IKLAN


Ketika saya sedang santai-santai di FB, ada salah seorang kenalan saya bertanya kepada saya mengenali blog. Betul ke buat blog boleh mendatangkan wang? Maksudnya, adakah boleh menjana pendapatan? Saya rasa kenalan saya tu masih konfius agaknya, macam mana la rupanya dengan blog pun boleh buat duit?

Macam mana saya nak terangkan ye? Sebenarnya menulis di blog ni terserah pada niat masing-masing. Ada sesetengah orang menulis adalah untuk berkongsi. Tetapi itu mungkin dahulu, kerana kini keadaan telah banyak berubah. Ramai yang nampak akan manfaat dengan menulis.

Maksud saya, penulisan dapat dimanfaatkan yang boleh menjana income sesuai dengan usaha yang dilakukan. Kerana kejayaan tidak dapat diperoleh tanpa adanya usaha. Ia adalah berterusan dan bukannya separuh jalan.

$ads={1}

Saya pernah kongsikan bagaimana blog boleh menjana pendapatan pada artikel terdahulu. Korang boleh baca di sini, Betul ke blog boleh buat duit? dan anda mungkin dapat memahaminya. Sedikit sebanyak ia membantu anda untuk melihat apa yang anda dapat manfaatkan dengan penulisan di blog.

Jadi kenalan saya ni macam kurang yakin, "Ya ke?" Soalnya. Habis tu saya nak kata macam mana lagi? Ada yang memberikan banyak alasan untuk memulakan menulis blog. Ada yang ingin meraihkan pendapatan dengan menulis, tetapi tidak pernah untuk memulakannya tetapi telah menciptakan beribu-ribu alasan.

Contoh ayat yang biasa digunakan:

Pertama - "Aku tak ada masa nak menulis blog." Tetapi ada angan-angan untuk buat macam orang lain dapat income.

Kedua - "Kalau aku tulis blog, ada ke orang nak baca?" Belum buat tapi dah fikir hal yang belum jadi. Benda tak berlaku pun lagi tapi dah berfikiran negatif.

Ketiga - "Tulis blog ni lambat nak dapat duit," Tak ada benda mudah pun dalam dunia ini, semuanya dimulakan dengan langkah pertama.

Perkara yang ketiga adalah hal yang memerlukan kesabaran. Sekiranya kita dah start ada blog, kita kena usaha dan istiqamah menulis dalam membina kredibiliti. Semua ini bukan waktu yang singkat.

Saya pernah berkongi tentang kenapa ada orang menulis blog. Korang boleh baca di sini : Semangat bina blog baru. Jadi cuba hadam dan faham apa tujuan anda. Letakkan target dan matlamat anda tu.

$ads={2}

PLATFORM POPULAR MERAIH PENDAPATAN ONLINE

Terdapat banyak platform atau medium untuk korang menjana pendapatan online, termasuklah anda mencipta jenama anda sendiri di platform contohnya seperti:

  • Tiktok
  • Instagram
  • Facebook

Di sini korang boleh membina nama namun semua itu memerlukan masa. Ia juga bergantung Usaha, Idea, Peluang dan Rezeki korang. Walau bagaimanapun, korang tetap kena cuba dan jangan berputus asa.

Bila anda dikenali, maka anda boleh mengenakan caj untuk setiap review produk  yang anda lakukan (Paid review). Di situ anda boleh menjana pendapatan. Anda telah dikenali.

Tahukah anda? Sesudah anda dikenali, anda boleh menjana site income yang lain pula? Ia termasuklah di platform seperti;

  • Blog
  • Youtube

Anda boleh membina channel anda sendiri. Anda boleh mengajak follower-follower anda untuk terus mengikuti anda. Tapi ia bergantung kepada anda untuk fokus yang mana.

Jikalah anda bukan sesiapa seperti saya, iyalah kita orang yang tidak punya nama, bahkan tiada pengikut, maka kita mulakan dari bawah. Ia tak salah. Sesuatu yang berharga adalah kita menghargai sesuatu yang memberikan impak yang baik dalam hidup kita.

Bagaimana Blog dan Youtube menjana income?

Di sini saya nak terangkan serba ringkas. Anda pernah tonton youtube, kan? Pemilik channel yang melepasi syarat monitize maka dapat meraih pendapatan dengan pengiklanan. 

Iklan siapa?

Korang pernah nampak kan? Sebelum video bermula ada iklan yang dipaparkan, kemudian ada pula iklan floating dalam video tu. Ia adalah dari Google Adsense.

Dari situlah pemilik-pemilik channel menjana pendapatan mereka. Dan bagaimana pula dengan blog? Ia sama sahaja, pengiklanan dari Google Adsense juga. Cuma bezanya,

Blog kontennya merupakan isi penulisan.

Youtube pula kontennya berbentuk paparan video

Setakat ini jelas? Itu adalah cari meraih pendapatan online melalui Google Adsense. Untuk mendapatkan kelulusan ini pula ada syarat-syarat yang ditetapkan.

Jika blog - Memerlukan isi konten yang bermanfaat (berkualiti) yang bebas copy paste. Maksudnya konten asli atau original. Serta beberapa syarat lagi yang saya terangkan seperti di sini.

Baca: Betul ke blog boleh buat duit?

Manakala Youtube - Kontennya juga mestilah asli, bebas copyright. Kena ada 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan. Baru boleh monitize channel tersebut untuk mendapatkan Google Adsense.

Jadi, bagi saya pula yang belum mahir dalam buat video, jadi saya memilih untuk menulis blog kerana saya diberikan sedikit bakat dalam menulis untuk berkongsi dengan korang.

Untuk blog ini pun, ia masih muda, jadi perjalanannya masih jauh lagi. Jadi kalau korang dah menulis blog, teruskan bersemangat dan terus berbagi info bermanfaat serta menghiburkan audien korang.

Namun, perkara pokoknya menulis blog niatkan untuk berkongsi dan kalau dapat monitize pula itu adalah bonus. Cuma setting awal-awal, maksud saya plan ke arah bagaimana untuk membina blog yang baik. Insya-Allah akan ada hasilnya. Bersabarlah kerana ia memang memerlukan masa.

Baca: Apakah maksud sebenar Niche? (blog)

Tak percaya blog boleh buat income yang banyak? Ini adalah dari perkongsian dari blog yang niche tentang dunia filem, iaitu sukafilem.net

Pendapatan blog sukafilem.net

Pemilik blog ini bermula dari awal dengan perancangan yang rapi untuk meraih pendapatan yang lumayan kini. Itu semua bermula dari usaha tanpa mengenal putus asa dan plan yang tersusun.

Income blog ini mencecah ribuan setiap bulan (Tukaran dari matawang USD). Sangat berbaloi, kan? Siapa kata blog tak leh dapat income yang lumayan tetapi semua itu kena usaha dan ada caranya. Sehingga kini beliau (Khairul Zaman Khobin) terus aktif termasuk dengan channel youtube beliau (KhairulVlog).

Dan beliau juga merupakan seorang novelis yang hebat. Jadi, tiada yang mustahil, kan? Dengan menulis boleh buat duit? Secara tak langsung saya juga terinpsirasi dengannya.

Ramai blog yang berjaya, jadikan ini sebagai motovasi buat kita semua ya. Sama-samalah kita terus berbagi info yang bermanfaat kepada pembaca-pembaca kita, Insya-Allah. Sampai jumpa lagi ya... Terima kasih...

IKLAN

FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan berhemah serta ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni.

4 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama
IKLAN
IKLAN