Setelah Nombor Giliran Dipanggil, Petugas Farmasi Dikejutkan Dengan Sesuatu Yang Aneh!


Setiap orang pasti ada pengalaman tersendiri sama ada pahit atau manis, bahkan ada yang mengalami peristiwa seram dan aneh. Begitulah yang terjadi kepada seorang petugas baru farmasi hospital iaitu Yana (bukan nama sebenar).

Menurut Yana, keanehan yang dilaluinya adalah ketika nombor giliran dipanggil. Mula-mula pemilik nombor yang dipanggil itu sudah hadir. Seterusnya dipanggil pula nombor selanjutnya.

Eh?

“Baru je ambil ubat kan?” Yana perhati nama slip ubat adalah berbeza tapi wajah orang berdiri di hadapan kaunter adalah sama.

Maka jawab orang tersebut belum. Yana rasa pelik, kembar ke? Tapi nama pada slip ubat memang berbeza. Dia rasa hairan sangat.

Dia tonyoh-tonyoh matanya sambil istighfar, eh? Baru nampak berbeza balik wajah orang yang berada di hadapnnya. Rupa-rupanya memang orang berbeza pun.

Dia sendiri hairan kenapa wajah orang yang nombor mula-mula tu melekat pada wajah seterusnya. Sampai ternampak-nampak begitu. Memang wajah orang tu terbawa-bawa di ingatan wajah perempuan tersebut.

Wajah perempuan bermata bundar, bertahi lalat kecil di bawah bibir. Rambutnya melepasi paras bahu tidak diikat. Lurus. Cuma… wajahnya agak pucat seperti orang demam. Bibirnya kering merekah.

Yana rasa itu bayangan matanya semata-mata. Barangkali dia merasakan dia kepenatan bahkan kurang tidur memungkinakan ia berlaku sedemikian. Yana cuba abaikan.

Selepas tiba waktu rehatnya, dia pun melangkah menuju ke kafe, tetapi dia rasa aneh, langkahnya seperti diekori. Sewaktu dia menoleh di belakang dia melihat wanita yang pernah mengambil ubat di kaunter telah berada di belakangnya.

Hairan dengan keadaan itu, dia pun bertanya kenapa perempuan itu mengekorinya, lantas jawab perempuan itu dia pun lapar.

Tapi Yana pelik, kenapa ikut dirinya? Perempuan itu tak jawab apa-apa melainkan berkata meminta Yana belanja.

Yana kenal pun tidak tapi minta dibelanjakan, nak buat macam mana, kasihan. Jadi Yana bawa ke kafe dan belanja perempuan yang nampak berwajah pucat itu belanja, cuma yang peliknya lagi semunya Yana yang letakkan.

Perempuan minta Yana letakkan lauk-lauknya. Dia hanya tunjuk-tunjuk sahaja. Selepas itu pinggan diletakkan di atas meja. Yana pun duduk menghadap perempuan itu yang Yana tahu namanya pada slip ubat adalah Mariam.

Kemudian dia duduk Yana pun makan tapi perempuan itu tak makan, Yana bercakap dengan dia di kafe dan mata pengunjung Kafe tu memandang Yana. Ada dua pinggan nasi termasuk Yana. Lantas datang kawan Yana tegur Yana.

“Kau bercakap dengan siapa?”

Yana pun beritahulah, bercakap dengan orang depan dia ni tu. Kawan dia cakaplah mana ada orang. Yana kata ni, kau tak nampak ke? Jadi kawan Yana dah pelik dengan Yana sebab nampak benda yang orang lain tak nampak.

Yana beritahu yang dia bercakap dengan Mariam. Kawan Yana kata Si Yana ni dah tak betul agaknya. Mana ada sesiapa pun depan dia. Selepas itu Mariam pun pergi dari situ. Yana terpingga-pingga. Yana bangun dan ekori Mariam tapi tiba-tiba Mariam hilang dari pandangan.

Dek penasaran, Yana ni ingin tahu sendiri berkenaan rekod slip ubat berkenan yang dia pernah ambil tentang Mariam itu. Siasat punya siasat, Mariam itu tiba-tiba tak wujud pulak dalam sistem. Habis tu siapakah sebenarnya yang makan ubat epilepsi itu?

Begitulah gais perkongsian berkenaan staff farmasi hospital yang jarang-jarang dapat kita dengar. Benda-benda pelik ni ada tapi tak semua orang melaluinya. Kadang dapat merasai sekali seumur hidup pun dah menjadi pengalaman yang sangat berharga.

Ada orang kalau boleh tak nak langsung, ada orang teringin tapi tak juga-juga berjumpa. Ada orang tak langsung berharap tadi dihadapkan dengan keadaan itu tanpa disedarinya. Malah ada yang langsung tak perasan. Ya, ia memang ada tapi sama ada kita sedar atau pun tidak sahaja.

Mereka ada di sekeliling kita. Mereka di alam sebalik mata. Terima kasih gais, sehingga kita berjumpa lagi diperkongsian yang akan datang. Saya Rashid Salim, Assalamualaikum.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Setelah Nombor Giliran Dipanggil, Petugas Farmasi Dikejutkan Dengan Sesuatu Yang Aneh!"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK