Peniaga Bazar Aidilfitri Kena Usik Dengan Jelmaan


Peristiwa ini baru sahaja berlaku pada Fazil (bukan nama sebenar) di bazar Aidilfitri. Dalam tengah malam begitu selepas bazaar dah tutup. Khemah-khemah dah tutup bidai semua, Fazil pun tutup juga khemahnya.

Dia ni berniaga baju raya dan songkok serta beberapa barangan lain lagi. Tengah berkemas-kemas semua tu. Tutup bidai tepi dengan kanvas, tiba-tiba ada benda yang melintas laju depan matanya. Keadaan masa tu di luar dah samar-samar dah cuma dalam gerainya masih terang lagi.

Keadaan dah sunyi, pengunjung dah tak ada, yang tinggal hanya para peniaga yang tengah tutup gerai masing-masing. Fazil tak terkecuali.

Kalau nak diikutkan kawasan bazar ini ada lagi orang, nak kata tak ada orang langsung tu memang taklah, namun waktu sudah larut… sudah pukul 2 pagi begitu.

Kata orang bulan-bulan puasa ini syaitan dah dirantai? Tapi apasal ada benda lagi ni? Itulah yang Fazil pelik ada benda melintas, macam benda putih begitu. Ke perasaannya?

Kemudian dia nampak kelibat beberapa orang di dalam kanopinya. Entah darimana datangnya. Itulah yang memeranjatkannya. Dilihat sedang tengok-tengok baju Melayu sedangkan disekeliling kanopinya dah ditutupi kanvas.

Fazil pelik, bila waktu mereka masuk? Nak tegur kata dah tutup, risau kalau mereka terasa hati. Fazil perhati betul-betul nampak ada dalam empat orang lelaki. Tubuh tinggi-tinggi.

Wajah mereka seperti kacukan Melayu Cina dan mereka memakai tanjak. Fazil fikir orang pementasan mana yang datang larut malam begini ni?

Fazil yang kehairanan pergi mendekati mereka lalu menyapa, mereka membalas sapaan itu dan meminta maaf.

Katanya sengaja datang singgah tengok baju Melayu dan minta diri. Mereka pun berjalan keluar dari bidai itu tapi Fazil dari belakang. Saat dia menjengul kepala, mereka berempat hilang. Bila Fazil pusing semula ke belakang…

Alangkah terkejutnya, empat orang tadi ada di belakangnya membuatkan Fazil hampir nak rebah dan pengsan. Berdetak kencang jantungnya. Mereka seolah-olah sengaja nak ‘bermain-main’ dengan Fazil.

Kemudian mereka ghaib begitu sahaja. Dan itulah menjadi suatu pengalaman buat Fazil yang melaluinya. Ia tragedi misteri yang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata.

Sekian…

RASHID SALIM
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Peniaga Bazar Aidilfitri Kena Usik Dengan Jelmaan"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK