Self Harm: Menyakiti diri sendiri untuk melepaskan rasa sakit


Sehingga kini topik self-harm masih dianggap tabu untuk dibicarakan. Terdapat anggapan bahawa self-harm ini cuma ingin meraih perhatian semata-mata, tidak tahu bersyukur dengan kehidupan bahkan sering menyalahkan keadaan. Walhal ada sahaja di antara kita pernah melakukannya kemudian berasa bingung untuk melepaskan diri dari self-harm ini.

Apa itu Self-Harm?

Self-harm bermaksud mencederakan diri sendiri atau menyakiti diri sendiri tidak kira bagaimana cara sekalipun agar rasa sakit di dalam hati atau perasaan dapat dibebaskan dari terus dibelenggu.

Cuma ia bukanlah sesuatu niat untuk membunuh diri. Ia lebih kepada untuk melegakan rasa sakit yang bersarang di dalam hati dan sanubari.

Kebiasaanya ia dilakukan secara fizik seperti dengan mencakar diri sendiri, mengelar lengan, memukul, menyayat, menghiris, menggigit dan menghantuk kepala ke dinding.

Selain itu, ada juga dengan menelan sesuatu yang berbahaya sehingga overdos terhadap kandungan tertentu dan juga meletakkan diri sendiri pada kondisi atau keadaan yang berbahaya serta langsung tidak mempedulikan dan mengambil cakna diri sendiri (pengabaian).

Mengapa terjadinya self-harm?

Seperti makluman di atas, self-harm bukanlah dengan niat untuk membunuh diri tetapi lebih kepada untuk menyakiti diri sendiri secara sengaja dan ia suatu tujuan yang tidak disetujui secara sosial (NSSI). Ia termasuk di dalam kategori nonsuicidal self-injury (NSSI).

Terdapat pelbagai sebab dan alasan seseorang itu melakukan tindakan self-harm cuma ia merupakan alasan peribadi setiap orang. Kerana setiap orang mempunyai alasan tertentu yang berbeza-beza.

Pengaruh dari masa silam atau di masa kecil

Waktu kecil yang memberikan impak yang besar sehingga seseorang itu tidak merasakan perasaan untuk diekspresikan kerana telah dihalang atau telah dibataskan dengan ejekan sekiranya emosi negatif itu datang. Emosi negatif itu seperti sedih, sakit atau kecewa yang tidak dibolehkan oleh orang tua.

Jika sahaja perasaan itu datang, mesti orang tua memarahi dan tidak mengakuinya sebagai anak sehingga mencetuskan ketakutan di dalam jiwa anak itu.

Sebagai contoh, "Kalau menangis bukan anak mama," atau "Orang yang lemah saja suka menangis," atau, "Baru kena sikit dan sakit." atau sebagainya.

Tanpa sedar, lama kelamaan didikan seperti itu telah mengakibatkan suatu yang buruk berlaku. Emosi negatif sukar untuk dikeluarkan kerana tidak terbiasa dengan perasaan sedemikian bahkan tidak memahami apa pula yang dialaminya ketika itu.

Jadi dia memilih untuk menyakiti diri sendiri supaya dirinya dapat merasakannya. Sesungguhnya dia tidak dapat merasakan secara emosional. Maka dengan cara itulah menjadi pilihan terakhirnya.

Sukar mengekspresi emosi

Tidak semua orang dapat melupakan sesuatu perkara yang dirasakanya dengan mudah. Tidak semua orang dapat memahami emosinya sendiri dan dapat mengekpresikannya.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka yang tidak dapat mengawalnya. Bahkan tidak pula dapat merasakannya.

Akhirnya, sampai waktu ia 'boom' kerana sudah berasa sangat sulit maka pilihannya adalah dengan menyakiti diri sendiri.

Ia dilakukan kerana perasaan yang dialaminya itu sudah tidak terluah lagi dengan kata-kata atau perkataan tidak dapat mewakili kesakitan perasaannya itu melainkan dengan tindakan.

Setelah terluka, apabila dirasakan perlu, maka akan ditunjukkan kepada seseorang bagi memberitahu bahawa itulah kesakitan jiwanya yang parah. Hanya dengan luka dan kesan itu menjadi bukti kesakitannya.

Merasa sakit adalah lebih baik

Bagi seseorang yang merasa kosong, merasa diri terabai bahkan rasa tidak dicintai malah tidak meraih sokongan sesiapa atau juga merasa sendiri serta mengalami "mati rasa" dalam hidupnya, maka merasa sakit adalah lebih baik bagi melupakan perasaan sedemikian. Sekurang-kurangnya perasaan itu dapat dialihkan kepada kelukaan dan kesakitan yang diciptakan itu.

Pengaruh dari penilaian diri sendiri

Seseorang yang mempunyai perasaan rendah diri (self-esteem rendah) atau gemar membenci dirinya sendiri akan melihat self-harm satu cara untuk mengalihkan emosi yang dirasakan seperti rasa marah, jijik, benci, sepi dan tertekan.

Ketika ia menyakiti dirinya sendiri maka ia akan merasa lebih lega setelah dapat mengalihkan emosi-emosi itu kepada rasa sakit terhadap fizikalnya.

Tujuan untuk kembali fokus

Seseorang yang mempunyai sejarah pahit atau trauma terhadap sesuatu perkara akan menjadi sakit apabila teringat semula atau terimbas di dalam minda. Kadang-kadang ia menghukum perasaan dan sulit untuk diterjemahkan ke dalam bentuk kata-kata sehingga ia sangat terkesan di jiwa.

Kadang perasaan itu datang tanpa diundang dan mengakibatkan hilang fokus. Justeru ada yang mengjadikan self-harm ini sebagai langkah untuk dia kembali fokus.

Sebagai contohnya ada yang sering menampar dirinya sendiri dengan kuat seolah-olah memaksa dirinya untuk kembali sedar dan mengawal diri.

Pain Offset Relief

Sebuah penelitian menemukan, mereka akan mengalami perubahan emosi secara positif setelah menerima tindakbalas yang drastik ke atas fizikalnya. Hal tersebut bersesuaian terhadap penemuian para psikologi sebelumnya pada 70 tahun yang lalu, mengenai pain offset relief.

Pada umumnya, Pain offset relief menjelaskan bahawa setiap orang memberikan tindakbalas negatif terhadap rangsangan yang menyakitkan.

Namun ternyata, setelah menerima rangsangan yang menyakitkan tersebut, ia dapat membuatkan seseorang merasa relaks, senang atau bahagia dalam masa singkat.

Peneliti pun berpendapat, seseorang itu akan ulang perbuatannya untuk menyakiti diri sendiri setelah merasa lega dengan tindakan tersebut.

Sememangnya menyakiti diri buat pertama kali adalah tidak menyenangkan tetapi setelah merasakan relaks, maka dirinya akan melihat adanya kontak antara "menyakiti diri" dengan "kelegaan" atas rasa sakit yang dirasakan lalu terus mengulanginya lagi.

Hukuman kepada diri sendiri

Sesetengah orang melakukan perbuatan ini adalah untuk menghukum dirinya sendiri dan percaya bahawa dirinya layak dihukum sama ada dirinya melakukan kesalahan atau pun belum.

Sejarah lampau juga memberikan impak kepada dirinya sehingga terkesan dan menjadikan dirinya memang patut menerima hukuman.

Mengalami Gangguan Mental

Terdapat beberapa individu yang melakukan self-harm ini telah didiagnosis dan didapati mengalami gangguan mental dalam dirinya. Gangguan mental seperti depresi, kecemasan, skizofrenia atau gangguan kepribadian lainnya.

Satu survey dilakukan di Inggeris menemukan bahawa mereka yang memiliki gejala gangguan mental adalah lebih cenderung melakukan self-harm.

Fahmilah dengan bijaksana berkenaan self-harm

Demikian apa yang saya sampaikan adalah dari apa yang saya olah semula melalui pembacaan saya serta dari rujukan yang saya ambil.

Walau apapun alasannya, ia adalah untuk mengingatkan kita agar tidak mudah untuk menilai seseorang yang melakukan perbuatan ini.

Kita mungkin kurang faham apa sebenarnya yang dialami oleh diri mereka. Boleh jadi orang sekeliling kita sama ada rakan-rakan kita, orang berdekatan kita.

Bahkan ahli keluarga kita sendiri sedang mengalaminya. Maka ambil tahu dan ambil peduli tentang mereka kerana mereka memerlukan sokongan padu dari kita.

Usah kita menghindari tapi sebaliknya bantu dengan memberikan dorongan positif serta menjadi pendengar yang baik kepadanya.

Jangan sesekali menyalahkan dirinya kerana itu akan menambahkan beban dan memburukkan lagi keadaan. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh dan mesti diambil berat.


Like Facebook Pages kami: Facebook Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Self Harm: Menyakiti diri sendiri untuk melepaskan rasa sakit"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK