“Bang, jangan tunggu sini, angin kuat ni.” Pesan budak perempuan misteri sebelum Amar beredar. Pesanan itu menyelamatkannya. Siapa dia?


Kisah ini berlaku kepada Amar yang ketika itu hendak menjemput isterinya pulang dari kerja. Pada petang itu hari hujan. Hujan yang turun agak lebat. Amar terpaksa memandu perlahan dan setiba di kawasan tempat kerja isterinya, dia pun menunggu di suatu tempat berdekatan pohon ketapang kalau tak silap.

Dia di situ sementara menunggu panggilan daripada isterinya keluar dari pejabat. Dan barulah dia akan berangkat kepada isterinya. Jadi, dia tunggulah sekejap kerana isterinya belum keluar lagi. Namun hujan masih lagi lebat dan angin pun agak kuat.

Dia tunggu dalam kereta dekat kawasan berbukit itu. Dengan tiba-tiba tingkap keretanya diketuk oleh seseorang. Terkejut Amar lantas dia pun menoleh. Dia melihat ada seorang budak perempuan yang seperti mahu berkata sesuatu. Dia pun menurunkan sedikit cermin keretanya.

“Bang, jangan tunggu sini, angin kuat ni.” Pesan budak perempuan itu.

Mendengar pesanan itu Amar pun tidak banyak bicara dia pun segera beredar menjarakkan diri dari tempat itu. Kemudian dia terfikir, hujan lebat angin kuat… tapi… tiba-tiba dia menoleh ke sisi, dari samar-samar dia melihat dahan pokok terhempap jatuh ke tanah.

Kus semangat! Itu tempat kenderaannya berada tadi. Memang betul pesan budak perempuan itu, kalau tidak dia terhempap dahan besar itu. Dia pun teringat pada budak perempuan tadi… dalam keadaan hujan lebat tapi budak perempuan itu langsung tidak basah seolah-olah kalis air.

Siapakah dia?

Amar kebingungan sendiri. Setelah isterinya dijemput maka dia pun menceritakan hal tersebut kepada isterinya, dan ia menjadi teka-teki. Walau bagaimanapun, syukurlah Amar terselamat.

Namun dia cuba pergi lagi ke tempat yang sama pada hari berikutnya kalau-kalau terjumpa lagi budak perempuan itu, malangnya telah tiada.

Ok gais, sekian perkongsian untuk kali ini. Ringkas sahaja, sebab lama tak berkongsi, kan? Ini kisah misteri, jadi ia kekal misteri. Mungkin anda ada jawapannya.... Sehingga kita berjumpa lagi.

Assalamualaikum. Selamat sejahtera...
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "“Bang, jangan tunggu sini, angin kuat ni.” Pesan budak perempuan misteri sebelum Amar beredar. Pesanan itu menyelamatkannya. Siapa dia?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK