Misteri Batu Megalith Di Melaka


Pagi tadi gais saya terbaca perkongsian sebuah posting rakan saya di media sosial berkenaan Batu Megalith. Jadi, apa yang membuatkan batu ini dianggap sangat misteri? Ya, gais misterinya dekat sini adalah batu tersebut dikatakan boleh meninggi sedikit demi sedikit saban tahun.

Selain daripada itu, apabila malam di saat bulan mengambang atau disuluh cahaya, batu ini terlihat bersinar gais. Haa, itulah yang menariknya tentang batu tersebut. Apa itu yang dimaksudkan Batu Megalith ini? Korang pernah tahu pasal monumen Stonehenge di Wiltshire, England?

Stonehenge

Ia adalah batu yang terpacak atau yang dibina sebagai tugu atau pun sebagai tanda. Kalau Stonehenge itu sangat terkenal seantero dunia kerana uniknya dan besarnya batu-batu itu. Maka perkataan Megalith itu merujuk pada batu itu sendiri. Mega bermaksud 'besar' dan lithos bermaksud 'batu' dari segi bahasa Yunani Kuno.

Di melaka, batu-batu ini yang juga dikenali sebagai 'batu hidup' boleh dilihat di daerah Alor Gajah. Hanya di Melaka sahajakah batu tersebut ada? Sebenarnya terdapat beberapa negeri lain turut ditemui batu-batu tersebut. Di antaranya adalah:
  • Negeri Sembilan
  • Selangor
  • Johor
  • Perak
  • Terengganu
  • Sabah dan Sarawak
Kenapa Melaka menjadi tempat tumpuan? Ini adalah kerana di Melaka terdapat banyak taburan batu Megalith 'hidup' ini terutama sekali di Daerah Alor Gajah dan Jasin. Batu-batu ini ada yang mencapai ketinggian 3 meter atau lebih.

Kalau korang pergi ke kampung, Cherana Puteh, Taboh Naning, Melekek, Lubok Kepong, Gadek, Tanjung Rimau Dalam, Pulau Sebang dan Padang Sebang di daerah Alor Gajah... korang akan jumpa batu-batu ini gais. Mungkin juga korang akan dengar pelbagai kisah misteri dari penduduk setempat berkenaan penemuan batu ini.

Di Jasin pula ada di Kampung Chabau, Simpang Bekoh, Nyalas, Chohong dan Terentang. Batu-batu ini mempunyi keunikan dan bentuk serta sususan khusus. Namun dikatakan juga batu-batu merupakan tanda atau batu nisan kubur nenek moyang orang-orang dahulu.

Saya sendiri pun tak pasti sama ada ia bongkah batu yang dibina sebagai batu nisan atau pun sebagai sembahan. Kerana taburan di Semanjung Malaysia ini terdapat memang banyak bongkah batu berkenaan.

Difahamkan juga ada ahli kaji sejarah telah pun menggali tapak megalitik tersebut dan tak menemui sebarang bukti mayat atau juga hal-hal yang berkaitan seperti contohnya rambut atau sebagainya cuma yang mereka jumpa hanyalah loceng.

Walau bagaimanapun ia menjadi satu sejarah yang masih lagi dikaji akan tujuan kewujudannya. Kalau kita fikir balik la kan, bagaimanalah agaknya batu Stonehenge yang besar gedabak tu dibina pada zaman tersebut iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Neolitik? Nampak misteri betul sehingga ke hari ini.

Apakah ia merupakan pintu gerbang ke dimensi dunia sebalik mata? Bagaimana pula dengan kewujudan 'batu hidup' yang ada di tanah air kita ini? Susah nak dirungkaikan kerana ia dikatakan telah wujud sejak 1200-1300 Masihi lagi. Kalau sebagai batu nisan? Besar pulak tu... macam-macam saiz ada.

Batu-batu yang terbentuk pula seolah-seolah merupa seperti benda lain. Andai malam disuluh cahaya, pasti dah fikir bukan-bukan, yang ini gais.... naik seram juga rasanya. Terutama bongkah batu di bawah ini, dah macam nenek tua terbongkok sekali imbas saya tengok.


Jadi, apakah menurut korang berkenaan kewujudan batu-batu ini? Adakah ia adalah suatu kepercayaan atau hanya saja-saja ia dibina atau juga sekadar untuk suka-suka? Saya yakin korang ada jawapan tersendiri.

Terima kasih, sehingga jumpa lagi, sekian. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Batu Megalith Di Melaka"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK