Angkara Santau, Penjual Jam Diganggu Kelibat Tanpa Kepala


Cerita ini dikongsikan oleh seorang bernama Hadi berkenaan penampakkan kelibat di tempat awam. Hadi (bukan nama sebenar) dia ni datang tolong kawannya jual jam tangan di uptown. Pada hari itu pula merupakan hari cuti maka pengunjung agak ramai.

Orang yang lalu depan khemah mereka boleh tahan sibuk. Yang berhenti tengok jam pun tak terkira. Pelanggan yang beli pun ada juga. Jadi Hadi ni pun layan mereka baik-baik.

Sehingga jam 2 pagi pun orang rancak juga. Iyalah makin larut makin ramai orang lepak. Tapi tiba-tiba Hadi rasa ada sesuatu yang tak kena. Perasaannya rasa kurang selesa.

Dia rasa seperti ada angin yang datang langgar tubuhnya. Namun, dia cuba abaikan. Dia buat tak tahu tetapi rasa hangat semacam angin tu membuatkan badan membahang.

Selepas itu, dia rasa panas-panas sejuk tubuh dan menggigil. Masa dia tengah berdiri dekat rak jam tu, dia mula rasa pening-pening. Dia pun nak duduk. Masa dia nak paut ambil kerusi…

Tiba-tiba… dia nampak dekat depan dia ada orang berjalan tanpa kepala. Terkejutlah dirasakan. Pengunjung mana entah tak ada kepala melintas depan dia macam tu saja. Ngeri dia tengok.

Dia beritahu kawan dia, dia beritahu apa yang dia nampak. Kawan dia kata mana ada apa-apa. Hadi kata betul… dia nampak ada orang tak ada kepala. Masa itu orang tengah ramai, Hadi nampak ada manusia tanpa kepala sedang berjalan di celah manusia lain.

Dan, manusia tanpa kepala itu pun tak kelihatan sudah. Selepas pukul 4 pagi, dia pun bersiap nak pulang. Ketika dalam perjalanan balik tunggang motosikal, badannya kembali rasa tak sedap. Dia rasa badannya hangat lagi. Terasa seram sejuk dan meremang.

Bulu tengkuknya naik… aih… terasa belakang motornya seperti ada yang membocengnya. Setibanya di suatu tempat yang gelap, lampu jalan pun tak ada, enjin motornya seperti tersedut-sedut hendak mati. Dia pulas lagi minyak, tersedut-sedut juga.

Kemudian ada sebuah kereta yang lalu tepi dia terus bunyikan hon… “Ponnnnnnnnnn!!!!” Tersentak Hadi jadinya. Enjin motor yang tersedut-sedut tadi terus lancar semula.

Dia pun terus pecut. Dia dapat rasa ada benda membonceng motosikalnya. Hadi rasa orang yang bunyikan hon kereta tu nampak agaknya benda tu.

Bila sampai flat, dia ingatkan semua dah selesai… sampai dia nak ke pintu rumah, Hadi hampir nak rebah pengsan. Manusia tanpa kepala tu ada depan pintu rumahnya. Berdiri elok sahaja depan pintu seolah-olah menunggu Hadi membuka pintu menjemput dia masuk sekali.

Dan masa itulah Hadi termuntah darah pekat. Kakinya terasa kebas. Tubunya lemah di situ tidak bermaya sehinggalah jirannya membantu.

Begitulah yang berlaku pada Hadi sehingga dia pergi berubat menyembuhkan kesan ke atas dirinya. Apa yang terjadi pada Hadi adalah gara-gara santau angin. Mujurlah dia lekas berubat dan tak teruk. Cuma santau itu bukan ditujukan kepadanya. Ia hanya kerana lintasan.

Habis tu, Hadi terfikir juga, ia nak ditujukan kepada siapa? Adakah kepada kawannya iaitu tauke jam? Itulah dunia perniagaan… ada sahaja yang tidak kena...

Sekian...
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Angkara Santau, Penjual Jam Diganggu Kelibat Tanpa Kepala"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK