Murid Tahun Enam Hilang Secara Misteri, Pengawal Keselamatan Ini Temui Sesuatu Yang Mengejutkan!


Sekolah ini baru sahaja beberapa tahun beroperasi. Tiada apa-apa pun kejadian aneh yang yang berlaku di sekolah ini sehinggalah diadakan aktiviti perkhemahan bagi murid tahun enam. Seorang murid perempuan telah hilang.

Hal ini sangat mengejutkan pihak sekolah dan ibu bapa murid berkenaan. Insiden ini menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi dan misteri. Siasatan terus dijalankan dan kehilangan Aisyah sangat misteri.

Semenjak itulah sekolah tersebut pun jadi heboh. Kemungkinan besar Aisyah telah mati. Namun ibu bapa Aisyah tidak percaya bahawa Aisyah mati. Ada yang mendakwa sewaktu malam perkhemahan itu Aisyah mungkin disorok oleh makhluk ghaib.

Di belakang kawasan sekolah tersebut masih lagi hutan, kemungkinan ada benda lain yang datang menyeru dan memanggil Aisyah. Namun siasatan masih dilakukan dan tanda-tanda lain belum ditemui.

Katanya kali terakhir Aisyah dilihat adalah bersama rakannya di khemah dan kemudian disedari oleh rakan itu Aisyah telah tiada pada malam itu.

Tapi ada seorang lagi berkata, Aisyah bersamanya hendak ke tandas. Selepas lama tunggu, Aisyah tidak kelihatan.

Terdapat percanggahan cerita di situ. Walau bagaimanapun, ibu bapa Aisyah tidak berhenti ikhtiar turut menggunakan khidmat orang arif untuk menjejaki secara mistik tentang keberadaan Aisyah. Malah ada yang mengatakan Aisyah disorok.

Cuma… mereka tidak tahu dimanakah Aisyah berada. Dah ramai bomoh-bomoh yang datang usaha tapi tak seorang pun berjaya menemui Aisyah.

Pada suatu malam cikgu yang tinggal di kuaters di dalam sekolah berkenaan terdengar pintu rumahnya diketuk beberapa kali. Kebetulan pada malam itu cikgu tersebut ada seorang diri sahaja, cikgu perempuan.

Lantas cikgu itu dipanggil… cikgu…. Kemudian cikgu itu pun bertanyakan siapa kerana masih ragu-ragu. Suara dari luar pun menjawab bahawa itu adalah Aisyah. Ini Aisyah, cikgu… itulah katanya.

Setelah terdengar jawapan sedemikian, maka degupan jantung cikgu tersebut menjadi kencang. Siapakah yang sebenarnya telah memanggilkan di tengah malam begini? Maka dia pun pergi menyelak langsir mengintai dari pintu sliding, tetapi tiada sesiapa pun di luar.

Dek penasaran, dia tetap juga membuka pintu sliding tersebut bagi melihat dengan lebih jelas lagi. Ketika itu angin dari luar rumah menerobos masuk. Tatkala dia pusing ke belakang. Satu wajah buruk dan hodoh menyergahnya dan sangat berbau busuk. Kulitnya bersopak, rambutnya pula mengerbang, betul-betul terpampang di depan wajah.

Cikgu tersebut pengsan di situ serta merta. Dia jadi lemah semangat disergah di hadapan muka sedemikian. Terkencing di situ cikgu perempuan tersebut setelah diganggu.

Malam seterusnya seorang pengawal keselamatan baru juga diganggu selepas pengawal keselamatan lama telah berhenti kerja. Tetapi kali ini agak pelik… ia mengikut sahaja langkah pengawal baru ini.

Pengawal ini memang tak pernah tahu ada kes kehilangan Aisyah sebab dia orang luar. Sehinggalah diberitahu oleh pengawal yang sedia ada di situ.

Jadi pada malam tersebut, pengawal baru ini meronda. Terserempaklah dengan Aisyah tepi tandas dalam keadaan biasa. Pengawal ni pun balik kat pondok pengawal dan beritahu, dia ada terserempak dengan budak perempuan.

Pengawal yang sedia tu terkejutlah kan, dan dia pun katalah bahawa itulah Aisyah. Jadi pengawal itu pun beritahulah yang Aisyah tu cakap yang dia sebenarnya telah dibunuh.

Partner pengawal ni pun terkejut dengan kebolehan pengawal baru tadi. Rupa-rupanya ada indera keenam.

Kasihan… menurutnya Aisyah telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Partnernya tanya mana mayatnya? Lantas pengawal itu pun beritahu bahawa mayat itu ada dalam tangki najis dan sudah dipotong-potong.

Dan ditepi tangki najis itu telah dikambus sesuatu berbalut kain kuning bersama tulang belulang kecil untuk menghalang pandangan memikirkan dari melihatnya. Jadi orang akan lupa untuk mencarinya di situ.

Rakan sekerjanya bertanyakan akan siapakah pelakunya?

Lalu jawab pengawal baru itu… Aisyah ada memberitahunya… “Yang telah berhenti kerja itulah yang melakukannya….”

Sekian…

RASHID SALIM
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Murid Tahun Enam Hilang Secara Misteri, Pengawal Keselamatan Ini Temui Sesuatu Yang Mengejutkan!"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK