Jenazah bangkit selepas dilangkah kucing hitam


Jenazah yang sudah siap dikafankan tiba-tiba bangun menyebabkan beberapa orang hadirin yang membaca Yassin tergamam. Salmah menceritakan detik cemas itu bagaimana hal itu terjadi.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10:30 malam dan menunggu hari esok untuk dikebumikan memandangkan hari sudah malam.

Menurut Salmah yang menguruskan jenazah Hayati memaklumkan bahawa dia ternampak seekor kucing hitam melangkah jenazah itu. Dengan serta merta jenazah berkenaan bangkit.

Oleh kerana ada yang terkejut, maka mereka beredar dari situ kerana takut setelah jenazah tersebut bangkit dengan mata terbuka luas.

"Memang keadaan jenazah itu menakutkan kerana wajah Hayati buruk. Sebab itu tak ramai yang datang ziarah kerana takut." Ujar Salmah.

Dia menceritakan kisah tersebut untuk pengajaran. Dia tahu ia suatu yang mengaibkan tetapi untuk iktibar biarlah orang lain tidak mengulanginya.

Salmah berkata, selepas mayat itu bangkit, tiba-tiba bau busuk semakin menusuk rongga. Masing-masing tidak tahan. Maaf cakap, bau itu macam bangkai.

Saya rasa sedih melihat keadaan Hayati tambah lagi ketika memandikan mayatnya. Memang sukar tetapi sudah tugas saya buat juga. Orang lain tak mahu urus jadi saya uruskan.

Seluruh kulitnya menggelupas dan seperti kesan melecur. Lebam-lebam hitam begitu ketara. Wajahnya pula menggerutu dan hitam. Darah bercampur nanah pula tak henti-henti keluar dari telinga dan hidung.

Memang agak sukar untuk memandikan jenazah ini kerana tubuh Hayati berlendir dan bau busuk. Kami dah alirkan air berulang kali tetapi lendir itu tak juga hilang.

Kemudian saya perhatikan pula pada bahagian lengan kaki, penuh kudis. Apabila saat saya nak istinjak jenazah, kami pun dikejutkan dengan keluarnya ulat berwarna putih dari kemaluan. Ulat itu menggeletik-letik jatuh di atas tempat mandi.


Ulat yang saya maksudkan itu seperti ulat di dalam buah nangka, begitulah bentuknya. Banyak ekor juga ulat yang keluar dari kemaluannya. Astaghfirullah Al`azim... kami berpandangan sesama sendiri.

Mengucap panjang dan berasa insaf di dalam diri kami ketika menguruskan jenazah Hayati. Kami tak tidak mahu menyeksakan jasadnya yang sedia terseksa. Lendir tak nak hilang, nak buat macam mana lagi.

Selepas siap dikafankan, bau busuk itu masih ketara. Apabila jenazah diletakkan di ruang tamu tiba-tiba atap rumah bergegar ada benda jatuh di atasnya dan bergolek-golek.

Masing-masing terperanjat tapi tak ada sesiapa pun yang berani pergi tengok. Kemudian kami membaca Yasin. Ketika itulah tiba-tiba muncul seekor kucing hitam lalu melangkah jenazah.

Sejurus kemudian, Hayati bangkit. Mereka yang ada di situ terkejut. Allahu`Akbar. Sehingga begitu hal yang berlaku ke atas mayat Hayati.

Kucing yang melangkah Hayati tadi hilang entah ke mana. Hayati masih kaku bangkit di situ. Orang lain sudah tak berani nak buat apa-apa. Ada yang berlari terus balik ke rumah.

Pada malam itu tinggal saya dan beberapa orang sahaja serta suami dan anak Hayati yang turut menyaksikan kejadian tersebut. Saya pun pergi ke arah jenazah terus tutup matanya dan baringkan Hayati semula.

Ketika itulah saya rasa hal yang sangat sulit untuk diperkatakan, kain kafan itu tiba-tiba keluar tompok-tompok darah.

Seharusnya orang yang telah mati darahnya telah pun membeku, tapi tidak darah Hayati, darahnya seperti keluar dari liang-liang roma dan membasahi kain kafan.

Baunya hanyir dan busuk. Nauzubillah...

Kami membiarkannya pada malam itu dan esoknya kami terpaksa mandikan Hayati sekali lagi. Kerana terlalu banyak lendir dan nanah keluar dari lubang hidung dan telinganya. Bayangkanlah sehingga kami mandikan Hayati dua kali.

Kain kafan Hayati yang sebelum itu bertukar jadi warna merah kesan darah. Hal itu menjadi suatu yang aib. Selepas segalanya selesai, tibalah saat Hayati dikebumikan.

Pada keesokan harinya, kubur Hayati didapati mendap dan bau busuk yang meloyakan tersebar di kawasan tanah perkuburan itu.

Dah banyak tanah digunakan untuk tambun semula kubur Hayati tetapi mendap lagi. Sehingga orang kampung dah tak tahu nak buat apa lagi.

Disebabkan itu kubur Hayati terpaksa dibiarkan begitu sampai air pun penuh di dalam liang lahad. Sungguh menyeksakan melihat keadaan tersebut.

Selepas itu, ramai pula orang yang mengadu ada ternampak kelibat Hayati berbungkus kain kafan berdarah ada di laluan dekat kubur. Mereka terserempak dengan penampakkan itu.


Mereka kadang terdengar suara tangisan. Hal itu menjadi satu gangguan pada penduduk kampung sehingga ada yang takut hendak keluar malam akibat diganggu pocong.

Saya tahu kisah sebenarnya kerana sebelum Hayati meninggal, dia telah menceritakan semuanya kepada saya. Jadi saya ceritakan kembali apa yang sebetulnya...

Hayati merupakan seorang yang cemburu buta. Sesiapa sahaja yang rapat dengan suaminya pasti akan dituduh ingin merampas suaminya. Seorang yang sangat berfikiran negatif.

Dia selalu fikirkan yang bukan-bukan dan beranggapan orang baik dengan suami pasti ingin merampas kebahagiaannya. Itulah yang selalu dirasakannya. Sering bersangka-sangka.

Disebabkan itu dia sering menciptkan masalah dengan orang kampung. Dia tidak boleh tengok orang cuba-cuba meruntuhkan rumah tangganya. Sedangkan itu hanyalah pemikirannya sahaja.

Gara-gara bimbang dan takut, dia pun bertindak di luar kewarasan dengan bertemu dengan seorang bidan bagi mendapatkan khidmat dan menuntut ilmu. Dia membomohkan suaminya sendiri.

Selain itu dia turut memakai susuk untuk kecantikan diri supaya suaminya sentiasa tertarik dengannya. Menurut segala kata-katanya dan tidak akan menolak segala kemahuannya.

Akibatnya, suaminya seperti lembu dicucuk hidung. Orang kampung dan teman rapat suaminya mula perasan akan perubahan itu. Dilihat suaminya seperti takutkan Hayati.

Mana tidaknya, bukan hanya diberikan nasi tangas, malah dibancuh dengan minuman dengan rendaman najis dan benda-benda kotor berpandukan ilmu yang dituntut melalui bidan itu.

Hayati ikut semua ajaran itu dan memang menjadi. Hayati sangat suka apabila suaminya tidak lagi membantah cakapnya. Mengikut segala telunjuknya.

Namun, pada suatu hari Hayati telah terlanggar pantang tanpa dia sedari dan mengakibatkan dirinya jatuh sakit. Dia datang kepada saya untuk diubati.

Bidan yang dia jumpa itu tak dapat nak merawatnya. Dia pula sudah tidak keruan dan terpaksa menanggung azab yang pedih. Di situlah dia ceritakan segalanya.

Penduduk selalu dengar suara pocong menangis. Kadang ada yang menumpang motosikal orang. Usikan-usikan begini mengakibat penduduk ada yang cuak. Saya fikir jelmaan ini memang sengaja mengganggu orang kampung.

Lagi pula kubur Hayati masih lagi mendap dan berbau busuk. Jadi saya bertemu suami dan menceritakan hal tersebut. Suaminya marah bila mengetahuinya. Bertambah sakit hatinya. Saya pun tak jangka sekeras itu hati suaminya.

Suaminya susah nak memaafkan perbuatan Hayati itu. Hatinya terlalu sakit diberi makan benda-benda kotor. Saya pun menjawab, sampai bila nak biarkan keadaan ini berlarutan?

Suaminya diam. Dan ketika itu, suami saya pula memberitahu bahawa terdapat azimat yang tersimpan dalam rumahnya.

Maka dengan izin suaminya, kami menemui tangkal pocong yang digunakan sebagai ilmu penunduk suaminya itu.

Suami saya membantu menghapuskan tangkal pocong itu. Selepas itu barulah reda gangguan pocong dalam kampung. Keadaan kembali aman.

Tentang Hayati pula, saya tak tahu bagaimana keadaannya kerana suaminya enggan memaafkan perbuatan tersebut dan melaknat Hayati.

Wallahu a’lam

Ditulis oleh : Rashid Salim

INFO:

Cara membezakan antara kucing sebenar dan kucing jelmaan jin



(Surah Yassin: Ayat 9)

Ayat di atas boleh dijadikan sebagai benteng atau pelindung diri, keluarga dan harta. Ketika membaca ayat 'sadda' yang membawa maksud benteng atau dinding, maka bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh sesuatu yang sangat hebat (yakni dari Allah).

Biasanya kucing jelmaan adalah berwarna hitam. Jadi untuk membezakan kucing berkenaan adalah melalui kelipan mata. Jika kucing sebenar, ia akan berkelip mata. Jika sebeliknya ia adalah jelmaan jin.

Bagaimana untuk mengetahuinya?

Ini bagi yang berani nak check la... iaitu dengan menggosok bawah tengkuknya. Kalau ia berkelip tu, maknanya ia merupakan kucing yang sebenar.

Tetapi jika anda gosok tiba-tiba tak berkelip, hah? Cepat-cepatlah halau keluar walau dengan apa cara sekalipun.

Mana tidaknya, kalau kucing tu tenung anda lama-lama dan tak berkelip mata, tambah pula waktu malam, mau tak seram, kan?

Tenung tajam pula tu. Mesti kita dah fikir bukan-bukan kan? Apa hal pulak ni?

Jaga-jaga...
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Jenazah bangkit selepas dilangkah kucing hitam"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK