(Video) Kejadian Misteri Lori Askar Jepun Bergerak Tanpa Pemandu Di Chaah, Johor


Semalam sedang santai-santai, ada kenalan hantar satu klip video, jadi saya pun tengok. Eh! Biar betul? Seram gais. Di siang hari pulak tu ia boleh terjadi. Meremang bulu roma.

Dikatakan video tersebut telah tular melalui Whatsapp serta sudah ramai orang yang telah tengok video tersebut gais. Seram memang seram bila saya pun menontonnya. 

Mana tak seramnya, sebuah lori dirakamkan bergerak tanpa kehadiran pemandu. Ini bermakna ia telah dipandu oleh 'sesuatu' yang tak dilihat oleh mata kasar.

Pelik, kan bunyinya? Menurut sumber pula, video tersebut telah dirakamkan oleh MP polis bantuan. Ada pula kata kaki-kaki pancing. Tak tahulah mana satu yang betul, tapi yang pastinya kalau ia betul, memang misteri dan seram.

Nak kata kena tarik, tak nampak pulak talinya gais, tapi kalau rakam lama sikit sampai hujung pun syok juga boleh juga tahu mana lori tu nak pergi, kan? Mana lah tahu kut nak balik ke Jepun? (Bercanda)

Saya tengok pun seriua, meremang. Andai kata bertembung di malam hari. Keadaan lori tu cukup seram, tengok pula tak ada pemandu, siap bergerak pulak tu, jadi siapa yang gerakkan?

Itulah yang menjadi persoalannya. Mujur ia berlaku di dalam hutan. Kalau berlaku di tengah-tengah bandar, memang makin gemparlah seluruh Malaysia. Cuma itulah, ia kalau nak tunjukkan diri, jarang sangat nak tunjuk dalam orang tengah sesak.

Bila bersendirian, atau seorang dua begitu, mesti ia mula nak menonjolkan dirinya. Mula nak mengatakan ia ada. Sebab kadang-kadang ada sahaja yang tak percaya dan menafikan akan benda-benda begini. Ia terpulang. Namun  bagi yang merasai sendiri, maka akan tahu bagaimana rasanya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga terdapat video-video yang sengaja diciptakan untuk suka-suka. Saya pun tak tahu gais nak nilai bagaimana, tapi boleh saja kita anggap ia sekadar hiburan sahaja.

Berbalik pada video tadi, kejadian tersebut dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit simpang kiri Sime Darby Chaah, Johor. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya benar atau pun tidak.


Tapi tak tahu kut korang pun pernah lalui pengalaman yang sama di tempat anda cuma tak dapat dirakamkan. Kadang ada yang rakam tapi 'benda' itu boleh padam, pun ada juga. Kerana dalam hidup kita ini terlalu banyak hal misteri gais.

Korang boleh tonton video dekat bawah ni misteri lori askar Jepun bergerak tanpa pemandu;

2 Responses to "(Video) Kejadian Misteri Lori Askar Jepun Bergerak Tanpa Pemandu Di Chaah, Johor"

  1. baru tgk tadi.. ngeri juga ye bila tgk tu

    BalasPadam
  2. Atau sebab jalan tu curam jadi lori bergerak sebab tak tarik handbrake pada N. Eh, lori ada handbrake N jugak ke? Huhu..

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK