Ilmu Sihir Pelet Cinta


Mantra Pelet Cinta

Pernahkah anda mendengar tentang ilmu pelet? Ilmu pelet agak keras berbanding ilmu pengasih. Ia adalah ilmu ghaib yang berfungsi untuk mempengaruhi alam bawah sedar seseorang.

Ia dilakukan untuk membuat seseorang itu agar jatuh cinta menakluk jiwa dan perasaan secara paksa yakni tanpa kerelaan. Ia dari unsur-unsur mantra atau pemujaan.

Pendek kata orang yang terkena ilmu pelet ini akan tergila-gilakan orang yang mengirimkan pelet tersebut. Maksudnya orang yang dituju itu secara langsung menunjukkan tanda-tanda dipengaruhi oleh ilmu berkenaan tanpa rasional.

Kadang bertindak diluar akal kewarasan seseorang iaitu berasa tidak tenteram dan tidak nyaman apabila tidak bertemu atau tidak berhubung. Perasaan yang melampau tidak keruan serta terlalu rindukan orang yang memeletnya.

Cara ini adalah cara yang memaksa kerana orang yang terkena sihir pelet ini tidak pernah sedar bahawa dirinya sudah dipengaruhi. Malah hanya menuruti apa sahaja hajat si pengirim.

Bahkan, orang yang terkena sihir ini cepat rindu dan tidak tentu arah kerana selalu memikirkan orang yang berkenaan. Ini bermakna hidupnya juga akan gelisah tanpa kehadiran orang yang membuatnya jatuh cinta secara paksa.

Bahkan tak pernah jumpa pun sebelum ni pun boleh suka gila-gila dekat orang tu. Biasanya ilmu ini dihadirkan dalam bentuk minyak.

Minyak pengasih dan minyak pelet terdapat perbezaannya. Berikut adalah beza yang ada di antara keduanya.

Pelet:
  • Ia bertindakbalas cepat dan membuatkan orang yang kena pelet ni sudah tidak dapat berfikir dengan rasional atau dah tak boleh fikir dengan betul lagi. Pendek kata kurang waras.
  • Kekuatan cinta yang dilahirkan dari pelet ini adalah tidak kekal dan tidak bertahan lama.
  • Boleh digunakan untuk kebaikan, namun pemakaiannya lebih banyak disalahgunakan atau sekadar untuk suka-suka sahaja.
  • Pelet ni hanya dapat mempengaruhi satu orang sahaja dalam satu-satu masa.
  • Ia pula ada ritual khusus yang perlu dilakukan oleh pemilik pelet
  • Pelet ini memang berhubung dengan makhluk ghaib jahat seperti jin, genderuwo dan lain-lain

Pengasih:
  • Bertindakbalas agak lambat, tetapi mempunyai daya cinta dan kasih sayang yang muncul lebih kuat dan berkesan.
  • Daya tahan kasih sayang lebih lama, malah boleh berkekalan seumur hidup
  • Kebiasaannya digunakan demi kebaikan dan boleh digunakan juga untuk kesedaran pasangan yang curang, untuk keharmonian rumah tangga dan membina kesetiaan pasangan.
  • Minyak pengasih ini digunakan untuk menundukkan dan mempengaruhi ramai orang dalam sekaligus.
  • Ia tidak perlu ada ritual yang khusus
  • Minyak ini menggunakan energi alami dari dalam tubuh yang disalurkan keluar sama ada melalui secara batin atau dengan cara bermeditasi.

Info tambahan : Isi kandungan minyak pelet ini tidak banyak berbanding minyak pengasih.
Sekian sahaja info mengenai ilmu pelet. Semoga dengan pencerahan serba ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca sekalian.

Ditulis oleh: Rashid Salim

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Ilmu Sihir Pelet Cinta"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK