Warga emas mengamuk minta susu


Seorang suami mengamuk dengan memukul isterinya kerana tidak diberikan susu yang diminta. Lelaki terbabit berang kerana permintaannya tidak dipenuhi.

Menurut isteri kepada warga emas tersebut, Embun 65 tahun, memberitahu suaminya sering merenget meminta susu badan. Kelakuan suaminya seperti anak kecil.

Apabila tidak diberikan susu, maka suaminya meradang dan akan mencampakkan barang-barang termasuklah memukulnya.

Suaminya, Kasim 69 tahun berkelakuan aneh sejak beberapa bulan lalu. Pada mulanya Embun beranggapan itu adalah perkara biasa namun lama kelamaan ia menjadi semakin agresif.

Embun berkata, dia tiada susu badan, jadi bagaimana untuk dia menyusukan suaminya itu? Oleh itu dia terpaksa membancuh susu tepung lalu diberikan kepada Kasim.

Lagak dan gaya Kasim seperti budak kecil sahaja dengan meminum susu botol serta memanggil Embun sebagai ibu. Hal itu sangat membuatkan Embun semakin rasa tertekan.

Dia bertambah risau mengenangkan keadaan Kasim yang semakin pelik itu. Tidur malam selalu sahaja ingin dimanja dan dibelai. Sekiranya Embun tidak membelainya maka Kasim akan menjadi orang yang bengis.

Dia juga turut menceritakan setiap malam pasti dia akan terdengar bunyi seperti orang berlari-lari di dalam rumah. Embun juga pernah melihat Kasim bermain di halaman rumah seperti kanak-kanak dengan bermain pasir dan sebagainya.

Cara dan perilaku Kasim seperti sedang berteman dengan seseorang. Keanehan yang dirasakan itu diceritakan kepada Awang Fateh sendiri.

Awang Fateh telah dihubungi Embun bagi membantu mengesan masalah yang dihadapi suaminya itu. Embun berkata bahawa kelakuan suaminya itu bukan biasa, ia pelik.

Memang kehebatan Awang Fateh tidak dapat dipertikaikan lagi kerana sering membantu banyak orang. Namun dia tetap merendah dirinya. Dia akan membantu sekiranya ada yang meminta tolong, dan dia juga selalu menawarkan bantuan sekiranya perlu.

Apa yang menjadi tunggak utamanya adalah bukan wang menjadi keutamaan. Dia memang mahu membantu demi kesejahteraan. Lalu Awang Fateh hadir bertentang mata melihat sendiri akan keadaan Kasim.

Hasil pengamatan Awang Fateh, dia melihat mata Kasim berona merah, kulit pula kekuningan serta dia merasakan ada aura yang tidak baik berada di dalam tubuh warga emas itu. Awang Fateh memaklumkan kepada Embun bahawa suaminya itu rasukan jin anak kerak.

Rasukan Anak Kerak


Embun bertanya, rasukan apakah itu? Kemudian Awang Fateh menceritakan serba sedikit tentang jin anak kerak ini. Ia tentang apa yang Embun lihat.

Kelakuan akan menjadi seperti anak-anak kecil kerana jin anak kerak ini berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan.

Biasanya janin atau bayi itu dibunuh ketika usia kandungan 6 atau 7 bulan lalu dikecutkan oleh bomoh dengan tujuan jahat. Apa yang berlaku pada Kasim itulah akibatnya. Lalu Embun bertanya kenapa ia terjadi kepada suaminya?

Awang Fateh memberitahu hal yang sebenarnya. Anak kerak itu milik suaminya sendiri. Anak kerak itu makan tuan. Embun terkejut. Apakah suaminya membela anak kerak? Selama ini dia tidak pernah tahu.

Lalu Awang Fateh berkata lagi, Kasim mendapatkan benda itu di Siam. Ia digunakan untuk pelindung diri tetapi malangnya benda itu memakan diri setelah Kasims semakin keuzuran Dia tidak dapat menjaga anak kerak itu dengan baik.

Bilik kosong penuh barang kanak-kanak

Patutlah selama ini ada satu bilik di dalam rumah ini dibiarkan kosong tetapi di dalamnya penuh dengan permainan kanak-kanak termasuklah buaian.

Pernah juga Embun lihat buaian di dalam bilik itu berhayun sendiri. Setelah itu Kasim melarangnya mendekati bilik tersebut.

Kemudian Awang Fateh berinteraksi dengan Kasim. Menurut Kasim, dia juga kesunyian kerana hidup mereka tidak dikurniakan anak sejak muda. Jadi diusia begini dia sanggup bela benda begitu untuk mengisi ruang dan pendinding diri.


Awang Fateh memulakan sesi rawatan

Sebaik sahaja Awang Fateh mahu merawat Kasim, tiba-tiba sahaja Kasim merenung tajam ke arahnya. Kasim membongkok tubuh dalam keadaan merangkak sambil mencakar lantai. Dia seperti mahu mengamuk. Awang Fateh memujuk anak kerak itu.

Dengan bacaan ayat Ruqyah, Awang Fateh yang tadinya duduk bersila terus bangun berdiri sambil menghulurkan jari telunjuk tepat ke dahi Kasim.

Seterusnya jari itu menyentuh ubun-ubun kepala Kasim. Lalu terdengarlah tangisan suara Kasim meminta tolong. Tiba-tiba mengatakan dia sedang sakit.

Awang Fateh tepuk belakang Kasim

Setelah itu Awang Fateh bergerak ke arah belakang Kasim yang mula merebahkan punggungnya ke lantai. Kasim duduk bersila. Kedua-dua bahu Kasim jatuh lemah.

Air mata Kasim menitis laju. Awang Fateh tahu itu hanya tipu daya anak kerak semata-mata. anak kerak itu seperti degil mahu keluar dari badan Kasim.

Kemudian Awang Fateh menupuk-tepuk belakang Kasim sesudah mulutnya kumat kamit membaca ayat. Serta merta mulut Kasim tersembur muntah darah.

Embun terkejut melihat muntah darah itu. Embun memerhatikan lagi dengan matanya, tiba-tiba dia ternampak asap keluar dari mulut suaminya. Kemudian asap itu hilang.

Kasim terus rebah. Awang Fateh meminta tolong kepada Embun supaya kalau tahu di mana disimpannya anak kerak itu, minta dibawakan.

Tapi Embun tak tahu, cuma kalau Awang Fateh nak cari sendiri Embun izinkan. Dengan kebenaran itu, Awang Fateh pun pergi ke bilik yang kosong itu.

Dengan indera keenam, dia dapat mengesan lokasi anak kerak disimpan. Maka Awang Fateh meminta izin untuk memusnahkannya.

Baru sahaja Awang Fateh berpaling ke belakang, tiba-tiba Kasim sudah berdiri betul-betul di hadapan Awang Fateh lalu cuba menikam Awang Fateh dengan keris.


Awang Fateh sempat mengelak dan dengan tangkas Awang Fateh melibas dengan kain yang berada di bahunya tepat ke muka Kasim.

Dengan itu Kasim rebah lalu tersedar dari rasukan. Embun pula tidak dapat berbuat apa-apa. Dia terkedu melihat insiden itu.


Anak kerak dimusnahkan

Awang Fateh berpesan, janganlah dekatkan diri dengan perkara-perkara syirik kerana ia tidak akan memberikan apa-apa keuntungan meskipun ada yang menggunakan anak kerak ini sebagai pelaris untuk perniagaan serta sebagai pengasih. Ada juga untuk perbuatan khianat atau sihir sehingga menutup perniagaan-pernigaaan orang lain.


Awang Fateh meletakkan anak kerak di atas tanah, kemudian dia membaca ayat untuk memusnahkan benda itu sambil diperhatikan Kasim dan Embun. Kemudian anak kerak itu terbakar dengan sendirinya lalu menjadi abu.

Awang Fateh berkata Kasim masih bernasib baik kerana jin anak kerak itu tidak terlalu kuat, jikalau tidak pasti nyawa Kasim dalam bahaya. Biasanya jin anak kerak yang kuat adalah dari janin atau bayi sulung dari pasangan sulung. Sekian.

Ditulis oleh: Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Warga emas mengamuk minta susu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK