Ayam Selasih, Ritual Panggil Syaitan


Pernah anda dengar ada bomoh minta ayam hitam sebagai pengeras sebelum melunaskan sesuatu hajat? Jika pernah itulah dipanggil Ayam Selasih atau di Indonesia pula, ia dipanggil Ayam Cemani.

Di Malaysia, ia dinamakan Ayam Selasih kerana warnanya yang kehitaman seperti biji selasih. Cemeni pula adalah dari bahasa Jawa kuno yang membawa maksud hitam legam atau nama sentifiknya, Gallus Gallus Domesticus.

Seluruh badan ayam selasih ini berwarna hitam, bahkan ia sangat hitam bukan sahaja pada bulu, kaki dan mukanya, bahkan biji mata, gelambir, balung, paruh, rongga mulut, kuku, daging dan semua organ dalamannya termasuk tulang juga adalah berwarna hitam.

Ayam kedu hitam adalah merupakan nama asal usul bagi Ayam Selasih atau Cemani. Masyarakat di desa Kedu pada zaman dahulu kala ketika zaman Kerajaan Majapahit abad ke-19 banyak memelihara ayam ini. 

Ayam-ayam ini begitu istimewa pada zaman itu, sehingga ia sangat disukai dan dipelihara serta dijadikan koleksi oleh golongan bangsawan dan raja-raja sahaja pada zaman dahulu kala.

Hal ini telah menjadikan ayam tersebut begitu eksklusif dan kelihatan sangat mahal serta bernilai tinggi di pasaran kerana ia dikaitkan dengan golongan atasan (kayangan). Hanya golongan-golongan ini memilikinya berbanding orang kebanyakan.

Ayam Selasih atau Cemani yang berkerunan kedu hitam mempunyai keunikan pada balung tunggal berbentuk gerigi (bagi jantan). 

Keunikannya cuba dikekalkan dengan dibiakkan dari generasi ke satu generasi, namun populasinya semakin menyusut dan berkurang jika hendak dibandingkan 100 tahun yang lalu.

Ayam-ayam ini kini sukar diperolehi meskipun ia masih dicari orang untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Walau bagaimanapun hanya segelintir orang sahaja yang masih memilikinya. 

Bagi Ayam Selasih atau Cemani asli, harga begitu mahal, bahkan mencecah puluhan ribu ringgit malah ada ratusan ribu ringgit seekor.

Ayam Selasih atau Cemani dikaitkan dengan hal mistik


Ayam ini dikaitkan juga dengan hal-hal mistik kerana ia dikatakan mempunyai kuasa ghaib. Ayam ini juga sangat disukai oleh jin dan iblis kerana daging dan tulangnya yang berwarna hitam manakala darahnya yang merah pekat kehitaman. Oleh itu ia banyak digunakan sebegai pengeras bagi ritual tertentu.

Hal yang menjadikan ayam ini mempunyai kuasa ghaib kerana ada dakwaan mengatakan bahawa ayam ini walaupun telah dikurung berkunci sekalipun, ia masih mampu keluar dari rebannya.


Bahkan ada pendapat mengatakan bahawa Ayam Selasih atau Cemani yang terbaik kebiasaannya tidak ada bayang-bayang walaupun berada di bawah terik matahari.

Selain itu, ada yang mendakwa kaki ayam ini tidak jejak ke tanah apabila tiba waktu malam. Namun sejauh manakah kebenarannya adalah tidak diketahui dan tidak dapat disahihkan.

Syarat ilmu kebatinan

Pada zaman dahulu kala, golongan raja, pendekar dan individu tertentu mengamalkan ilmu kebatinan dengan menggunakan ayam ini sebagai syaratnya. 

Ia dijadikan sebagai perantaraan menghubungkan dengan semangat yang dipuja. Ada juga ritual untuk ilmu kebal menggunakan darahnya. Bahkan juga sebagai pendinding diri.

Hanya mahukan darah sahaja

Menurut seorang penternak Ayam Selasih yang tidak mahu dikenali memberitahu bahawa kebanyakan pembeli hanya mahukan darah haiwan ini sahaja untuk tujuan keagaaman dan ritual ghaib. 

Jarang orang datang membeli kerana mahu memakan daging haiwan ini kerana rata-rama ramai yang tidak makan ayam ini, mungkin kerana warnanya yang hitam meskipun hakikatnya rasa daging ayam ini sangat sedap dibuat sup.

Sungguhpun begitu, sebenarnya Ayam Selasih atau Cemani ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bagi mereka yang pernah merasainya sudah tentu dapat merasai perbezaannya yang sangat ketara. Walaupun dagingnya kehitaman namun rasanya sangat lazat jika dimasak.


Khasiat Ayam Selasih atau Cemani dalam perubatan

  1. Melegakan asma
  2. Melancarkan peredaran darah justeru menghilangkan kelesuan badan
  3. Baik untuk pesakit kencing manis (penurunan drastik)
  4. Melegakan migrain 
  5. Membuang angin dalam badan
  6. Mengubati penyakit buasir kecil
  7. Merawat sakit saraf tangan dan kaki
  8. Melegakan sakit pinggang, sendi-sendi dan lutut
  9. Menaikkan seri wajah dan kesihatan kulit yang baik
  10. Wanita selepas bersalin baik untuk pulihkan peranakan
Manakala minyak pati ayam ini sangat mujarab. Bagi wanita pula ia mampu menegangkan kulit wajah nampak awet muda dan cergas. 

Selain itu dengan mengamalkan pemakanan ayam ini, dapat merawat masalah wanita yang mengalami haid yang tidak teratur. Meskipun fizikal ayam ini sedemikian namun ia memiliki khasiat 1001 macam.

Info tambahan : Telur Ayam Selasih tidak berwarna hitam, ia lebih kepada warna merah jambu. Tetapi apabila telurnya menetas, anaknya tetap berwarna hitam. Ia adalah faktor genetiknya. Ayam Selasih betina mampu bertelur sehingga 80 biji telur setahun manakala berat sebiji telurnya cuma 45 gram sahaja.

RASHIDSALIM.COM 

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Ayam Selasih, Ritual Panggil Syaitan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK