Terserempak Kereta Ford Laser Kuning Misteri Di Dungun


Semalam ada seorang brader ni, namanya Sani telah menghubungi saya di Facebook dan katanya ada story nak share. Abang Sani minta disampaikan dalam blog ini untuk santapan korang. Saya kata boleh je. Selepas tu Abang Sani beritahu bahawa dia tak reti nak tulis cerita. Tak ada masalah, saya boleh tuliskan.

Lalu Abang Sani minta nombor contact saya, jadi saya pun tanpa basa basi memberikan nombor telefon. Akhirnya Abang Sani voice note kepada saya melalui Whatsapp. Bila saya dengar kisah itu, rupa-rupanya Abang Sani share kisah pasal kereta Ford Laser Kuning. Seram rasanya.

Dari pengalamannya ini menceritakan bahawa Abang Sani terserempak dengan kenderaan terbabit ketika dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Johor Bahru. Katanya kisah bermula sewaktu Abang Sani tiba di Daerah Dungun.

Cuma Abang Sani berani orangnya sebab beliau tak mudah terperanjat. Kalau orang yang lemah semangat, saya pun tak tahulah. Menurut Abang Sani, kereta itu memang dipandu perlahan membuatkan kenderaan lain jadi berderet di belakang.

Sekiranya perkara tersebut berlaku di siang hari mungkin ramai yang tak kisah, tapi benda ini berlaku pada waktu malam. Sering jugalah saya dengar hal tersebut. Di Dungun ini kalau dulu itu sering dengar juga gerai Bunian.

Baiklah, berbalik pada Ford Laser kuning itu, Abang Sani bertemu dengan kenderaan tersebut sebanyak dua kali. Dia jadi hairan kerana pada mulanya dia dah memotong kenderaan tersebut. Tapi tiba-tiba ia muncul semula di hadapan.

Pelik kan? Yang menjadi tanda tanya, siapa yang bawa kereta itu? Tengah-tengah malam di laluan yang sunyi. Kereta itu muncul di tempat yang jauh dari kawasan perkampungan. Di tempat yang gelap pula tu.

Kemudian, yang aneh lagi yang bawa kereta itu terlalu misteri. Bukan sahaja Abang Sani yang nampak, malah isterinya yang berada di sebelah turut melihat 'orang' yang memandu kereta tersebut. Apa yang Abang Sani nampak sebenarnya?

Abang Sani nampak 'orang' itu ketika hendak memotong kali kedua. Pada awal-awal dia memotong kali pertama, memang dia tak perasan apa-apa. Dia terus pecut dan tinggalkan jauh. Iyalah, dah 'orang' tu bawa perlahan.

Kalau saya pun akan memotong sebab dah lama tunggu belakang, bawa slow sangat mana tahan. Kita nak juga cepat sampai. Kalau bawa 40 km/j di kawasan yang tak perlu bawa macam tu memang la rasa geram juga.

Jadi Abang Sani pun memotong kerana kereta tersebut memberikan laluan. Kira jauh ditinggalkan. Abang Sani ada beritahu yang dia ada berhenti sekejap sahaja, memang sekejap sangatlah tak sampai seminit, tu pun sebab tak jadi nak berhenti di gerai.

Bila dia sambung perjalanan, terkejutlah kereta tu ada di hadapan balik. Aih? Bayangkanlah, dah jauh kena tinggal, tapi dalam sekejap sahaja muncul di hadapan semula. Abang Sani agak rasa pelik juga. Saya dengar pun pelik juga.


Korang dengar sendiri perkongsian penuh dari Abang Sani di video bawah ni tentang bagaimana misterinya kereta Ford Laser warna kuning itu...

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Terserempak Kereta Ford Laser Kuning Misteri Di Dungun"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK