Penunggu Rumah Pusaka


Tahun lalu Hamdan pernah nak jadikan rumah tersebut sebagai tempat dia buat kerja. Sebelum itu rumah tersebut disewakan pada orang. Cuma penyewa selalu bertukar dan kemudian terbiar lama. Dia pun beritahu kepada maknya yang dia nak gunakan rumah arwah nenek.

Rumah itu jauh sikit dari jiran tetangga. Kira okeylah bagi Hamdan untuk dia jadikan rumah tersebut sebagai pejabatnya. Lagipun kalau nak menyewa ofis tempat lain sudah tentu kosnya mahal. Lagipun dia bolehlah buat kira mudah dengan keluarga sendiri.

Rumah tersebut sebenarnya rumah pusaka nenek, tapi mak Hamdan yang jaga. Dengan mak sendiri, boleh je kawtim. Dari tak ada orang duduk situ, lebih baik Hamdan uruskan. Jadi, mak Hamdan setuju dan minta Hamdan jaga elok-elok.

Dipendekkan cerita, Hamdan ini buat kerja-kerja online. Dia perlukan tempat yang tenang dan relaks seperti rumah pusaka itu. Jadi dia berkerjasama pula dengan dua orang kawan. Mereka mengemas apa yang patut di rumah itu.

Hamdan bukannya tak biasa dengan rumah tu sejak arwah neneknya ada. Cuma kali ini dia rasa agak lain sedikit. Masa mula-mula dia masuk ke dalam rumah, dia rasa macam diperhatikan sahaja. Memang perasaan itu mula hadir.

Dia ingat dia seorang sahaja yang rasa begitu, rupa-rupanya dua orang lagi kawan dia pun rasa benda yang sama. Hal itu dikuatkan lagi pada petang itu dia dengar bunyi lesung batu di dapur. Macam ada orang tengah tumbuk sambal.

'Tung tung tung tung'

Bunyi itu jelas dari dapur. Mereka semua dengar. Jadi mereka bertiga yang ada di ruang tamu  pun nak pergi tengok. Hamdan jenguk-jenguk tak ada sesiapa. Selepas itu si kawan dia berada di belakang Hamdan tu pun beritahu yang telinga dia seperti dicuit.

Dia ingatkan kawan yang sebelah dia tu yang cuit. Sempatlah mereka saling tuduh menuduh. Kira macam saling takut menakuti. Rasa begitu. Padahal hari masih siang lagi. Cuma keadaan nampak suram. Entah kenapa masing-masing rasa tak selesa.

Bunyi orang tumbuk sambal tu sepi ketika diorang tiba kat muka pintu dapur. Mereka anggap itu cuma perasaan sahaja. Selepas itu cuba buat tak tahu. Jadi mereka bertiga pun keluar dari rumah itu pergi dekat beranda. Berdiri di situ sambil bercakap hal yang mereka dengar tu.

Sebenarnya kawan-kawan Hamdan dah was-was. Mereka tanya, rumah ni ada sesuatu ke? Sebab bulu roma merinding sahaja, itu kata mereka. Hamdan pun cakap tak adalah. Jadi Hamda kata pasanglah apa-apa surah dalam telefon tu.

Jadi mereka pun pasang surah dari telefon. Masa tengah pasang ayat suci tersebut, terdengar bunyi pinggan mangkuk seperti pecah berantakan. Dinding rumah dicakar-cakar. Memang jelas dengar sangat kasar. Srehhhhh srehhhhhh. Lepas itu mereka tersentak.

Tang!

Bunyi yang sangat kuat menghentam bumbung rumah seolah-olah ada sesuatu yang jatuh ke atasnya. Memang terkejut gila-gila jadinya. Disebabkan mereka bertiga dah cuak dengan hal tersebut... maka mereka bertiga balik.

Hamdan pun memberitahu maknya akan apa yang telah terjadi. Rupa-rupanya penyewa-penyewa sebelum ini pun melalui hal yang sama. Sebab itu mereka tak tahan nak tinggal di situ. Ada penghuni yang tak nampak dengan mata kasar selalu mengganggu.

Hamdan pun biar macam tu je la rumah berkenaan. Pernah juga panggil ustaz untuk datang pagar, tapi tak lama selepas itu ia balik dan perkara itu berulang. Tak tahan betul. Begitulah, kasihan Hamdan, baru berniat nak jadikan rumah itu sebagai ofisnya, tetapi pemilik tidak tahu akhlak itu tiba-tiba marah pulak. Macam la dia punya rumah. ish ish ish.

Tapi itulah, kalau rumah atau tempat tinggal dibiar kosong begitu lama tidak berpenghuni, maka kemungkinan besar ada benda lain pula yang datang  duduk sehingga tidak mahu berpindah apatah lagi ingin berkongsi dengan orang lain. Maka jadilah ia penunggu yang setia.

Tonton video penuh di bawah ini:


Sekian. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Penunggu Rumah Pusaka"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK