7 Cara Melihat Hantu Di Alam Sebalik Mata


Sememangnya hantu ini benda yang tak nampak pada mata kasar. Ia makhluk ghaib. Ada orang kata ia wujud dan ada pula yang kata ia hanyalah sekadar ilusi semata-mata. Namun, yang pasti jin dan syaitan memang diciptakan untuk menyesatkan manusia.

Walau bagaimanapun, mereka menjelma dan merupa apa-apa sahaja. Jadi ada yang berusaha untuk melihat mereka dengan mata kasar. Ada yang dapat melihat mereka secara kebetulan tapi bukan semua orang yang berkesempatan sedemikian.

Malah ada yang cuba explorer tempat-tempat angker bagi mendapatkan sosok 'mereka'. Iyalah sudah namanya makhluk ghaib bukan mudah untuk mengesannya. Tapi sempatlah saya tanya seseorang, ada ke cara nak tengok hantu ni?

Jadi orang itu kata ada 7 cara untuk tengok hantu. Tapi saya tak jaminlah boleh berjaya ke tidak nak tengok hantu ini.

7 Cara Melihat Hantu


Tanpa berlengah lagi mari saya sampaikan cara untuk melihat hantu yang pertama. Iaitu:-

1. Membuka mata batin


Cara ini ada methode membuka mata batin ini ada ritual tertentu yang mesti dilakukan oleh orang yang pakar atau arif tentangnya. Seperti yang sedia maklum, makhluk ghaib ini berada di alam yang berbeza.

Jadi ia tak terlihat dengan mata kasar kita. Ia terlihat dengan indera ke enam iaitu mata batin. Ini kerana manusia dan hantu memiliki dua dunia yang berbeza.

Membuka mata batin bukan sesuatu yang enteng atau mudah. Seperti yang saya katakan tadi, ia memerlukan ritual tertentu dibantu oleh seseorang atau guru spiritual yang sangat berpengalaman.

2. Menyapu atau mengoleskan tanah kuburan ke kelopak mata


Cara yang seterusnya ini adalah dengen mengoleskan tanah kuburan ke kelopak mata. Ada yang mendakwa bahawa dengan menyapu tanah ini ke ke kelopak mata, hantu atau makhluk ghaib ini akan menjelma dekat mereka. Mereka juga yakin bahawa tanah kuburan itu dapat mengundang makhluk halus untuk menampakkan wujudnya.

Mereka mampu melihat hantu setelah mengoleskan tanah tersebut dengan pelbagai rupa hantu yang menyeramkan. Tanah tersebut menjadi pilihan kerana ia sesuai kerana sudah berkaitan kematian di tanah perkuburan yang semestinya ada aura mistik.

Selain itu, hantu-hantu ini kan memang dah suka benda-benda yang memang ada kaitan dan ada aura dan aroma yang sama dengannya. Sudah pasti senang nak menempel. Kan biasa kalau orang buat cerita hantu je mesti dekat kubur... asal kubur je mesti cerita hantu... cliche, kan?

3. Mencukur kening sampai licin (Sampai habis)


Cara yang ini saya tak pasti ya atau tidak, tapi kalau korang nak cuba, cubalah, cuma tak baiklah, cukur kening tu kan haram. Okeylah, apa-apa pun biar saya terangkan dahulu caranya. Ini berkenaan bagaimana korang nak tengok hantu.

Lepas kening dicukur sampai habis, dah licinlah kan kemudian malam itu tidur depan pintu rumah. Tidur atas alas kaki. Tempat yang orang buat keset kaki tulah. Pada malam itu, kalau beruntung ada 'orang' tolong bangunkan.

Benda itu adalah toyol. Toyol itu kejutkan bangun sebab katanya satu geng yang tak ada kening sama macam dia juga. Mula-mula saya dengar rasa mengekek juga, cuma part tidur depan pintu rumah atas alas kaki tu, tak tahu nak gelak ke nak menangis.

4. Melihat celah di antara dua kaki


Cara yang ke empat ini korang biasa dengar, kan? Biasanya ini kita tengok cara pusing ke belakang dan tunduk tengok ke celah kelangkangan. Masa itu kita tengoklah 'sesuatu' Kalau dari ramai-ramai orang, ada yang terapung itu, itu bukan oranglah tu. Itu hantu. Dunia mereka itukan terbalik.

Sekiranya pergi ke tempat-tempat angker, curiga pada sesuatu, cuba melakukan hal seperti itu, mana tahu kut ternampak. Kalau betul-betul nak tengok rezeki boleh jumpa. Kadangkala orang yang explorer nak jumpa, dorang tak jumpa, yang tak cari pula jumpa.

Yang sunguh-sungguh cari, bila terserempak, sibuk pulak cabut lari. Alahai, tak faham saya. Kalau dah jumpa itu, ajaklah borak sembang minum kopi. Dah acah-acah mencabar... ini jumpa dah lari pulak. Tapi nak buat macam mana, kita manusia kata adalah silap di mana-mana.

5. Bermain Jelangkung


Sebut pasal permainan panggil hantu ada banyak, salah satunya jelangkung, ada juga spirit of the coin. cuma di Malaysia saya tak pasti, tapi kalau di Indonesia permainan ini sangat popular.

Permainan ini adalah menyeru roh. Permainan ini dimainkan oleh anggotanya secara ganjil. Soalan yang aneh-aneh sahaja yang ditanya. Mereka bermain dengan menggunakan boneka.

Hantu ini akan menyertai mereka secara langsung dan mereka dapat melihat dengan jelas sekali. Biasanya hantu ini akan keluar wujud di antara pemain yang kadang mereka sendiri pun dah tak sedar.

6. Tidur Bogel atau Telanjang


Siapa suka tidur telanjang? Haaa! Hati-hati. Selepas ini jangan tidur telanjang lagi ya. Sebenarnya yang suka tidur telanjang ini menarik minat jin. Jin Asyik, yang kadang boleh menjelma dan menyerupai bayangan menyeramkan di hadapan mata kita. Hati-hatilah ya tidur tu jangan bertelanjang. Tapi sebaliknya ada yang cakap berbungkus kain kafan pun menjemput hantu bungkus juga.

Alang-alang itu saya story sikit, pernah kawan saya cerita pada malam pertunjukkan untuk sesi muhasabah diri, adalah pertunjukkan 'pocong' dia dipakaikan kain kafan dan disolek seperti pocong untuk pementasan malam tersebut.

Selepas dia siap show atas pentas, dia memang tak bolehlah nak berjalan kena loncat-loncat. Ketika dia nak masuk ke belakang pentas itu, ada benda terbang berbungkus kain putih zapp laju melintas depan dia, tapi bukan loncat-loncat.

Masa itu belakang pentas silau-silau gelap. Tiba-tiba ada bau kemenyan katanya. Serta merta depan muka dia muncul wajah bersopak mata terjuntai, tersentak dia rebah dekat situ sebab tak boleh nak melangkah kaki terikat.

Bila keadaan terang, orang tolong angkat dia. Sebab dia tak boleh nak bangun sebab dia disolek pocong jadian. Begitulah bila benda mampu menarik sesuatu yang menyerupai benda lain.

7. Menyisir Rambut Tengah Malam


Yang terakhir ini adalah menyikat atau menyisir rambut pada larut malam. Mungkin kedengaran kuno, tapi boleh dicuba. Yang tak ada rambut tu tak perlu cubalah... takkan nak guna wig pulak kan... heee....

Kalau saya tak mungkinlah, sebab saya botak. Sisir rambut tengah malam sambil tengok cermin. Usahakan sisir rambut dengan tutup lampu tapi hanya pasang lilin sahaja. Sisir rambut perlahan-lahan sambil tenung ke dalam cermin.

Tenung dalam-dalam... perlahan-lahan dan tenung... janganlah tenung kat cemin penggorek pensil tu. Cermin yang besarlah... korang ni pun. Sambil-sambil itu amati dalam-dalam serta halwa telinga itu amati suara-suara malam.

Biasanya kurang berhasil tapi ada yang berhasil dan kalau nak mencuba pastikan bersendirianlah, kalau ramai-ramai tak ada mood seram tu. heee...

Oklah gais, sekian sahaja saya temankan anda untuk 7 Cara Melihat hantu pada kali ini. Lama betul saya tak berceloteh dan berkongsi info ya. Semoga korang enjoy dan happy-happy selalu.

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "7 Cara Melihat Hantu Di Alam Sebalik Mata"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK