Inilah Pondok Buruk Lelaki Itu, Tapi 2018 Menjadi Punca


Inilah pondok buruk seorang lelaki telah berniaga cendol yang dulunya tak pernah kenal erti penat dan lelah, tidak peduli akan apa orang nak kata. Dia buat derk sahaja dan jalan terus tanpa menoleh ke belakang.

Dari pondok inilah dia mencipta jenamanya sendiri, dari Cendol Soynice Drink ke Cendol Anak Muda dia meraih kenalan, dari sorang dua yang datang, sehinggalah semakin ramai yang datang merasai dan menikmari kenakkan cendolnya.

Kawan-kawannya datang support... Semakin lama pondok buruknya semakin berkembang... Dari dia usaha sorang, dia pun dibantu isterinya. Kemudian makin ramai yang datang, makan cendol, dari bungkus, dia pun buat boleh makan di pondok buruknya.

Dia tak endah orang cakap apa... Dia pasang sebijik payung, orang boleh makan semangkuk dua pun jadilah. Berulang-ulang orang datang makan. Kemudian tak muat, dia pun buat bumbung kanvas pulak tambah meja tambah mangkuk.

Dia melakukannya bersendirian tanpa orang lain mempedulikannya... Orang tak hairan akan dirinya kerana dia ni entah siapa-siapa... Dia gergaji, memotong, menukul, hanya sorang-sorang, di dalam hujan di dalam panas... Dia tak tahu nak mintak tolong dengan siapa.

Dia buat juga dengan sedikit kemahiran yang dia ada sebabnya dia ni bukannya orang yang berduit untuk mengupah orang. Selagi dia boleh jimat, dia cuba jimat.... Sebab dia ni kurang berkemampuan.

Kemudian dia dapat menyiapkan bumbung kanvas maka dapatlah orang makan cendol. Tapi ia tidak bertahan lama, kena hujan panas ribut, ia pun rosak... Dia bertabah semua itu ujian. Dia buat lagi. 

Pelanggan makin bertambah ada yang puji cakap cendol sedap dan tak kurang ada ada yang komen kena tambah baik lagi. Namun dia terima seadanya.

Tiba-tiba ada tragedi malang telah berlaku ke atas dirinya... Di penghujung tahun 2018... ia telah menggubah corak dan pola. Namun dia cuba juga gagahkan jua mengorak langkah mengatur gerak.

Insiden itu melibatkan status kesihatannya gara-gara dia diserang minor stroke mengakibatkan pula kerosakan pada fungsi saraf otak. Doktor mengsahkan bahawa ia adalah kecatatan kekal.

Walau bagaimanapun dia tidak mahu berputus asa, dia teruskan perjuangan. Itu bukan pengakahiran. Dia teruskan juga. Dari dibantu isterinya sahaja akhirnya dia pun dapat gajikan pembantu. Dari satu pondok buruk, dia dapat buka lagi satu tempat lagi.

Akan tetapi... Siapa sangka... Musibah Covid-19 melanda negara dan dunia mengakibatkan pula hal yang lain berlaku. Dia pun stuck. Tambah lagi status kesihatannya kian merosot.

Sedikit demi sedikit dia terpaksa berkorban. Selama wabak itu, dia mula jem dalam berbisnes... Dia dah tak tahu nak berbuat apa lagi. Dia dilanda kemurungan. Penyakitnya makin teruk. Dia mengambil keputusan menutup bisnes cendol walaupun dia sayang akan bisnesnya itu...

Kini dia cuba bangkit kembali... Bangkit dengan bisnes baru iaitu gubahan bunga & bouquet setelah Allah membuka jalan.

Bisnes ini adalah peluang dan itu kemahiran barunya, semangat barunya meskipun berhadapan dengan halangan diri sendiri. Dia kena kuat demi dirinya dan keluarganya.

Dia... Dialah Rashid Salim... Dia takkan berputus asa, Insya-Allah... Semoga perniagaan Kristal Florist & Surprise Delivery membuka lembaran baru dalam hidupnya meskipun dia perlu berhadapan dengan cabaran kesihatannya. Itu bukan halangan, itu adalah inspirasi buat dirinya, Insya-Allah, Aamiin.


LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Inilah Pondok Buruk Lelaki Itu, Tapi 2018 Menjadi Punca"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK