Mereka sama-sama berhenti, kemudian si kawan perempuan ni nampak sosok kain putih macam bantal peluk besar sedang melompat-lompat di bawah balam-balam lampu jalan. Terbeliak besar la biji mata mereka menatapnya.

Waktu perempuan ni menoleh kat sebelah, si lelaki tu dah blah macam tu sahaja tinggalkan si perempuan ni sorang-sorang dekat situ. Perempuan ni pun tak tahu nak buat apa dah. Nak tak nak dia kena redah juga. Tanpa berlengah lagi, dengan sisa keberanian yang ada, dia pun memecut laju skuternya itu. Sempat lagi dia menoleh ke belakang, pocong tu melompat-lompat dan golek-golek kejar dia.

Tahu-tahu rasa macam lima minit je dia dah tiba di rumahnya. "Kau boleh bayangkan tak Shid, betapa lajunya dia pecut?" Soal V, dan aku cakap, "Fuh, laju...."

Begitulah jadinya bila perasaan takut menguasai, dah tak ingat dah apa nak jadi, jadilah. Aku pun membayangkan keadaan perempuan tersebut waktu dia tengah lalu dekat tepi pocong tu masa nak balik... Huh! Menyeramkan….

$ads={2}

V menambah lagi, beruntunglah orang yang dapat tengok, sebab bukan selalu pocong tu muncul. Kawasan tu memang ada pocong berkeliaran, hanya yang terpilih sahaja dapat jumpa, katanya.

Dalam hati aku berkata... Biarlah tak jumpa pun... Kalau dia beri salam sekalipun, aku tetap tak nak buka pintu rumah.

Kami pun nak menamatkan perbualan kerana V ada kerja, katanya nak ke kedai, tapi sempat lagi dia mengusik aku, "Jangan terserempak sudah..."

Chait!

p/s: Terima kasih kerana membaca kisah ini. Jemput follow blog ini untuk mengikuti kisah-kisah seram yang akan datang.
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan berhemah serta ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni.

Kirim Komen

Terbaru Lebih lama