“Satu Perenggan, Janganlah Lebih Daripada 2 Ayat,” Kata Zulkifli Ahmad Idrus, Penulis Novel Seram Mata Ketiga


Drama Mata Ketiga merupakan adapatasi dari Novel karya Tuan Zulkifli Ahmad Idrus di bawah syarikat Skop Productions Sdn Bhd. Drama bergenre seram mistik itu telah menemui penonton  pada 22 Julai 2021 lalu menerusi saluran TV3.

Difahamkan, sebelum ini cerita tersebut pernah ditayangkan buat julung kalinya pada 31 Oktober 2018 di dalam laman web tonton. Ia dibintangi oleh Hafeez Mikhail, Mustaqim Bahadon, Fimie Don, Isyariana Azmi, Dayana Roza dan ramai lagi.

Sinopsis

Faizul, ialah seorang pelajar universiti tempatan yang sentiasa mendapat gangguan makhluk halus mula menyedari akan kurniaan mata ketiga yang dianugerahkan kepadanya.

Apakah keupayaan berkomunikasi dengan alam mistik ini satu keistimewaan ataupun hanya beban yang perlu dihadap sepanjang hayat?

Kisah bermula apabila Faizul dan empat sahabat rapatnya menjalankan ekspedisi menjelajah hutan yang mana ia diketuai oleh Profesor Mazlan.

Sebelum pengembaraan bermula, Faizul yang arif tentang ilmu hutan meminta agar rakan-rakannya menurut pantang larang ketika berada di dalam hutan.

Namun mereka semua mengambil ringan kata-kata Faizul sehinggalah berlakunya insiden di mana Farah telah dirasuk.

Faizul mula mencari kebenaran berkaitan anugerah mata ketiga yang dimilikinya.

Jadi, di atas merupakan sinopsis berkisarkan dari adaptasi Novel Seram Mistik Mata Ketiga ke bentuk drama tv. Tulisan Tuan Ahmad Zulkifli Idrus sangat menarik dan sebagai penulis berpengalaman, beliau sangat pakar bermain dengan susunan plot.

Ia menjadikan cerita tersebut sangat menarik untuk ditonton dan bagi yang suka membaca pula, anda juga boleh mendapatkan naskah Mata Ketiga serta kepada yang ingin belajar menulis, karya ini juga boleh dijadikan inspirasi rujukan.

Setiap tulisan yang terkandung di dalam karya tersebut sudah pasti lebih jelas dan terperinci. Ia ibarat wayang gambar yang sedang bermain dalam kepala seraya anda membaca. Kadang, ada orang suka membaca, lebih mendapat 'feel'. Ia terpulang.

Berkenaan hantaran yang beliau berikan pula amat terkesan sekali. Semalam di dalam 'Facebook group' Cerita Seram Malaysia, beliau sempat berkongsi tips penulisan kepada penulis baru.

"Saya amat meminati penulisan cerita-cerita seram, thriller dan mendebarkan di sini. Setiap penulis ada gaya tersendiri. Ada penulis yang dapat tarik saya masuk ke dalam jalan cerita dan ada juga yang kelihatan 'bersusah payah'." Hantaran beliau di dalam kumpulan tersebut.

Katanya lagi, di sebalik jalan cerita menarik serta penggunaan kata-kata yang menaikkan bulu roma, perenggan adalah amat penting.

Bantulah saya, pembaca yang berusia lebih 50 tahun ini

"Satu perenggan, janganlah lebih daripada 2 ayat dan 35 patah perkataan setiap ayat. Bantulah saya, pembaca yang berusia lebih 50 tahun ini untuk membaca karangan dan penulisan anda semua." Tambahnya.


Beliau turut memuji penulis-penulis yang ada di dalam kumpulan tersebut sangat berbakat. Selain itu beliau juga berharap agar pandemik Covid-19 segera berakhir agar beliau dapat menganjurkan kelas penulisan novel seram secara bersemuka.

Ini kerana ada yang telah menghubunginya secara peribadi meminta bantuan tentang hal melibatkan penulisan novel seram.


P/s: Ilmu penulisan ini luas, jadi kita perlu belajar. Jangan takut melakukan kesilapan kerana kita belajar dari silap. Dengan itu kita dapat memperbetulkannya, asalkan kita mampu menerima teguran.

Jangan biasakan yang salah, tapi betulkan yang salah... lama kelamaan, penulisan kita akan bertambah baik. Dengan penulisan yang baik, ia akan dapat membantu kita dalam banyak hal. Insya-Allah.

Paling penting, kita mahu belajar dan sentiasa ingin belajar....

1 Response to "“Satu Perenggan, Janganlah Lebih Daripada 2 Ayat,” Kata Zulkifli Ahmad Idrus, Penulis Novel Seram Mata Ketiga"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK